Sabda Rasulallah S.A.W
“ Tiada sesorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertanian nya itu
dimakan oleh manusia,binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima
ganjaran pahala sedekah – dalam riwayat yang lain , Melainkan dia akan
menerima pahala daripada tanaman itu pahala sedekah”
( Hadis riwayat Muslim )
“ Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tananam melainkan Allah Azza Wajalla menetap baginya ganjaran pahala sebanyak yang dihasilkan oleh tananam tersebut”.
( Hadis riwayat Ahmad )
Dalam islam, jika pertanian merupakan satu-satunya bidang yang seseorang boleh
lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya, maka hukum bertani
Itu adalah fardu’ain baginya. Sementara itu, adalah menjadi fardu kifayah pula kepada
sesiapa yang mampu melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan
bekalan makanan yang cukup bagi semua.
1) Pertanian juga sebagai asas perancangan, pembangunan sosio-ekonomi.
2) Menanfaatkan segala sumber alam, pontesi , tanah-tanah terbiar dengan pelbagai aktiviti pertanian serta
3) Menanfaat Teknologi pertanian alaf baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan