Berdasarkan pengelaman GoldForest sebagai kontraktor perladangan gaharu, Pemilihan baka anak benih wajib dilakukan dengan teliti, iaitu spesis dan kertinggian anak benih.
Kami mengalakkan para –para pengusaha menanam anak benih kertinggian 2 ½ - 3 kaki. Ianya menjimatkan kos penanaman, di segi harga dan cepat subur,
Ada dikalangan para pengusaha menanam anak benih kertinggian 4 – 5 kaki, tetapi kos penanaman terpaksa menanggung kos yang tinggi , segi harga, penjagaan awal walaupun kersuburan nya cepat.
1)
Semua spesis yang di bawah masuk ke Malaysia boleh di tanam, bergitu juga dengan baka tempatan, kedua-dua nya berpontesi untuk di rawat bagi penghasilan teras.
2)
Baka tempatan ini, yang utamanya A.Malaccesis lamk * depu atau karas. Anak benih ini senang di dapati di pinggiran kampung, di kebun getah serta kawasan berhampiran banjaran bukit, ianya tumbuh merata sebagai anak tumbuh boleh disemai untuk di tanam semula secara komersil.
Permintaan
Penawaran atau perdagangan gaharu hanya 20% berbanding keseluruhan permintaan. Keadaan bertambah menruncing kerana permintaan semakin meningkat, sedangkan penawaran semakin susut. Memandangkan situasi ini maka timbullah ideal untuk menanam spesis pokok gaharu secara komersil dengan keadah rawatan teknologi injection. Satu-satu teknologi rawatan mempercepatkan penghasilan Teras oleh pokok gaharu, tempoh masa 2 tahun dari tarikh rawatan di lakukan.
Kajian
Kelompok Genus Aquilaria merupakan spesis pokok bijak,dapat menghasilkan teras *Damar resin atau minyak yang termahal dipasaran antarabangsa. Spesis liar ini hidup subur di hutan belantara asia tenggara, Ianya Di wartakan sebagai spesis bawah kawalan kerajaan. Untuk menghalang kepupusan serta acaman, ideal bernas dari pihak Karajaan mengalakkan penanaman spesis ini sebagai perladangan secara meluas di Malaysia.
Penanaman ,kajian dan penghasilan teras dari pokok ini telah lama dijalankan di negara-negara asia Tenggara lain Termasuk negara Malaysia. ( di malaysia kajian giat dilakukan oleh syarikat swasta dan orang persendirian ). Di Malaysia kajian penghasilan teras dilakukan pada Spesis Depu * Karas nama saintifiknya Malaccansis Lamk. Iaitu spesis hutan yang tumbuh liar, yang banyak terdapat di pinggiran kampung, kebun serta ladang getah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan