Rabu, 22 Mei 2013

GAHARU . Stress semakin parah.



Hari ke hari, waktu seakan akan cemburu, masa untuk rehat cuma sedikit, tetapi bila mendengar ada pokok gaharu spesis aquilaria malaccesis lamk, yang berukuran besar, digagahi juga mahu lihat sendiri bagaimana bentuk pokok big size, kertinggian dan bagaimana ianya mampu bertahan beratusan tahun, sector permukaan bumi di mana ianya dikatakan hidup subur.

Bergitu besar semangat gaharu tertanam di dalam jiwa saya, tanpa mengira keadaan lokasi rela ditempuhi, hutan belukar, kawasan berbukit serta di perkampungan, tetap saya jelajahi, tanpa mengira penat dan adakala terpaksa menghadapi pelbagai bagai halangan, nyamuk , pacat dan binatang binatang berbisa, yang penting utamanya ..satu kerpuasan.


Date:1/05/2013 time :10.00AM

“ jom gi lihat pokok besar..” ajak seorang kawan. Dalam perjalanan dia gambarkan bagaimana pokok yang dikatakan besar tadi. “ dah ramai mahu pokok tu, datang seorang buat janji nak injections, 2 – 3 bulan  pula datang orang lain janji sama juga, silih berganti orang datang tabur janji nak merawat nya, sampai ke hari ini, dah hampir 10 tahun, pokok tu tiada siapa yang merawatnya.” terangnya.

Sebelum sampai ke lokasi, kami singgah di rumah kawan kepada kawan saya tu. “ kamu dah fikir masak masak ker..? nak rawat pokok tu, dah berpuluh orang datang tengok, seorang pun tiada berani nak labur duit. Kamu nie, tak sayang duit ker..?” pembuka kata mulut sikawan tu. “ alloohh.. nak tengok apa salahnya, tak kan luak pokok tu, kalau nengoknya, tu pun, belum tentu mahu dirawatnya.. mana lah saya ada duit banyak..” kata kawan saya, saya hanya tersenyum.


“ kalau banyak duit, baik kamu wat niaga benda lain lah, aku dah lama main gaharu nie, orang gaharu semua penipu.” Kata sikawan tu lagi. “ sebelum tu aku nak bagitahu kat kamu berdua, tahun 2005 group aku dah hangus beratusan ribu RM, beli ubat dari luar dan ada yang upah pakar pakar gaharu rawat pokok pokok gaharu di sekitar kampong ini, kalau kamu tak percaya kata aku, tak per nanti aku tunjukkan..” tambahnya lagi.

“ kami pakat ramai ramai beli ubat, ada yang rawat sendiri dan ada pula pembekal tolong rawatkan dengan kata mereka, 3 tahun nanti, kami semua jadi jutawan .. kikikikikiki.. jutawan apa, jutawan tahih minyak, sampai sekarang bahananya masih terasa, hutang sekeliling pinggang, gaharu punya pasal.. isk isk isk.. mengapa kamu berdua nie degil, tak ambil  ikhtibar perkara yang telah berlaku dulu. Tahu tak kamu, ubat itu, sebenarnya dicampur bahan bahan kotor dan racun. Pembekal ubat kianati semua pengusaha di Malaysia.. batal jer niat kamu tu..” dia tak henti berceramah.


“ kalau kamu nak, saya berikan ubat bertong tong lagi, baki nya yang tak habis kami tuang ke pokok gaharu.. bagi free jer. Yang hairannya, pokok yang dirawat di Negara pembekal, menghasilkan gaharu berkualiti tapi yang di mereka rawat kat sini, mula mula, dahan yang patah, lama kerlamaan gan batang batang tersungkur kebumi, bukan satu pokok, hampir semua pokok yang kami juga rawat, rebah kebumi, hehehehehe.. jahanan sungguh, satu sen pun tak dapat merasa..” katanya.

“ ada yang saya terdengar, satu group, entah siapa orangnya, khabar khabarnya dia nie, pengiat lama, tapi baru aktif, cipta ubat sendiri. Kalau kamu berdua nak juga rawat pokok besar nie, aku syorkan kamu pergi jumpa dia, tanya kat sapa sapa , mana tahu ada yang kenal. Aku cuma nak bagi nasihat, jangan jadi seperti group lama, semuanya tersungkur kerana tamak..” hehehehe .. tak henti henti dia ceramah.


Memang terbukti, pokok besar, saya mengukur lilitan pokok itu, ukuran lilitan 10 kaki. “ masyaallah, besarnya pokok nie, ini lah pokok terbesar pernah saya lihat, sepanjang 17 tahun saya mengkaji spesis gaharu Aquilaria malaccesis lamk, hebatnya kejadian Allah..insyaallah kita inokulan minggu depan, jumlah vaksin anggarannya 16 – 20 liter, nampaknya 2 teknik akan digunapakai, inokulan kertinggian 70 kaki ..insyaallah..” kata terkeluar dari bibir saya, membuat sikawan tadi tergaru garu dalam seribu persoalan, siapakah saya yang sebenarnya.

“ jadi.. kamu nie, pencipta ubat gaharu tu ker..” tanyanya. “ yer.. saya orangnya, pemilik gold-forest R&D gaharu.” Jawab saya. “ aduhai.. kamu nie satu, ngapa tak bagitahu awal awal..” katanya pada kawan saya. “ hahahaha.. saja nak tahu, sebab kamu tu bila cakap, banyak mulut sangat, baik aku wat wat tak tahu jer..” kata kawan saya.


“ bergini boh..” kata saya. “ selama ini, saya cuma melihat perkembangan industry gaharu dari jauh, sedih melihat jatuhnya para para pengusaha gaharu di Malaysia dipermainkan oleh pembekal vaksin dari luar dan lebih sedih lagi bila melihat pokok pokok gaharu kita yang di bunuh sewenang wenangnya oleh mereka. Tahun demi tahun diperbodohkan oleh pembekal vaksin, mereka rawat pokok di Negara mereka vaksin lain , manakala di bekalkan pada pengusaha kita vaksin di campur dengan racun..” saya mula bersuara.

“ Ada musilihat yang terpendam di hati mereka, mahu hapuskan semua spesis gaharu di Malaysia, agar Negara mereka monopoli pembekalan gaharu di pasaran dunia. Selepas Negara lain diperbodohkan , Negara paling hampir dengan mereka adalah Negara kita dan Malaysia lah mempunyai 2 spesis gaharu terbaik di asia tenggara, sekiranya boh, belajar sejarah, tak payah lah saya menerangkan panjang lebar, bab ini..” kata saya.


“ saya mungkin lantang, tetapi mewakili seluruh pengusaha gaharu malaysia, berhak bersuara dan mencari punca kesilapan pengusaha dahulu, mengapa terjadinya sejarah hitam, yang membuat para para usaha hampir bankrap kerana vaksin import. Bukan boh jer terkena, saya pun sama, dengan sedemikian lah, saya berusaha mencari formula vaksin, mengkaji bahan bahan yang terdapat dimalaysia untuk di jadikan ramuan vaksin, Alahamdulillah, akhir saya perolehi kerjayaan, bukan hanya untuk gold-forest R&D gaharu tetapi untuk semua para para pengusaha gaharu di Malaysia..” kata saya menamatkan pertemuan hari itu. TQ

Jumaat, 19 April 2013

Sesekali lagi Dril berputar.

Sudah pertengahan bulan april, hujan sudah mula melanda setiap petang, inokulan baru selesai 50 pokok sepsis Aquilaria Malacensis lamk. Di satu lokasi belum di siapkan lagi 180 pokok siap menanti dan tambahan pokok terus bertambah .. aduhai .. bila agaknya boleh disambung inokulan, saban hari dok sibuk urusan lain, sampaikan inokulan boleh tertunda.


Berginilah jadinya, bila kerja sampingan terlampau banyak, kalau di kira kerja sampingan pun masuk duit juga, banyak tu, tak lah, wat beli beras dan ikan tu tiada masalah, sekurang kurang boleh juga menanpung perbelanjaan minum air kopi, time time rest, ketika inokulan tidak operasi. Bukannya gemar sangat kerja kerja sampingan nie, kerana memiliki sedikit ilmu bidang ini, lakukan juga sekadar yang termampu.

Bidang utama kami akan teruskan semula.. insyaallah lebih aktif dari tahun tahun sebelum ini. Di satu lokasi. Diladang getah kepunyaan bangsa china , ribuan pokok gaharu liar siap menanti untuk di inokulan. Sepatutnya bulan april in, inokulan telah dijalankan, disebabkan pembersihan tanah, tujuan tanam semula getah belum operasi, inokulan terpaksa tertunda ke bulan mei atau Jun.

Kalau setakat nak bersihkan tabung … hehehehe .. masih ada lebih 180 pokok, bila bila masa boleh inokulan, berukuran dari 60sm lilitan hingga 150sm. 150 liter vaksin tentu tak mengcukupi, jika dikira duit tunai .. pussss .. RM 100K entah kemana .. touke balak pun kojol bos, kalau wang dok keluar jer, wang masuk pula bukan main liat , hehehehe .. tu lah terpaksa berehat, tenang fikiran, cari pertunjuk bagimana mahu teruskan inokulan, seperti dirancangkan.

Kalau di ikutkan janji dengan pemilik pokok nak khidmat inokulan, hari hari wat janji, tapi.. bila bertanya tentang pembayaran .. hehehehehe.. “ boleh ker boh rawat dulu, jual hasil nanti, kita bayar..” kalau nak bankrap.. silakan inokulan, geranti, tak akan dibayarnya. Yang janji nak bayar ansur ansur nie pun tak muncul muncul, call pun tidak, biarlah bertanya khabar, bagi makluman.. “ tak boleh bayar lagi.” Apa salahnya kan, bagitahu perkara benar, kita orang pun faham.. wat diam diam tu, apahal., selesai ker masalah..?

Ada juga yang ikhlas, bagitahu masalahnya, memang nak bayar kos inokulan, tapi berapa orang jer. Kadang kadang, berselisih dijalan. Wat wat tak nampak.. hehehehehe. Dia Ingat kita orang nie.. tak perasan ker..? Ada juga tak ubah seperti pahat, kalau tak ketuk, tak masuk.. tu pun pahat tumpul, berkali kali ketuk.. baru lah masuk. Bukannya tiada duit, sengaja mahu lambat lambatkan pembayaran, mungkin dia ingat kita nie duit tabung berjuta juta agaknya.. aduhai.
Ini punca utama mengapa para para penginokulasian tak gemar menjalankan inokulan sekiranya pemilik pokok tiada menyediakan duit tunai. Jangan salahkan pihak pengiat gaharu, semuanya bermula dari pemilik pokok, kerana kami terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap kali inokulan dijalankan.. sekiranya anda mengata kos inokulan mahal, ok, memang betul, mahal. Tapi cuba bandingkan berapa 1kg gubal gaharu yang anda akan jual antara kos inokulan, jauh berbezanya kan..?

“ Kan .. bos cipta sendiri vaksin, boleh harga murah..” kata seseorang. “ Nie hakcipta .. anda tentu arif kan.?. tentang hakcipta. Kalau dipanggil hakcipta adalah terperlihara, menghasilkan nya bukan perkara mudah, bukan ilmu nya dapat dalam masa 1 hari, berbelasan tahun menjalankan kajian.. kalau hak anda.. tentu tidak seperti saya, hehehehehe.. agaknya lebih mahal dari kos yang saya cajkan.

Yang gemar saya berurusan, bila pemilik pokok berterus terang .. “ saya mempunyai pokok, cara bagaimana untuk jimatkan kos inokulan, nak rawat semua memang saya tak mampu ..” Ini urusan paling senang, bebanan di kongsi sama, pemilik mengeluarkan kos tunai 50% dan 50% saya tanggung, manakala hasil tuaian di kongsi sama banyak. Saya tak sakit kepala memikirkan nak cekup kat mana kos pengurusan semasa inokulan walaupun kos ganti stok vaksin tetap kena diganti.
Seperti pernah saya catatkan di blog ini, mahu jadi jutawan, wajip keluarkan modal, kalau 100% modal orang lain keluarkan, jangan dok pasang angan angan, walaupun pokok tumbuh ditanah sendiri, kalau orang ingat janji, sehabis banyak orang bagi RM10k – RM20k jer, terima jer lah kan.. pemodal akan kira setiap segi. Duit modal diam, selama 2 – 3 tahun baru dapat pulangan modal, yang pemilik, pakai modal ker, itu nasib pokok tumbuh sendiri ditanahnya, dia jaga ker pokok tu.. tak.nya.. pokok subur sendiri tanpa jagaan.

Ini reality, inilah yang akan terjadi, sekiranya anda ada pokok, sekiranya anda angan angan mahu kekayaan milik anda, siapkan modal 50%, kalau dapat sediakan 100% lagi bagus. Kalau tak nak, cari rakan tambah modal 50% lagi terbaik, tak melibatkan pihak kami. Kalau tak mahu khidmat kami pun tiada masalah, apa yang di catatan ini, cuma penjelasan, penerangan dan asas, sekiranya anda mempunyai cita cita mahukan kemewahan dari hasil jualan gubal gaharu dari pokok anda sendiri.

Vaksin ciptaan kami, tidak di jual secara runcit atau borong, ianya dijual bersama khidmat inokulan  yang dijalankan oleh staf staf kami. Kami tidak melantik sesesiapa, di mana mana negeri sebagai wakil kami. Sekiranya anda bersua yang mengaku wakil kami, kami tiada bertanggungjawab sekiranya anda melakukan urusan, harap maklum. Anda selamat sekira berhubung terus dengan pihak kami melalui e-mail dan mesej di facebook. TQ.

Isnin, 1 April 2013

HOBI atau Bisnes.GAHARU ?



Bercakap tentang gaharu .. pussss.. bukan main semangat, yang bermain di fikiran serta berbual bual .. kaya, kaya, kaya last last jadi jutawan .. heheehe .. last last naik kurap, kaya dengan tergaru garu. Bila orang cakap rawat, kita pun bukan main riak nak rawat juga.. Diam diam orang dah puluhan pokok di rawat , yang kita pula, dok jaja kehulu kehilir ada pokok besar akan dirawat.


Dari hari ke hari dah makan masa bertahun tahun, tak di rawat juga, alasannya, “ tak yakin lah, inokulan nie boleh menghasilkan gaharu..” Yang bersemangat dulu dulu tu, kenapa..?. Apa salahnya kita mengaku terang terang.. “ duit tak ada..” yang jadi masalahnya, tak mahu mengaku , sebetulnya kita tak berduit, makan minum pun , kais pagi makan pagi. Tu yang silapnya kita ada sifat ego, bodoh sombong, kalau mengaku, mana tahu kot kot orang dapat membantu.


“ Kan bagi pokok, hasilnya, dikaut orang, kita satu sen pun tak dapat.. lagi rugi..” kita tak berduit, tapi ada pokok besar .. pastu camano cerita.. Nak tunggu biar gubal terjadi semulajadi .. Itu bukan usaha namanya, nak dapatkkan sesuatu mesti ada usaha, nak makan, tangan kena angkat untuk suapkan ke mulut, bergitu jugalah kalau bercita cita nak menjadi kaya raya, sudah tentu akan melibatkan modal sebagai usaha awal, tapi, jika ada modal tiada ilmu pengelaman yang cukup, usaha kita tiada akan berjaya.


Kalau setakat hobi, mahu menjadi pengiat gaharu, baik tak payah, kalau tak percaya kata kata saya.. bersiap sedia alami sendiri.. periuk, belanga akan berterbangan nanti, isteri akan mengamok dengan hobi pelik kita. Kalau minat nak menjadi pengiat gaharu, kumpul duit banyak banyak, untuk kos belajar, kos beli peralatan , vaksin , kos beli pokok, kos pengurusan ,  kos sara hidup dan akhirnya, kos pembelanjaan bodek hati isteri tercinta.. hehehehe. Jika semua kos ini cukup, hati kita aman damai sebagai pengiat gaharu.


Anda tentu tahu, bila melibatkan diri di industri ini, dari belian anak beneh hinggalah kos Inokulan, tiada lagi main ratus ratus RM, orang tak pandang sejumlah itu, setiap kali jalankan satu project inokulan wajip sediakan RM10K, jika ada sejumlah ini, barulah pokok gaharu anda akan dirawat. Dari pengelaman kami sebagai penginokulasian sejumlah ini pun, masih lagi kecil jika dibandingkan kos pengurusan semasa inokulan di jalankan. Kalau khidmat kami di perlukan dari luar Kelantan, kami tak boleh memberi kata putus, sanggup atau tidak, kerana kos pengurusan terlalu besar.


Saya bagi contoh, kita beli anak beneh 1000 pokok, tanam diatas tanah sendiri, keluasan 1 ekar, kos terpaksa ditanggung, bersih tapak tanaman, baja, kos upah menanam, dah terbang belasan ribu RM . Sudah tentu tiada masuk akal bila kita bagitahu isteri, hasilnya sejuta akan diperolehi 8 hingga 10 tahun akan datang, perkara ini bukan rekaan saya, inilah yang sering saya dengari dari pengusaha yang baru menceburi bidang ini.


Jika orang paling hampir dengan kita meragui usaha kita, semakin hilang kenyakinan, semangat dan lama kelamaan lenyap segala impian kita yang mahu merubah taraf kerhidupan keluarga 8 hingga 10 tahun akan datang. Maka pokok pokok gaharu yang ditaman akan terbiar, ini lah punca utama mengapa pengusaha tiada pedulikan pokok pokok gaharu yang telah ditanam. Dan ada satu factor lagi, menyebabkan perkara yang sama terjadi, meniru, orang tanam, kita pun tanam sebagai menenuhi masa lapang sebagai hobi menanam.


Jika kita menganggap, tanam gaharu satu perniagaan jangka sederhana, bagi saya satu rancangan yang terbaik. Kita mempunyai planning, punyai tangged sebagai peniaga, kita ada rekod pengurusan ladang, walaupun cuma 1000 pokok kita tanam, walaupun hanya 1000 pokok, jika dikira selama 4 tahun penjagaan separuh masa menjagainya, tetap satu kerjaya. Bergitu juga kita inokulan hanya 2 pokok, itu adalah satu pelaburan, wajip di urus secara betul.


Adakah anda tak sayang duit..? Walaupun duit bertambun, keluar masuk mesti ada kiraan, silap langkah kita kecundang. Jatuh tersungkur dibidang ini, jarang jarang mampu bangun berdiri, kecuali, kita mempunyai dana yang banyak, hanya sejumlah kecil di peruntukkan pelaburan inokulan. Jika kita menganggap ini satu bisness, sudah menjadi satu sifat semulajadi, jatuh bangun didalam perniagaan.


Saya sebenarnya tiada gemar mengheboh heboh benda yang belum pasti akan terjadi di masa hadapan, jika di ceritakan, mungkin ada yang berkata, “ kat kertas boleh lah, kejap jer dah tahu penyata untung rugi “. Memang betul apa yang dikatakan. Anda tentu dapat menilainya, antara bisness dan hobi, bisness bukan kerjaya yang cuma main main dan manakala hobi pula dilakukan secara suka suka untuk mengisi masa lapang.


Yang jadi broker gaharu, boleh dianggap hobi, tak pakai duit banyak, bawa buyer jumpa owner, selesai kerja, bila buyer beli, dapat untung bersih. Yang kami ini , jauh api dari panggang dengan si broker. Inokulan pokok gaharu, pakai modal sendiri, shared inokulan dengan para para pemodal, kalau nak di kira wang masuk lebih kecil dari wang keluar, kadangkala poket kering kontang, upah inokulan dilambat lambat pembayaran. hehehehehe.. ini hobi ker..? 

Anda kami dengan anda, tetap sama, disegi terpaksa tanggung kos inokulasian, contohnya anda inokulan sebatang, kos inokulan anda bayar RM1,000.00, bergitu juga setiap kali kami inokulasian pokok hak milik sendiri, sejumlah yang sama RM1,000.00 juga akan kami keluarkan. “ mengapa pulak.. kan inokulan sendiri ..?”.


Dalam bisness tiada sifat berkecuali, hak sendiri ker, kos tetap kena bayar, termasuk harga vaksin, upah inokulan dan kos pengurusan seharian semasa menjalankan inokulasian akan di jelaskan secara tunai. Kalau hak sendiri main free, tak sampai sebulan, Gold-Forest R&D Gaharu, gulong tikar. Kami tiada akan berurusan dengan sesesiapa pun sekiranya, mereka tiada mampu menyediakan pembayaran tunai setiap kali mendapat khidmat kami. Baik bergaduh dahulu dari bergaduh di kamudian hari. Itu lah cara bisness kami, bukan nya hobi. TQ.