Bercakap
tentang gaharu .. pussss.. bukan main semangat, yang bermain di fikiran serta
berbual bual .. kaya, kaya, kaya last last jadi jutawan .. heheehe .. last last
naik kurap, kaya dengan tergaru garu. Bila orang cakap rawat, kita pun bukan
main riak nak rawat juga.. Diam diam orang dah puluhan pokok di rawat , yang
kita pula, dok jaja kehulu kehilir ada pokok besar akan dirawat.
Dari
hari ke hari dah makan masa bertahun tahun, tak di rawat juga, alasannya, “ tak
yakin lah, inokulan nie boleh menghasilkan gaharu..” Yang bersemangat dulu dulu
tu, kenapa..?. Apa salahnya kita mengaku terang terang.. “ duit tak ada..” yang
jadi masalahnya, tak mahu mengaku , sebetulnya kita tak berduit, makan minum
pun , kais pagi makan pagi. Tu yang silapnya kita ada sifat ego, bodoh sombong,
kalau mengaku, mana tahu kot kot orang dapat membantu.
“ Kan
bagi pokok, hasilnya, dikaut orang, kita satu sen pun tak dapat.. lagi rugi..”
kita tak berduit, tapi ada pokok besar .. pastu camano cerita.. Nak tunggu biar
gubal terjadi semulajadi .. Itu bukan usaha namanya, nak dapatkkan sesuatu
mesti ada usaha, nak makan, tangan kena angkat untuk suapkan ke mulut, bergitu
jugalah kalau bercita cita nak menjadi kaya raya, sudah tentu akan melibatkan
modal sebagai usaha awal, tapi, jika ada modal tiada ilmu pengelaman yang
cukup, usaha kita tiada akan berjaya.
Kalau
setakat hobi, mahu menjadi pengiat gaharu, baik tak payah, kalau tak percaya
kata kata saya.. bersiap sedia alami sendiri.. periuk, belanga akan berterbangan
nanti, isteri akan mengamok dengan hobi pelik kita. Kalau minat nak menjadi
pengiat gaharu, kumpul duit banyak banyak, untuk kos belajar, kos beli
peralatan , vaksin , kos beli pokok, kos pengurusan , kos sara hidup dan akhirnya, kos pembelanjaan
bodek hati isteri tercinta.. hehehehe. Jika semua kos ini cukup, hati kita aman
damai sebagai pengiat gaharu.
Anda
tentu tahu, bila melibatkan diri di industri ini, dari belian anak beneh
hinggalah kos Inokulan, tiada lagi main ratus ratus RM, orang tak pandang
sejumlah itu, setiap kali jalankan satu project inokulan wajip sediakan RM10K,
jika ada sejumlah ini, barulah pokok gaharu anda akan dirawat. Dari pengelaman
kami sebagai penginokulasian sejumlah ini pun, masih lagi kecil jika
dibandingkan kos pengurusan semasa inokulan di jalankan. Kalau khidmat kami di
perlukan dari luar Kelantan, kami tak boleh memberi kata putus, sanggup atau
tidak, kerana kos pengurusan terlalu besar.
Saya
bagi contoh, kita beli anak beneh 1000 pokok, tanam diatas tanah sendiri,
keluasan 1 ekar, kos terpaksa ditanggung, bersih tapak tanaman, baja, kos upah
menanam, dah terbang belasan ribu RM . Sudah tentu tiada masuk akal bila kita
bagitahu isteri, hasilnya sejuta akan diperolehi 8 hingga 10 tahun akan datang,
perkara ini bukan rekaan saya, inilah yang sering saya dengari dari pengusaha
yang baru menceburi bidang ini.
Jika
orang paling hampir dengan kita meragui usaha kita, semakin hilang kenyakinan,
semangat dan lama kelamaan lenyap segala impian kita yang mahu merubah taraf
kerhidupan keluarga 8 hingga 10 tahun akan datang. Maka pokok pokok gaharu yang
ditaman akan terbiar, ini lah punca utama mengapa pengusaha tiada pedulikan
pokok pokok gaharu yang telah ditanam. Dan ada satu factor lagi, menyebabkan
perkara yang sama terjadi, meniru, orang tanam, kita pun tanam sebagai menenuhi
masa lapang sebagai hobi menanam.
Jika
kita menganggap, tanam gaharu satu perniagaan jangka sederhana, bagi saya satu
rancangan yang terbaik. Kita mempunyai planning, punyai tangged sebagai peniaga,
kita ada rekod pengurusan ladang, walaupun cuma 1000 pokok kita tanam, walaupun
hanya 1000 pokok, jika dikira selama 4 tahun penjagaan separuh masa
menjagainya, tetap satu kerjaya. Bergitu juga kita inokulan hanya 2 pokok, itu
adalah satu pelaburan, wajip di urus secara betul.
Adakah
anda tak sayang duit..? Walaupun duit bertambun, keluar masuk mesti ada kiraan,
silap langkah kita kecundang. Jatuh tersungkur dibidang ini, jarang jarang
mampu bangun berdiri, kecuali, kita mempunyai dana yang banyak, hanya sejumlah
kecil di peruntukkan pelaburan inokulan. Jika kita menganggap ini satu bisness,
sudah menjadi satu sifat semulajadi, jatuh bangun didalam perniagaan.
Saya
sebenarnya tiada gemar mengheboh heboh benda yang belum pasti akan terjadi di
masa hadapan, jika di ceritakan, mungkin ada yang berkata, “ kat kertas boleh
lah, kejap jer dah tahu penyata untung rugi “. Memang betul apa yang dikatakan.
Anda tentu dapat menilainya, antara bisness dan hobi, bisness bukan kerjaya
yang cuma main main dan manakala hobi pula dilakukan secara suka suka untuk
mengisi masa lapang.
Yang
jadi broker gaharu, boleh dianggap hobi, tak pakai duit banyak, bawa buyer
jumpa owner, selesai kerja, bila buyer beli, dapat untung bersih. Yang kami ini
, jauh api dari panggang dengan si broker. Inokulan pokok gaharu, pakai modal
sendiri, shared inokulan dengan para para pemodal, kalau nak di kira wang masuk
lebih kecil dari wang keluar, kadangkala poket kering kontang, upah inokulan
dilambat lambat pembayaran. hehehehehe.. ini hobi ker..?
Anda
kami dengan anda, tetap sama, disegi terpaksa tanggung kos inokulasian,
contohnya anda inokulan sebatang, kos inokulan anda bayar RM1,000.00, bergitu
juga setiap kali kami inokulasian pokok hak milik sendiri, sejumlah yang sama
RM1,000.00 juga akan kami keluarkan. “ mengapa pulak.. kan inokulan sendiri
..?”.
Dalam
bisness tiada sifat berkecuali, hak sendiri ker, kos tetap kena bayar, termasuk
harga vaksin, upah inokulan dan kos pengurusan seharian semasa menjalankan
inokulasian akan di jelaskan secara tunai. Kalau hak sendiri main free, tak
sampai sebulan, Gold-Forest R&D Gaharu, gulong tikar. Kami tiada akan
berurusan dengan sesesiapa pun sekiranya, mereka tiada mampu menyediakan
pembayaran tunai setiap kali mendapat khidmat kami. Baik bergaduh dahulu dari
bergaduh di kamudian hari. Itu lah cara bisness kami, bukan nya hobi. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan