Luangkan masa sekejap,
ketuk keyboard siapkan catatan terbaru blog, tetap utamakan topic tentang
gaharu microbiologi. Cuba kumpulkan kembali pengelaman, peristiwa dan ragam-ragam
pengusaha yang ditemui dari pertengahan bulan 5 sehingga seawal bulan 6 ini.
Kalau dikira tiada apa perkara yang menarik untuk di jadikan topic utama
sebagai catatan terkini. Tetapi, setiap kali ada perbincangan tentu ada cerita,
ketika pertemuan antara kami dengan pengusaha, kadang-kadang terasa bagaikan
mereka amat mengharapkan bantuan khidmat inokulasi dari pihak kami, tetapi, walaupun
ianya satu kegilaan kami sebagai penginokulasian, ianya ada peraturannya,
mempunyai syarat-syarat bukan satu kegilaan tanpa kawalan.
Seawalnya seperti pernah
saya catatkan di blog gaharu ini, Gold-Forest R&D Gaharu bukan badan
kebajikan, bukan badan kewangan, bukan syarikat yang dimiliki oleh jutawan dan
bukan diuruskan oleh pihak-pihak berkaitan dengan badan-badan kerajaan.
Gold-Forest R&D gaharu di asaskan daripada titik peluh peribadi melalui
R&D bertahun-tahun, dengan ini, sudah pasti anda memahami, bahawa
Gold-Forest R&D Gaharu mempunyai, perancangan, ketelitian urusniaga,
halatuju tersendiri, tiada melibatkan dana-dana daripada mana-mana pihak, ini
bererti jika pemilik pokok tanpa memiliki wang tunai untuk mendapat bekalan
cecair pembentukan serta khidmat penginokulasi secara percuma, sorry boss..
lupakan lah niat anda.
Tergerak hati saya menyiapkan
catatan terbaru ini, setelah menerima kunjungan dan melalui lawatan ke
ladang-ladang gaharu para pengusaha. Seperti pernah saya terbitkan dicatatan
sebelum ini, Sebilangan besar pengusaha mempunyai kemampuan menanam spesis
gaharu sejumlah besar dan mempunyai kemampuan mengurus ladang mereka sehingga
berusia 5 hingga 10 tahun dengan jayanya. Dimanakah silapnya, pokok-pokok
diladang mereka ini masih belum di inokulasian walaupun usia pokok telah
mencecah 10 tahun, adakah kesukaran mencari penginokulasian atau tiada mampu
menampung kos membeli cecair pembentukan?.
Saya tercari-cari jawaban
tentang soalan-soalan begini dan mungkin para-para pengusaha menpunyai
jawaban tersendiri. Saya sebagai salah seorang pengusaha ladang,
Penginokulasian pokok gaharu dan pecipta Cecair Pembentukan (GFV FUNGUS),
rasa-rasanya dapat meneka dengan tepat segala persoalan serta bebanan yang
ditanggung yang bermain-main difikiran para pengusaha. (Kikikiki. Aku pun salah
seorang pengusaha juga). Bukan satu perkara mudah untuk dilaksanakan seperti
kata-kata yang pernah di hebohkan, tanam pokok gaharu akan jadi jutawan, itu
hanya sembang-sembang di warong kopi .. boss, kalau tidak ada modal di keluarkan,
sampai ke bila status sebagai jutawan itu tidak akan dikecapi, cuma boleh
dianggap berangan-angan mat jenin.
Jika mempunyai hanya 50
batang pokok gaharu, tidak ada kemampuan untuk mengeluarkan kos inokulasian,
manakan termampu mengeluarkan kos inokulasian ribuan pokok yang telah anda
tanam. Sekiranya anda mempunyai pokok liar berukuran 290cm, hanya 1 batang atau
sebesar hampir 3 pemeluk yang tumbuh di atas tanah kepunyaan anda, jumlah kos
inokulasi yang akan melibatkan kos tunai ribuan ringgit, “kikikiki.. pasti tergaru-garu
biawak kau.”. Pokok tanam berukuran 45cm masih tak terdaya mengeluarkan kos
inokulasi, inikan pula pokok berukuran 290 cm, dinasihatkan lebih terbaik tutup
buku kira-kira, lupakan sahaja angan-angan mat jenin mahu jadi salah seorang
jutawan daripada hasil jual gaharu.
Ini kenyataan realiti
boss.. bukan pandai-pandai saya mereka cerita, masalah ini bukan sekali dua
saya temui, setiap kali dijemput melawati ladang, perkara pertama yang keluar
dari mulut pengusaha. Meminta bantuan inokulasian pokok mereka secara tanpa
mengeluarkan modal, jual hasil nanti boleh jelaskan kos inokulasi. Kikikiki.. Guna
lah akal boss.. Semua pekerjaan pakai modal, kami juga ada periuk yang wajib
di isi beras, ada mulut wajip di suap, kalau boss mahukan kemewahan, begitu
lah juga kami. Setiap benda yang akan diusahakan untuk capaikan kejayaan ianya
memerlukan modal walaupun kecil atau pun besar. Bukan bermodal di atas angin atau
bermodal air liur. Saya bagi satu
soalan, “ Adakah satu kewajiban kami bersusah-susahkan diri, korbankan masa,
wang ringgit sejumlah begitu besar pada pokok kepunyaan orang lain, bertujuan
untuk mereka mencapai impian?”.
Maaf, bukan saya mahu
patah-patahkan semangat sesesiapa, ini lah realiti nya, kita mempunyai
kemampuan berladang gaharu puluhan ribu pokok, tetapi, sejumlah kecil sahaja
yang mampu mengeluarkan kos pembelian cecair pembentukan atau mengupah para
penginokulasian merawat pokok gaharu yang sejumlah seperti itu. Dari pengelaman
saya, tidak ada sesesiapa akan sudi membantu kita tujuan penyelesaian
permasalahan kita hadapi, kecuali kita mempunyai dana atau peruntukan tunai
yang cukup. Kita harus sedar, para penginokulasi juga akan mengeluarkan kos
agak besar setiap kali project inokulasi di jalankan, jika tiada apa-apa
pembayaran dari pemilik pokok, tak mungkin berjaya dijalankan, sekiranya kos
upah kerja-kerja inokulasi yang dijalankan itu gunapakai duit poket penginokulasi
sendiri?.
Tidak ada seorang manusia
lain yang sanggup memikul bebanan kita, lebih lagi yang melibatkan wang tunai keluar
begitu besar, sudah tentu tidak ada yang sanggup melabur kos inokulasian
ratusan ribu, kecuali, diri kita sendiri yang menyelesaikan masalahnya. Perkara
begini lah yang menjadi permasalahan utama kepada peladang gaharu bukan sahaja
di Malaysia, tetapi, di serata Negara Negara Asia Tenggara yang mempunyai
jutaan pokok yang tanam berusia 10 tahun keatas tanpa di inokulasi. Sekali saya
ulangi, kos paling besar yang perlu di keluarkan untuk mencapai impian peladang
gaharu, iaitu dan paling utama adalah pembelian cecair pembentukan dan upah
kerja-kerja penginokulasi.
Peladang gaharu kini, boleh
dianggap beruntung tidak lagi mengharap cecair pembentukan yang di import,
berkesanan pembentukan telah terbukti berjaya, walaupun harga 1 liter cecair
boleh dianggap agak tinggi. Kikikiki.. itu kena terima hakikatnya, bukan
perkara senang mencari formula proses cecair ini, memecah huraian dan bukan
boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Begitu juga tempoh masa menentukan
kejayaan pembentukan gaharu, ujikaji, penyelidikan dan bukan sejumlah kecil
pokok kajian di musnahkan dan dikorbankan bagi menilai penyerapan, jalinan
oleoresin dan tahaf pembentukan.
Ini lah penyebab utama
mengapa harga cecair pembentukan di urusniaga dengan harga agak tinggi, tetapi,
keinginan saya ajukan pertanyaan, “ berapa harga 1 kilogram gaharu.?” Jika anda
telah temui jawabannya, sudah pasti anda temui pembezaan harga amat ketara
antara cecair pembentukan tidak setimpal dengan harga gaharu yang mencecah
ribuan ringgit 1 kilogram. Jika anda terus memikirkan kos inokulasi, fikiran
akan bertambah bercelaru, kenyakinan serta impian anda akan lenyap bersama
ladang gaharu anda, kikiki.. orang lain jual hasil tuaian dari ladang mereka,
tetapi, kita masih memikirkan bagaimana mahu selesaikan masalah, mahu dapatkan
wang tunai untuk inokulasi pokok diladang yang melebih tempuh matang, sudah
pasti, masalah bertambah besar akan dihadapi, semakin tahun ke setahun pokok
tetap membesar, maka kos inokulasi kita kian meningkat.
Saya catatkan kisah
pembincangan saya antara seorang pemilik yang mempunyai ratusan pokok gaharu
yang di tanam berusia 8 tahun dan mempunyai 100 pokok gaharu liar berukuran
dari 140sm hingga 300sm. Setelah saya selesai menyiapkan keseluruhan anggaran
kos, kos nya mencecah melebihi ratusan ribu ringgit, kikikiki.. kejap-kejap jer
kepala saya terasa sakit, ia lah bukan sejumlah yang sedikit, ratusan ribu..
boss, biar betul-betul. Ketika menyiapkan anggaran kos, tambah, daraf tertera
jumlah, “iskkk.. ada duit ke, orang tua tu, sebanyak ini”. Walaupun apa-apa jawaban, pembincangan dan
penerangan wajib di teruskan, pemilik itu mampu atau tidak, itu cerita lain.
Dihari pertemuan, saya
terangkan secara detail, anggaran hasil tuaian yang akan diperolehi, jumlah
liter cecair digunapakai, sejumlah kos yang perlu disediakan secara tunai dan
pembayaran kos inokulasian mengikut jumlah pokok yang di inokulasian setiap
hari. Kita bisnes, wajib berterus terang, mereka setuju atau tidak, itu hak
mereka. Jika mereka setuju, segala syarat serta peraturan wajib mereka ikuti,
walaupun mereka anggap sukar memenuhi syarat serta peraturan yang telah
ditetapkan sebelum ini. Tepat, seperti saya jangkakan, “ iskkk.. banyak tu, ada
cara lain ke, kalau boleh inokulasi dulu, jual hasil nanti bayar lah” itu lah
jawaban dan soalannya dari nya. Dan Ini soalan untuk anda. “sekiranya anda
berada dikalangan kami sebagai penginokulasian, anda sanggup lakukan..?.
“Saya tidak mampu membantu,
saya juga tidak mempunyai tabungan ratusan ribuan ringgit untuk selesaikan
permasalahan orang lain, kos cecair pembentukan wajib dibayar secara tunai,
bergitu juga kos pengurusan inokulasi dan Gold-Forest R&D Gaharu bukan
badan kebajikan, harap Tuan fahami. Cuma ada satu cadangan yang boleh dibawa
berbincang, ia itu pakej usahasama, ini pun perlu saya mengkaji semula, Pihak
Tuan wajib siapkan kos tunai inokulasian 35% dan 65% lagi pihak kami tanggung.
Sekiranya pihak Tuan, masih tidak mampu menyediakan kos pakej usahasama yang
kami tawarkan itu, bererti pembincangan telah tamat” kikikiki.. itu lah kata
putus, lapang dada, daripada fikiran melayan memikirkan masalah orang lain.
Apakah daya kami, memangnya
kami tak dapat membantu inokulasian tanpa pembayaran tunai, kecuali, pemilik
mempunyai fikiran terbuka, berikhtiar mencari dana sejumlah ditetapkan,
sama-sama bantu membantu demi sama-sama capai kejayaan. Jika hanya mahu
harapkan bantuan seperti itu, tanpa mengeluarkan modal atau cagaran walaupun
sedikit, awal-awal lagi pihak kami tidak akan melayan, jika cuma kos seratus
dua ratus ringgit, itu boleh dikatakan tiada masalah, tetapi, bila melibatkan jumlah
ratusan ribu ringgit, itu sudah boleh di anggap satu pelaburan luar biasa. Jika
berurusan melalui pihak kewangan, mereka akan minta cagaran yang mejamin
pulangan pinjaman yang mereka salurkan. Betul kan..?. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan