Kali ini saya catatkan
satu spesies yang kita tak pernah terlihat, mungkin ada yang tidak pernah
terdengar atau mungkin tidak akan kita temui diseluruh pelusuk hutan belantara
di bumi Malaysia yang tuah ini. Walaupun bagaimanapun, satu spesies ini yang
paling tersohor di arena pedagangan “Oud” antarabangsa yang digelar “Raja
Gaharu”, tetapi, asal usul pertemuannya lokasi dan habitat sebenarnya masih
menjadi persoalan. Bukan bererti saya bangga-banggakan serta agong-agongkan
spesies ini, catatan ini berdasarkan kajian saya mengenai spesies gaharu. Mengikut
daripada laporan asal pengkaji Ahli botani, mengatakan bahawa, kinam mempunyai
banyak nama, seperti, Kyara, kalambak, kannam, Qinam, kyanam dan kyaras.
Tetapi, antara satu
nama ini membuat saya amat tertarik pada artikel ini, ia itu, nama “Kyaras”,
merupakan satu nama yang sama pada spesies gaharu yang tumbuh di bumi kita, iaitu
malaccensis lamk, atau depu atau gaharu atau kyaras. Jika betul daripada kiraan
saya, kita adalah merupakan sekalangan pengusaha yang bertuah, kerana Negara
kita masih berbaki, masih wujud dan mempunyai salah satu spesies gaharu
termahal di dunia, masih tumbuh dan sentiasa bercambah dari masa ke semasa
disekitaran suasana habitat kekal nya dikampungan.
Artikel ringkas ini diperolehi
daripada pengiat tersohor dari Butan serta tambahan cacatan kajian sendiri, saya
terjemahkan sekadar termampu dan edit, diterbikan. sebagai catatan blog gaharu
saya (*Teks & Photo From Butan Kyara). Dari fikiran saya, ianya terbaik didedahkan secara
umum sepertimana yang sering kita dengari tentang Kalambak, Kraya, kyaras atau Kinam
ini, yang disalah taksirkan pada ketiga tiga nama yang sering sebut-sebut ini, dianggap
antara spesies berbeza dan, sebagai menjawab soalan-soalan yang sering di
ajukan kepada saya, Kalambak, kyara, kyaras atau kinam ini dari ada pokok berlainan?.
Kinam
boleh
ditemui di Indochina, Thailand, Kemboja, Myanmar, Laos, terutamanya di Vietnam.
Menurut pengkaji kemenyen Kyozaburo Nakata dari Jepun. Nama Kinam berasal dari bahasa
tempatan Vietnam Selatan, yang juga merupakan pedagang terawal Kyara. Nama ini berasal dari gabungan perkataan Sanskrit, untuk warna hitam
"Kala" dan, perkataan dari
bahasa Cina bagi pokok dipanggil "Bak".
Kedua-dua panggilan daripada bahasa ini digambungkan sebagai “Kalambak” dan, kemudian nama itu
ditukar kepada Kinam. Kinam sentiasa dijual dengan secara timbangan Kilogram. Kinam sangat sukar untuk didapati dan sangat mahal harganya. Harga pasaran untuk Kinam berkualiti bernilai lebih 20,000 USD per
KG.
Oud melambangkan kesempurnaan semulajadi dan panggilan
ini yang menghubung kaitkan dengan falkuti manusia dan tradisi alam purba, dari
adat resam suku suku bangsa dan jiwa bumi seperti taman Surgawi dengan mengakui
setulus hati kuasa kebesaran kejadian dicipta Yang Maha Agong, kepada
masa-sifar roh, deria, kerohanian (tenang), fizikal dan getaran dunia seperti
dunia khayalan, asas daripada diri primal dan sebagai menggambarkan kesempurnaan
kewujudan aroma “Oud”. Dilaporkan bahawa, Malaccensis (Kyaras) adalah Spesies
gred Kinam, gred ini adalah gred khas, yang kita
diekstrak khas untuk pelanggan, yang ingin terutama mahukan aroma sesuatu yang ada
pelbezaan dan tersendiri. (istilah
pencium aroma gaharu).
Dipetik dari pepatah kuno
yang popular mengatakan: "daripada melaksanakan perbuatan yang baik dalam tiga
hayat (alam kanak-kanak, remaja dan dewasa), hidup berganjaran dengan berbau
aroma Kinam pada kehidupan di dunia". Ia terkenal sebagai "Raja
Gaharu", Kinam adalah yang terbaik daripada semua spesies gaharu dan dikenali
mempunyai banyak sebutan mengikut Negara
iaitu - "Qinan", "Kynam", dan "Kannam", manakala di
Jepun dirujuk dengan panggilan sebagai "Kyara". Orang dahulu kala mengatakan,
"gaharu yang baik adalah amat sukar untuk didapati" tujuannya menggambarkan
bahawa yang Kinam sukar menghasilkan pembentukan, salah satu punca menjadikan ia
lebih berharga. Bererti, (rujukan) ianya seakan sama dengan habitat malaccensis
lamk “kyaras” yang dianggap sukar untuk menghasilkan pembentukan resin.
Sehingga hari ini,
kajian saintifik tidak menemui satu factor sebenar untuk menentukan pembentukan
Kinam yang berkualiti. Walau bagaimanapun, para ahli kajian sastera purba kemenyen Cina
berkata, ia kermungkinan ada berkaitan dengan aktiviti parasit dan serangga bersarang
dan dihubung kait dengan lebah, yang tertakluk pokok berkenaan untuk penyerapan
yang berpanjangan madu dan susu bahan-bahan yang secara beransur-ansur campuran
dengan resin yang dihasilkan dari pokok itu, yang mengakibatkan proses transformasi
yang panjang. Di samping itu, sebahagian santis moden memberi laporan bahawa ia
adalah disebabkan oleh rangsangan kulat yang mengubah sifat pokok berkenaan atau
dengan perubahan genetik di atas pokok wangi ini.
Ahli kesusasteraan kemenyan
Cina mengeluarkan pelbagai tafsiran pendapat mengenai tempat asal Kinam. Antara
kemenyan purba seperti “Bencao Yanyi” (AMM) dari Dinasti Song, Xin Cha Shen Lan
(Starry Rakit) dari Dinasti Ming, dan Huan (Bureaucrat) daripada Dinasti Qing,
ada juga yang mengeluarkan berpendapat Kinam berasal dari Champa (Vietnam),
manakala, sebilangan besar ahli-ahli kajian botani china mengatakan, bahawa ianya
ditemui dikawasan pergunungan berhampiran Laut China Timur di Guangdong
(Hainan), adalah tempat kelahiran asalnya menurut satu laporan, ianya membuktikan
bahawa sumber asal-usul pertemuan Kinam tidak terhad ditemui satu kawasan.
Walaupun dicatatkan telah
ditemui pada zaman purba, hingga ke sudut pandangan kajian botani moden kini,
ia laporkan, adalah termasuk diantara kalangan salah satu spesies baru gaharu. Sepertimana
yang ditemui oleh seorang ahli botani Perancis di kawasan-kawasan di sekitar
Vietnam dan Kemboja. Secara rasmi telah dinamakan Aquilaria Crassna Pierre (dirujuk
sebagai percanggahan pendapat) dan disenaraikan di bawah genus Aquilaria keluarga
Thymelaeaceae. Mengandungi oleoresin yang kaya, dengan kelenjar oleoresin
bersepah dengan jelas seperti lapisan kain di atas permukaan kayu. Orang dahulu
kala mengatakan tektur: "Ia bergolek apabila skived dan ia adalah mudah dibentuk,
tetapi sukar untuk mengunyah", dan juga: "tekstur seperti di selembut
lumpur" dan "tekstur seperti sukar seperti jed". Oleh itu, kita
fahami yang tekstur Kinam amat berbeza dan sukar.
Satu lagi ciri atas permukaan
Kinam terletak aroma yang unik dan berlapis-lapis, yang terdiri daripadanya bauan
begitu kompleks, bahawa ia tidak boleh dihasilkan semula walaupun menggunakan teknologi
moden yang canggih. Berbanding dengan aroma gaharu lain, yang agak membosankan,
tidak kestabilan dan pelbezaan terutamanya segi tahap intensity. Tetapi, Kinam kekal
aroma menonjol dengan kerumitan untuk memahaminya, pembentukan berubah-ubah dan
tidak dapat diduga: ia berbau segar dan monumental pada suhu biasa, meleleh
aroma yang kuat dan matang berminyak apabila dibakar.
China mempunyai kejayaan
besar dalam pengkajian kemenyan. Xiang Sheng (A History of Incense) oleh Ming
pengumpul Zhou Jiazhou mengkategorikan Kinam mengikut syarat-syarat pembentukannya,
seperti "pembentukan hijau", "pembentukan manis",
"pembentukan madu", "pembentukan mentah", "pembentukan
sutera emas" dan "pembentukan kulit harimau". Haiwai Yishuo (An)
gred Kinam dinilai pada warna-warna semulajadi sifatnya, dengan kategori seperti
"burung penyanyi hijau", "pembentukan orkid",
"pembentukan sutera emas", "pembentukan manis" dan
"pembentukan besi". Pada zaman moden, Kinam di istilahkan dan dikategorikan
sebagai "putih Kinam", "hijau Kinam", "merah Kinam",
"kuning Kinam", "ungu Kinam" dan "hitam Kinam".
Selain itu, kawasan pergunungan di utara Binh Thuan Province di Vietnam
terkenal dengan pengeluaran Kinam, dengan hasil tempatan yang diklasifikasikan kepada
empat kategori "putih, hijau, kuning dan hitam".
Budaya kemenyan dikatakan
telah diperkenalkan ke Jepun oleh orang Cina para sami-sami Kanjin, semasa perjalanan
mereka untuk menyebarkan agama Buddha bertahun-tahun lamanya semasa
pemerentahan Dinasti Tang. Di Jepun, sejarah menyebutkan "Kodo"
("kemenyan" Jepun) yang membawa ertikata "Aliran masuk gaharu".
Nihon Shoki (The Chronicles of Japan) merekodkan sebahagian gaharu hanyut (Pedagang)
kedarat pada tahun yang ketiga ketika pemerentahan kerajaan Empress Suiko (595
AD). Budaya pengunaan kemenyan beransur-ansur merebak meluas di Jepun, penggunaan
di majlis Pernikahan, dipromosi oleh para bangsawan dan sami-sami Buddha. Sistem
Pendidikan penggunaan kemenyan adalah sangat sistematik di Jepun.
Dalam zaman moden, isu yang sama yang
berlaku kepada perkataan Kinam / Kynam (Qi-nan). Satu perkataan agak mudah
disebut dan telah digunakan dalam bahasa pemasaran, meletakkan perkataan
"Kinam". di sebalik permintaan, nampaknya ada meningkatkan nilai atau
kualiti agarwoods atau produk tertentu yang dirasakan berkualiti. Penggunaan bahasa
moden sebati dengan perkataan "Kinam, sebutan dalam banyak bahan-bahan gaharu
biasa yang dikelirukan dengan nama Kinam / kyaras, walaupun sejarah boleh di
ubah secara menipulasikan, tetapi, kita tidak boleh mengubah fenomena sosial
semula jadinya.
Dalam
teks kajian versi Jepun ringkasan dari Cina herba bertarikh keabad ke 17-18, ia telah dicatakan, bahawa Kyara juga dikenali
sebagai Kynam, Ky-Lam, atau Kya-nam. Nama Kyara adalah istilah masyarakat Jepun,
semata-mata digunakan di Jepun untuk menerangkan sebutan Kynam, manakala di
luar Jepun, panggilan kynam atau kalambak juga digunakan. Kynam perkataan
(Kinam) digunakan secara bertukar ganti atau Kyara ditemui dalam banyak artikel
kerana istilah-istilah ini digunakan dalam konteks kajian sejarah.
Ahli botani Perancis,
Pierre Poivre (1719-1786) juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis
"gaharu" atau "aloeswood", pertama adalah “khi-nam” (kynam)
atau kalambak. kedua adalah “tram huong” (aloeswood biasa), dan ketiganya “tien
huong” yang cukup banyak kayu putih. Kalambak, apabila diimport ke Jepun, harga
meningkat lebih daripada 40 kali ganda. Seorang
pengembara portugis, Tomes Pires (1465-1540), yang dicatatkan dalam kajiannya bertulis
mengatakan, yang kalambak (kynam) adalah kualiti aloeswood terbaik, dengan perbezaan
yang besar segi rasa dan bau, dan ianya mempunyai nilai seperti emas dan plumbum.
Ahli-ahli
pakar botani telah laporkan kajian mereka terhadap kinam dan mengakui mempunyai
kualiti sama pada Aquilaria Crassna dan Malaccensis Lamk. Minyak-minyak pati
gaharu yang terhasil melalui penyulingan tetap dinamakan “Oud” dan bergitu juga
oleoresin darimana mana spesies Aquilaria spp ini tetap dipanggil gaharu. Yang
menentukan nilai dan berkualiti gaharu, ianya mengikut gred seperti dinyatakan
gaharu mempunyai 20 gred nya tersendiri atau melalui warna, kepadatan gaharu,
berat dan semasa pembakaran, bauan di keluarkan melalui asap mengeluarkan aroma
manis bukan asap berbau kayu api yang dibakar. TQ.
pening baca....
BalasPadambertambah pening bila banyak belajar tentang gaharu microligi .. johari
Padam