Assalamualaikum dan
selamat sejahtera khas buat pengikut-pemgikut serta pelawat, para-para peminat,
para-para pengusaha serta hunter-hunter gaharu, kerana sudi mengikuti
perkembangan blog ini dari masa blog
gaharu Gold-Forest R&D Gaharu, yang tiada seberapa ini, terima kasih semua.
Kalau tiada silap pekiraan saya , telah hampir 4 bulan saya tiada kesempatan
update catatkan terbaru blog, di sebabkan masa bergitu cemburu dengan kesibukan
pelbagai-bagai hal serta urusan inokulasian kian bertambah.
Sekejap jer masa
berlalu, tahun 2015 telah memasuki bulan March, telah dua bulan tahun 2014
meninggalkan kita bersama-sama azam yang belum di sempurnakan. Kikikii.. no
problem . kita sambung azam tahun lepas ke tahun ini, insyaallah, dengan berkat
kesabaran, keazaman kita, sifat jati diri kita dan kekuatan semangat kita,
tahun 2015 kita sama-sama jayakan, upgrade semangat juang kita, ia nya pasti
akan dapat dilaksanakan mengikut jadual planning yang telah kita jaya secara pelahan-pelahan
tanpa memikirkan cabaran-cabaran serta permasalahan kecil akan kita hadapi,
insyaallah .
Kita luangkan masa
mencari Eilmu, timba pengelaman dan dapatkan maklumat tepat dari pengiat
veteran, kadang-kadang ada-ada yang bercerita perbualan kosong di warong kopi,
tetapi habuk pun tiada, sekurang-kurangnya kita dapat fikirkan adalah logic
atau tidak cerita baru kita dengari. Penting atau tidak, logic atau tidak, kita
dapat menilainya sendiri dari pengelaman yang kita telah lalui, sebagai
penginokulasian pokok gaharu. Apa yang di dengari, pahit atau manis itu sudah
lumrah, orang lain cuma mata memandang, kita bahu yang memikul. . kikikiki..
betul ke tidak bergitu..?.
Saya kurang gemar
catatan bayangan indah-indah di blog gaharu saya, seboleh-bolehnya saya gemar
patah-patah semangat para-para peminat baru gaharu. Saya gemar mengajak mereka
berfikir, lakukan kajian serta cari maklumat tepat bagaimana gaharu mampu
menjadikan seorang itu bergelar JUTAWAN. Kalau cuma mampu rawat pokok sendiri
10 pokok, kikikiki, lupakan lah status bergitu, jauh panggang dari api nak jadi
jutawan, nak kenyangkan perut, nak sedapkan bualan, mungkin boleh, tetapi, saya
ucapkan syabas, kerana anda berani menempuhi cabaran, ada semangat dan punya
kenyakinan diri.
Nie apo cerito ..?
Berkhemah bermalam di hutan, berjaga, risau di kebas pencuri, maka rela lah
bertemankan pacat serta nyamuk kerana sebatang pokok gaharu di tebang di
anggarkan, di tokok tambah berharga 1.5 juta sebesar 2 pemeluk .. wou .. wou,
biar betul-betul. Kikikiki..1.5 juta bukan jumlah yang sikit boss. Sewa
jentolak gali keluarkan akar-akar, batang gaharu di potong pendek-pendek senang
untuk di muat ke atas van , tujuan untuk di bawa keluar hutan. Kerja bukan 1
hari , 3 hari selesai semuanya. Selesai satu hal mengangkut, bertimbun-timbun
di perkarangan rumah, tetap waspada kot-kot ada penyamun terbus kebas,
maklumlah berharga 1.5 juta, terbeliak biji mata dan besar telinga mendengar
harga sejumlah itu, kikikiki.. bermasalah juga kan, punya batang gaharu bernilai
tinggi ini, sampai nak tidur tak terlena, bercampur melayan angan-angan serta
planning mahu buat apa dengan duit 1.5 juta.
Si broker silih
berganti datang, semua jenis kederaan keluar masuk, pelbagai anggaran serta
tawaran, dari SUV, Hilex, pelbagai jenis 4x4 sehinggalah Datsun baulu, daripada
jalan masuk ke rumah rumput setinggi lutut, lumat tinggal tanah merah berdebu
di lalui si broker, pelawat , kaum kerabat dan kongi-kongsi, yang sebelum ini,
sunyi daripada pengunjung. Si kongsi mula curiga mecurigai satu sama satu,
semasa berhadapan sama-sama setuju, 1.5 juta akan di agih sama rata, tetapi
siang malam tetap tiada bergerak berada di halaman rumah si kongsi tempat
batang gaharu di kumpul.
Awal pagi si broker
muncul di hadapan rumah, mahu tengok batang gaharu, minta contoh, mahu bagi
pada kenalan si anu si anu yang kenal baik Tok Arab di Arab Saudi. Hilang yang
dulu, muncul pula seorang lagi broker, yang ini
lagi hebat, dia ada adik berkerja kat Arab Saudi, tok Arab minta
dapatkan gaharu, minta contoh lagi. Bergitu lah seterusnya hari ke hari, tiada
masa luang melayan kerenah si broker datang dengan pelbagai tawaran serta
kerenah. Tiada di layan kan, batang gaharu tiada tahu mahu di jual kat mana,
terpaksa lah ikut kata-kata janji-janji manis si broker, pengusaha minyak
gaharu bagi tawaran harga murah, rasanya tak berbaloi.
Masa tetap berjalan,
batang gaharu bergelimpangan mula di usik anai-anai, anai-anai pun satu tak
dapat berbezakan benda berharga atau tidak, kikikiki.. ditebuk anai, bina sarang,
lubang sana lubang sini. Si kongsi mula hilang kerpercayaan, mereka pula
pasarkan cari broker gaharu lain, sebergitu lah seterus, seorang datang, minta
contoh, diam. Jalan kerumah mula di naiki rumput semula, itu menandakan pengunjung
semakin berkurangan dan batang gaharu kekal berselerakkan di halaman rumah. “
Bakar api jer lah, kan nanti bersarang lipan serta ular, buat menyemak depan
rumah jer, tiada siapa mahu beli kayu buruk tu, pergi ke kebun getah, menoreh lebih baik dari
dok angan-angan .. berapa harganya pak nya, 1.5 juta..?” kata si isteri,
adusss.. pedasnya bagai tergigit cili, terasa amat panas cuping telinga..Kikikiki.
Bergitu khabarnya yang
diceritakan oleh pengiat veteran telah lama bersara, cerita dari pengelamannya
yang di luahkan pada saya, di sini kita dapat ilmu amat berguna untuk kita
nilaikan berilmu itu amat penting
daripada yang tiada berilmu. Kesimpulannya, kesilapan besar yang terjadi dari pengelaman
daripada yang bergiat secara buta tuli, tiada mengasingkan kayu dan gaharu ( Carving)
dan mengharap 100% pada broker mencari pasaran dan si broker pula bukan arif
tentang gaharu, tak ubah seperti mengail ikan, kalau berjaya, makan besar,
padahal dia sendiri pun bergantung harap pada orang lain.
Sifat tamak menjadi
satu wabak di dalam industri gaharu, tak mahu tanam sikit-sikit, mesti tanan
berekar ekar ekar, padahal hakikatnya memang tiada terdaya menyelarainya,
utamanya kos pengurusan. Cuba kita nilai serta selidik, berapa kerat pengusaha
lama mampu keluarkan kos inokulasian ? Pokok gaharu berusia 5 tahun sejumlah
1000 pokok, mahu inokulasian 1 pokok masih berkira-kira dan fikiran masih yakin
dengan tidak sama banyak, fikiran sentiasa berperang, “ kan2 silap vaksin, tak
terhasil gaharu. duit lagi, kalau sepokok kos inokulasian RM 180 x 1,000 pokok,
mana mahu cekup sebanyak itu..” ini lah puncanya mengapa sebilangan besar pokok
yang di tanam oleh pengusaha seluruh Negara tiada di inokulasi, terjawab lah
soalan daripada sebilangan besar peminat-peminat gaharu yang memukakan soalan, buktikan
siapa yang telah jadi JUTAWAN hasil jualan gaharu.
“ Siapa mahu khidmat
upah inokulasian, kalau sejumlah itu, walaupun pulangan 1.5 juta, nak cari duit
kat mana nak bayar kos inokulasian ”
Kata seseorang. “ memang lah, orang seperti kamu, memang tiada mampu,
sebab memang kamu tiada kemampuan, orang lain mampu dan saya juga mampu
lakukan, walaupun ratusan ribuan pokok di tawarkan, kerana saya mempunyai
teknologi sendiri serta kepakaran di bidang ini, kalau tiada kemampuan saya dah
lama gagal mengikut arus kegilaan saya, akhir sekali, kalau mahukan sagu,
ruyung wajib di pecahkan, tepuk dada , tepuk poket dan gila lah seseorang
manusia, kalau tiada mahu wang sejumlah 1.5 juta di perolehi dengan modal
sejumlah sekecil kos inokulasian, kau kerja siang malam.. apa yang kau
hajati..? “ menjawab serta mengulas serba sedikit prasangkal yang di dengari. Tq follow blog gaharu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan