Catatan Blog gaharu saya, adakalanya berat sebelah, memihak
pada urusniaga aktiviti harian sendiri, tetapi, rasa-rasanya tak pernah
menganggu urusan niaga pengiat lain, sesekali terlintas difikiran, buat apa nak
difikirkan hal orang lain, kan blog sendiri, lantaklah nak terbik apa-apa
catatan, kan? niat asalnya catatan tentang gaharu, tiada pernah lari dari tajuk
asal. Kita dedah perkara betul, mengikut faktor-faktor dari kajian ,
sekurang-kurang dapat membakar semangat para peminat baru. Pada yang tak pernah
kenal apa dia gaharu, dapat mengenali, “ohhhh.. itu lah yang dinamakan gaharu”
sampai muncong mulut-mulut, yang telah tersohor, tentu tiada pandang blog
gaharu ini, kan dah tersohor, hebat-hebat semuanya, blog-blog tak main, website
mesti punya, lagipun pengetahuan tentang gaharu bagaikan terhafal, dalam gelap dah
kenal gaharu ini gred apa., apatah lagi berada dalam air, pasti kenal gaharu
gred tengelam .. kikikikiki.
Mahu bertanya, timba pengelaman dari pengiat profisional, cuba
cari ideal nak siapkan catatan blog, bertanya tentang itu tentang ini, sah
tiada akan dilayan, maklumlah siapa lah kita, tetapi, paling cepat di layan,
bila nak inokulasian pokok dan nak beli vaksin, kikikiki.. malam buta call
lagi, e-mail berjela-jela draf planning, sebab duit cash pasti masuk poket
mereka. Maaf boss.. ketika ini saya berbicara sebagai blogger gaharu, dedah apa
yang patut, tiada mengira siapa, diri saya sendiri pun tanpa berkecuali, dihentam
juga, yang silap tetap silap, yang betul tetap di akui. Saya bukan gemar
mengangkat ekor sendiri, kerana saya bukan dijadikan sempurna, segala kejadian
yang terjadi adalah hak NYA. Banyak kelemahan setiap segi, semua didalam kekurangan
di bidang kegaharuan. Cuma, sebagai pengusaha ladang, pengedar benih,
penginokulasian, pecipta vaksin dan cuba-cuba berjinak-jinak terlibat 100%
urusniaga bidang kegaharuan, sedikit sebanyak terpaksa mempromosikan kegiatan
harian serta planning masa akan datang, tujuannya mahu menarik perhatian
peminat baru, tak salah kan..?.
Saya sentiasa memuji dan terasa amat berbangga, dengan adanya
kesungguhan pihak badan-badan berkanun, badan-badan induk kerajaan, IPT-IPT, syarikat-syarikat
dan pengiat gaharu perseorangan bergitu bersemangat menganjurkan bengkel-bengkel
serta seminar-seminar, mereka cuba mededahkan penanaman gaharu supaya di
komersilkan, mereka juga lah mencanangkan perladangan gaharu mampu menjadikan
pengusahanya bergelar jutawan, serta cuba menjelaskan bagaimana keadah
penghasilan gaharu melalui teknologi. Syabas , boss-boss. Tetapi, bagaimana penerimaan.., adakah para
peserta menanfaat ilmu yang di perolehi, mengunapakai ilmu ataupun cuma
hangat-hangat taik ayam., atau penganjur kurang memdedahkan teknologi baru akan
digunapakai atau sengaja sembunyikan perkara betul atau sukar untuk
menghilangkan perasan was-was di dalam pemikiran peserta yang dihantui oleh
kegagalan silam atau penganjur lebih suka melepas tangan setelah selesainya bengkel,
setiap kali bengkel gaharu berakhir, setelah berjaya mengaut keuntungan dari
pembayaran yuran penyertaan.
Pada pendapat saya, kita harus abaikan lah, tajuk asas
pengenalan apa itu pokok jutawan , soal mahu
pasarkan benih tujuan mendapat wang segera, tentang program-program pelaburan penanaman,
kontrak pengurusan ladang serta inokulasi. Kita
jadikan tiga unsur penting sebagai topik
utama, berkesanan cecair pengalak resin , teknik-teknik inokulasian yang terbaik
dan peranan pemborong membeli gaharu teknologi. Tiga unsur ini, yang mampu
menyakinkan diri peserta dan akan menarik minat di kalangan para peminat gaharu
, tentang beli benih di nerseri mana, soal penanaman, bubuh baja, baja jenis
apa, penjagaan serta pembersihan, baik tak payah ada kan bengkel, budak-budak pun
pandai lakukan perkara bergitu.. kikikikii, malah semua petani pandai lakukan
bergini. Bila tiga unsur ini di utarakan di sertai dengan contoh bukti dari
hasil kajian di Malaysia sendiri, maka tiada lagi timbul persoalan curiga atau
meragukan bermain difikiran para
peminat, dengan keyakinan ini lah boleh dilebelkan tanam gaharu kearah jutawan.
Diwaktu ini para-para pengiat, bergerak tanpa ada sokongan
moral dari mana-mana pihak berwajip, di mana badan-badan berkenaan yang dahulunya
menglaung-laungkan, tanam gaharu akan jadi JUTAWAN, bagaikan lepas tangan.
Terkapai-kapai para pengiat mencari-cari arah halatuju sendiri. Pengusaha tak henti-henti
menanam, bagaimana pula pokok ditanam 10 tahun lepas belum di inokulasian lagi,
mahu tunggu bila, sampai kucing bertanduk, nak inokulasi dengan apa..?. Perkara
ini bukan sahaja berlaku di sebuah negeri, tetapi di seluruh Malaysia, masalah
besar sedang dihadapi oleh pengusaha yang tiada yakin berkesanan vaksin yang di
pasarkan Dimanakah badan-badan berkenaan, ADUN-ADUN, Pak-pak Menteri serta
Jabatan-jabatan terduhulunya, bergitu hebat bagi semangat, bagi benih mengalak
para pengusaha supaya menanam gaharu. Tetapi, tak boleh di persalahkan, kerana masalah
sama sedang dihadapi oleh badan berkenaan itu sendiri, pokok yang mereka tanam
masih tiada di inokulasi .. mengapa..? kau pergi lah bertanya pada mereka
sendiri. Kikikikiki, aku nie cuma pandai buat cerita jer.
Saya terpanggil melawati ladang terbesar, sebelum kami di
bawa melawati ladang, kami di beri taklimat, mengenai peratusan pokok dan kos
yang telah di habiskan selama 6 tahun ..
“ kami telah keluar kos berjuta ringgit,
pokok hidup cuma tinggal lebih kurang anggaran 30%, ada yang rebah, ada yang
baru ditanam, kami mahu pokok berusia 6 tahun itu di inokulasi, tetapi tak mahu
keluarkan kos inokulasi..” Semasa taklimat sedang disampaikan. Saya
hanya berdiam, lebih gemar mendengar dari bagi cadangan, kikikikiiki.. tetapi
di fikiran saya, pelbagai-bagai soalan bermain-main. “ aik, mengapa pulak nak membabitkan dan bebankan diri dalam masalah besat
bergini, aku bisnes hak peribadi, bukan badan kebajikan, berjuta-juta duit
syarikat telah dikeluarkan, bukannya masalah aku, jika aku inokulasi semua
pokok ini, tanpa pembayaran, bukan sahaja bankrap, papa kedana terus aku. Nak
bayar gaji perkerja pasti tak termampu. Kita cuma berparahu kecil, Kikikikiki
”. Melayan fikiran sambil tersenyum ketika itu, taklimat entah kemana. Sebab
itu lah saya katakan tiga unsur tadi wajib menjadi tajuk utama, abaikan tajuk
tanam gaharu jadi jutawan, jangan di jadikan tajuk utama, kemungkinan pendapat
saya ini, tak ubah seperti anjing menyalak bukit, mungkin kot.?. kikikiki.
Tapi, tak per, biarlah di katakan bergitu, sekurang-kurangnya, ada juga
cadangan.
Pertanyaan sering kali di suarakan, dimanakah cecair
pengalak resin boleh didapati, siapa pemborong akan membeli hasil tuaian nanti
dan pelbagai-bagai soalan yang di ajukan oleh pengusaha, bakal pengusaha serta
peminat baru. Kita tak boleh mengabaikan pertanyaan-pertanyaan bergini, mesti
di jelaskan secara tepat mengikut pengelaman kita, maklumlah, kan kita telah dicopkan pengiat tersohor atau kita yang
mengaku diri sendiri bijak pandai tentang gaharu.?. kikikiki.. Saya bukan bijak
pandai, cuma pandai terbik catatan blog jer. Pasti tugasan ini belum selesai,
selagi tiada penemuan penamat, selagi kita tiada betul-betul berjaya 100%,,
sebelum mampu mempamerkan contoh bukti hasil kerja-kerja kajian kita, kita
wajip terus berusaha, membuktikan diri kita telah dan akan berjaya. Bergitu
kita diharapkan kepada semua pihak berkenaan, biar ada rasa tanggung jawab bila
memperkenalkan satu-satu syarikat pembekal cecair pengalak resin terbukti berkesan
dan contoh dari hasil kajian pokok yang tumbuh di Negara kita kepada pengusaha.
Pernah terdengar desas desus dari sebilangan pengusaha,
pihak berkenaan, menganjurkan bengkel gaharu, maka si peserta ini, ditawarkan bekalan
benih oleh seseorang kakitangan khas badan berkenaan, setelah pokok berusia 4
tahun, kakitangan badan ini juga, menawarkan serta memperkenalkan si
penginokulasian, tujuan merawat pokok si pengusaha. Saya luangkan masa lawati
ladang pengusaha ini, dari sepokok ke sepokok saya perhatikan kesan
inokulasian. “ apa komen encik?. Tanya pengusaha ini. “ sukar nak dijelaskan,
tuai jer pokok ini, untuk proses minyak, sebab pokok yang di inokulasi hampir
mati, ini menunjukan vaksin tiada keserasian. itu yang mampu saya jelaskan.”.
Dengar-dengar khabar selepas itu, pengusaha ini, menaik taraf status tanah dari
kebun ke status lot perumahan, manakala pokok gaharu ribuan pokok di musnahkan
tanpa mendapat kembali wang pelaburan kos penanaman dan kos inokulasian.
Saya lawati ladang yang telah dirawat oleh pengiat tersohor
milik seorang pengusaha.. “ saya dah keluarkan kos inokulasian sejumlah
RM30,000.00 lebihan kurang 50 pokok, encik lihat berjaya atau tidak, pembekal
vaksin serta inokulasi ini, datang 3 orang, satu dari Thailand dan 2 dari Negara
kita, “ kata pengusaha ini. “ maaf,
berat rasanya untuk saya berikan komen, cuma yang boleh saya bagitahu, sila
inokulasi sekali lagi “ kata saya. Dan
satu kes lagi, saya di jemput untuk menilai kos inokulasi 1,000 pokok, pokok
telah berusia hampir 7 tahun, pokok yang cantik serta ladang terurus. “ betapa
susah nak dapatkan betul-betul pakar penginokulasian ini, cari seorang pengiat
gaharu tulen, yang terjumpa si broker banyak cakap, nak duit deposit dahulu
lah, dah terkena RM5,000.00, dia inokulasi 3 pokok, dia bagitahu akan datang
lagi untuk lakukan inokulasi, dah masuk 3 tahun, call, nombor dah tak aktif,
selepas ini kita pergi kerumah saya sekejap, lihat pokok yang dia inokulasi telah saya
tebang.” Saya hanya tersenyum.
Sambil minum petang di rumahnya, sembang-sembang tentang
gaharu, bertanya khabar sedikit sebanyak,. Dia mula mempamerkan satu persatu
batang gaharu siap dipotong, di keluarkan dari guni. “ bakar api jer encik,
kosong tiada apa menunjukan resin tidak terbentuk, ke, dia inokulasi mengunakan
air kosong? jika vaksin itu berkesan, ianya bukan keputusan bergini, maaf lah,
saya bukan nak memperkecilkan orang lain, tapi dari pengelaman serta kajian
saya, pokok gaharu di sakiti dengan tuangan cecair bakteria kulat, baru lah ia
akan menghasilkan gaharu.” Kata saya.
Saya merasa bergitu kagum pada segelintir pengiat tegal,
berusaha terus berusaha tanpa kenal erti kegagalan, walaupun telah berkali kali
kecundang, kalau di kira sudah puluhan ribu duit hangus kerana tampung kos
inokulasi, duit membeli vaksin dan sebelum mereka mahirkan diri, mereka mengupah
para penginokulasian luar, yang biasanya khidmat di kalangan pembekal vaksin. Terdahulunya
mereka agong-agongkan pembekal vaksin, tetapi sebelum matang dan tempuh matang
tiba, pokok ada yang mati serta pokok hidup ditebang tanpa menghasilkan gaharu.
Disini bermulanya, perasan was-was pada pembekal vaksin import, disini juga
bermula era baru para pengiat tegal, dengan corak pemikiran berbeza,
kemungkinan pengelaman trajedi pengiat lama telah menjadi pedoman serta paduan.
Yang sebetulnya, kajian tentang penghasilan gaharu melalui
teknologi, belum lengkap sepenuhnya, masih banyak perkara belum selesai, yang harus di perbaikkan, dikaji terus dikaji,
supaya temui satu formula terbaik bahan-bahan larut vaksin., yang mampu
menghasilkan lebih berkualiti. jika ada badan-badan berkenaan betul tulus
memainkan peranan, amanah, jujur, kerja
seikhlas hati dengan niat mahu membantu para pengusaha capai kerjayaan, jika mempunyai
sifat sedemikian sangat-sangat di alu-alukan dan sanggup membuang sifat “aku berkerja, cukup bulan dapat gaji ”,
lupakan soal berurus niaga semasa memberi khidmat, mahu mengambil kesempatan, pasti
akan menjadi mangsanya para-para pengusaha betul-betul berminat serta buta ilmu
kegaharuan.. TQ.