Coretan
Pengelaman 2008
Bila memikirkan kegagalan, kita pasti
hilang semangat juang, fikiran bertambah buntu dari terus mencuba dan untuk
membina semangat baru bertambah sukar. Tetapi, bila memikirkan kejayaan semakin
hampir, terpaksa anggap semua kegagalan itu ada satu jalan untuk menuju
kejayaan, kikikiki .. tak nak kuburkan usaha kerjaya yang telah di bina
bertahun tahun, terpaksa menelan walaupun sepahit pahitnya dan kita bina semula
dengan azam, kita pasti akan berjaya dan bersedia menempuh sebarang cabaran.
Munculnya
tahun 2008, genap 8 tahun bergiat ala kadar, lakukan apa yang di bagitahu, yang
di dengari dan meniru apa yang pengiat lain lakukan. Kikikiki.. tak boleh jadi,
dok meniru jer, mesti ada cara sendiri, kalau dok meniru, dok membeli vaksin,
tak akan sampai tagged dan terlintas di fikiran, lama kelamaan pengedar vaksin
akan boikot dan jahanan lah segala galanya usaha. Lagipun pokok pokok liar
semakin banyak jumlah nya di tawarkan untuk di inokulasian.
Mula
jauhkan diri dari pengiat tersohor, mesti berdirkari atas kaki sendiri, jika
berjaya tiada siapa boleh menghubungi kait dengan mereka, tiada mahu di hantui
oleh bayang bayang mereka. Dari berusaha secara diam diam, secara sambilan
mesti di ubah menjadi satu kerjaya. Kikikikiki.. yang pasti Big Problem akan
pasti dihadapi, itu perkara biasa jika mahu berjaya berdiri di atas kaki
sendiri. Sudah tiada masalah akan timbul lagi, pokok pokok liar kian bertambah
ditawarkan, Pembekal benih sedia membekal stok, tapak perladangan tiada menjadi
masalah dan bergitu juga vaksin, telah memilik formula bagaimana menghasilkan
cecair pengalak resin sendiri.
Sekiranya
tiada selesaikan masalah ini, pasti akan hadapi masalah semakin besar,
pengusaha order benih nak ambil kat mana, pokok pokok liar yang di perolehi,
nak inokulasi nak guna vaksin apa dan sudah pasti menyiapkan ladang sendiri
akan melibatkan kos yang tinggi. Kalau setakat ambil upah inokulasi, baik tak
payah, tu cuma kerja kayakan orang jer, orang tuai pokok, yang kita cuma bantu,
apa yang kita dapat..?. Sambil berurusniaga, kita juga bergelar pengusaha, mempunyai
vaksin ciptaan sendiri , ada pokok di inokulasi hak sendiri, mempunyai ladang
sekurang kurang 1,000 pokok permulaan, walaupun itu cuma sejumlah kecil, ada bukti
hakmilik sendiri.
Tahun
2008 umpama hidup kembali bernafas jarang jarang, bersama azam, bertekad berusaha,
berikhtiar dan bertawalkal, berwajah baru serta planning baru bergerak secara
solo, urusniaga tertumpu 100% di bidang gaharu teknologi. Ia nya bukan lagi
berbentuk kajian tetapi perlaksanaan mengikut factor, lojic serta teori
berlandaskan dari pengelaman selama 8 tahun. Bukan masa yang singkat kegagalan
di alami, segala galanya adalah satu sumber pembelajaran membentuk diri menjadi
lebih teliti serta matang.
Dari
tahun 2005 sehingga hari ini, rupa rupanya bukan kita seorang menemui kegagalan,
setiap seorang pengusaha yang di temui, cuma kedengaran nada keluhan telah menghadapi masalah besar. Masalah,
masalah dan masalah, penginokulasian dijalankan tiada menghasilkan gaharu,
nasib lah kau … Kikikiki.. Kita pernah alami keadaan serupa, habis, mahu gulung
tikar..?. Kumpul duit kembali, duit yang telah hangus tu, lupakan lah, tak akan
diperolehi kembali dan pasti kali ini kita terus berjaya, berjaya setelah
mengalami kegagalan yang parah, kita sama teruskan perjuangan.
Sekiranya
kita amalkan perkara yang sama, iaitu masih bergantung harap bekalan vaksin
import, baik lupakan azam baru mahukan kerjayaan. Tak payah nak berangan angan
wang di laburkan sebelum ini, seperti perkataan yang pernah terkeluar oleh
pembekal vaksin dulu dulu, No Problem bos, money back guaranty, yang terjadinya
bila big problem di hadapi , sorry bos, no money no back guaranty. Ianya hanya
mengekalkan cerita lama atau mengulangi kembali peristiwa lama .. bertambah
penuh di memori kita dengan kenangan silam yang tiada manis, semuanya kenangan
pahit pahit, ditambah pula sindir sindiran oleh orang yang paling hampir, tentu
panas cuping telinga, juga kan..? kikikiki.
Pada
tahun 2007 di uji terus di uji, lepas satu masalah, timbul satu masalah, di cop
dah perangai gila gila,pada fikiran mereka kita buat perkara tiada berfeadah, sengaja
gila gila masuk hutan keseorangan dan semua di lakukan di anggap pelik di mata
mereka. Maklumlah baru membina kehidupan baru, mencari tapak asas tujuan
membina semula semangat, corak penghidupan dah jadi resmi ayam, tidur tidur
ayam, fikiran sentiasa memikirkan bagaimana mahu mendapat suntikan modal,
rezeki kadang kadang dapat, tetapi, banyak yang tidak, kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang, tetapi, bernasib baik tidak berkaki ayam .. kikikiki.
“
Ok .. aku mau test vaksin ciptaan kau untuk 1 pokok buat permulaan, jika ia
mampu menghasilkan jalinan resin sempurna dalam tempoh 3 bulan, semua 4 pokok
350sm ini, kau inokulasi, aku sediakan duit cash membayar khidmat inokulasian
kau jalankan nanti..” Cabaran dari seorang kawan. Penghujung tahun 2007 Big
problem mula beransur ansur pergi, maka bermula lah era baru di awal 2008,
tempahan anak benih bertambah, kontrak perladangan lepas satu, satu selesai di
lakukan, bermula projek peribadi inokulasi pokok share dengan pemilik pokok dan
stok vaksin kian bertambah.
Bukan
senang mahu senang, bukan susah mahu susah, kita di uji bukan erti ianya satu
musibat tetapi rahmat yang terselindung, menguji kita tahaf mana kesabaran
kita, mampu kah kita mengucapkan Allhamdulillah ketika menghadapi ujian dari
Nya. Kegagalan sudah pasti ada puncanya, kemungkinan segalanya berlaku dari
kesilapan kita sendiri, cuma kita tiada mahu mengaku silap diri sendiri, kerana
kita manusia ini terkenal bersifat keegoan .. kikikikiki.. betul ke..? TQ.