Kuala
Kubu Baru, Selangor. 12 April 2014.
Hari
demi hari bertalu talu pelbagai bagai soalan soalan di ajukan oleh para
peminat, bakal pengusaha dan pengusaha melalui email, SMS, Wechat , send imej
melalui MMS dan Whatsapp. Soalan semua aspek tentang harga, kos bajet
penanaman, harga beneh, kos penginokulasian, pakej pelaburan peladangan dan berapa harga
Bamboo Stick.. Kikiki… Ada soalan saya
jawab serta bagi penerangan, ada pula tidak “ soal pelaburan peladangan, kau
bertanyalah pada penganjur tu sendiri, tentu kau dapat pejelasan maklumat yang
tepat..”.
Kalau
hanya mendengar khabar, cakap serta planning pengiat pengiat Gaharu seperti
saya nie, kikikiki.. senang jer dapat capai status JUTAWAN yang akan di
perolehi dari hasil jualan Gubal Gaharu. Lebih lebih lagi di dengari semasa
hadiri bengkel Gaharu yang di anjurkan oleh badan badan berkenaan serta
syarikat syarikat, betul kan..?. “ Kamu labur share sejumlah ini, geranti
sepokok di beli dengan harga XXK, kalau 10 pokok kamu akan dapat hampir 100K..”
Ini bukan rekaan saya, saya ciplak dari perbualan bersama seorang bakal
pengusaha semasa mengunjungi saya.
“
Mak ooi.. senangnya mereka cakap, semuanya belum pasti.. bos, itu cuma andaian,
anggaran serta planning untuk memikat para para bakal pengusaha yang buta ilmu
kegaharuan, bagi menyertai project mereka. Berapa kah size besarnya pokok
berusia 7 tahun.. mampukah hasilkan gubal 10kg sepokok..? Sehabis habis besar
pokok yang di tanam, setelah di inokulasi cuma 70 – 80sm jer setelah usia 7
tahun, itu pun kalau di baja. Tak mungkin , pokok sebesar itu mampu
menghasilkan gubal 10kg sepokok, kalau pokok size sebesar ini di inokulasi
mampu hasilkan gubal cuma 3kg, bagi saya itu anggaran boleh di terima akal “.
“
Sekiranya terhasil gubal bergred E sepokok ini di jual 2K ( Contoh ) per kilogram
daraf 3kg.. baru berapa jumlahnya .. Bos..? Cuma 6k jer kan, bos darap dengan
10 pokok tadi .. kikikikiki…Dah 100K ke jumlahnya ..? . itu lah jumlah yang
kita boleh buat anggaran, itu bukan anggaran tepat .. Kita tiada mampu buat
anggaran tepat, kita cuma berusaha ikut factor yang betul, tetapi yang
menentukan segala segala dari usaha kita, Yang Maha Berkuasa. Walaupun sehebat
hebat vaksin serta teknik inokulasian anda terbaik, sekecil kecil kejadian anda
tiada mampu lakukan sekiranya tiada restui oleh NYA, mengapa terlampau mudah
takbur, sampai boleh menentukan anggaran pulangan secara tepat..?”.
Jangan
ingat, mulakan project penanaman, semua jumlah pokok yang ditanam hidup dengan
suburnya, tentu ada masalah lain akan timbul, masalah pokok mati setelah 2
tahun, pokok tumbang, bermula lah kenyakinan anda hilang dan pelbagai bagai
masalah lain akan pasti anda hadapi, 7 tahun bukan jangka masa agak pendek.
Ianya akan melibatkan kos tambahan, akan lari daripada kos bajet planning asal
anda, sebab itu lah saya tiada berani membuat anggaran tepat pada project
penanaman walaupun laksana mengikut fasa, penginokulasian dan gubal gubal yang
akan terhasil setelah pokok Gaharu di tuai nanti.
Saya
diberikan draf planning share penanaman tujuan meminta pendapat serta
pandangan oleh seorang berminat nak
ceburi bidang ini. Draf planning di diperolehi dari syarikat Gaharu yang
tawarkan share penanaman .. kikikikiki.. tergaru garu dan tersenyum saya, saya
komen tentang draf planning tu serta nasihat serba sedikit, saya tak mahu
catatkan di blog gaharu saya, apa yang telah saya komenkan itu , cuma ini saya dapat
bagitahu pandangan saya secara ikhlas .. “ itu hak kau, sekiranya kau fikir
terbaik, tepuk dada tanya selera kau, sebab duit kamu, orang lain tiada berhak
berikan keputusan, jika ianya satu peluang, kau rebut, sekiranya kau tiada
yakin, baik jangan..”
“
Saya tak mahu ianya menjadikan satu angan angan, satu ilusi tanpa memikirkan
betul atau tidak menjadi satu kenyataan nya nanti, sudah pasti akan terjadi
pada diri bakal pengusaha mengeluarkan kos bajet terlalu besar, tiba tiba akan
timbul perasan riak tanpa memikirkan kemampuan sebenar. Sistem pelaburan
penanaman Gaharu ini, keuntungan 100% memihak kepada penganjur, walaupun apa
terjadi, mereka tetap tiada mengalami kerugian kerana kamu yang mengeluar semua
kos awal awal lagi, kamu harus ingat, tiada satu benda free termasuk khidmat
yang di tawarkan, sudah pasti tentu ada benda lain yang mereka sembunyikan.
Beli beneh tanam sendiri, harga beneh sepokok sekadar RM20.00 jer, kalau 20
pokok baru berapa harga..?, duit kamu pun tak keluar sekali gus, kamu dapat
lihat pokok kamu, kalau mereka tak jalankan project penanaman .. macamana..”?.
“
Ikhlas saya katakan, saya tiada mahu meletakkan angan angan terlalu tinggi bagi
maklumat anggaran yang tiada masuk akal. Apa yang saya harapkan dari pokok yang
ditanam setelah di inokulasi menghasilkan gubal cuma 2 kilogram sahaja dari
ukuran pokok berukuran 80sm 10 tahun nanti, sekiranya ianya kurang dari jumlah
itu, Allahmdulillah, walaupun 1 kilogram gubal , manakala perca nya diproses
diperolehi 6ml yang terhasil, sudah boleh di anggap berbaloi baloi pulangannya,
sekiranya 100 pokok dah dapat 100kg gubal dan minyak ½ liter .. telah berapa
jumlah jualannya..? berganda ganda jumlah yang kita perolehi dari modal asal
yang dikeluarkan..”.
Saya
tiada memihak dimana mana pihak atau sebelah pihak atau berat sebelah, kerana
saya juga sebilangan pengusaha, usahawan Gaharu, menjalankan urusniaga dibidang
ini. Sebagai pengusaha, saya wajip sokong para para bakal pengusaha dan
pengusaha, bergitu juga sokongan padu saya tetap memihak kepada para pengiat
Gaharu Teknologi, bererti kedua pihak ini wajib saya hormati. Yang utama nya
kita wajip berusaha dahulu, beriktiar , bertawalkal dan rezeki yang kita
perolehi nanti baru lah semua jawapannya terjawab, jika tanpa memulai
mengusahakan bidang ini, saya sendiri
sukar nak menjawab pertanyaan anda .. Yer ker boss..? TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan