Sesekali keluar kandang sambil hilangkan
stress, ambil kesempatan kunjungi rakan rakan pengiat Gaharu lama, luangkan
masa jelajahi beberapa lokasi luar Negeri, dimana bakal pengusaha dan pengusaha
sentiasa menanti untuk bersembang sembang tentang Gaharu. Niatnya utamanya
sambil berehat dan hilangkan stress, tetapi sebaliknya bertambah stress,
kepenatan dan sudah tentu kos penjalanan lari dari bajet .. kikikiki.. tetapi,
tiada di sangka sangka mendapat pulangan lebih dari berbaloi baloi walaupun
berbentuk Ilmuan.
Road
to Agarwood trip pertama telah di jadual tiada melebehi 4 hari, jika lebih dari
masa yang dtetapkan, bajet lari .. tetapi, belum apa apa kos dah lari, walau
macam mana sekali pun jelajah mesti di teruskan, undangan mesti di hadiri
walaupun masa terhad cuma 1 jam. Kadang kadang terfikir juga, mengapa
menyusahkan diri sendiri, penatkan badan, habiskan duit, luangkan masa semata mata memenuhi hajat
seseorang, untuk lancarkan urusan orang lain .. kikikikiki .. Kan kita nie baik
hati. Tetapi bila memikir berkali kali, lebih baik kita membantu bagi khidmat
nasihat kepada yang perlu, tanpa ada niat mendapat apa apa bayaran, mesti
berniat ikhlas.
Rezeki
ada di mana mana , bila kita berusaha pelbagai bagai bentuk rezeki datang, tak
mengira kecil atau pun besar. Sekiranya hati kita kedekut, tiada berbaloi
rezeki yang Allah anugerahkan dan ilmu juga adalah rezeki kekal yang Allah berikan
sebagai menguji hambanya pemurah atau tidak. Duit senang jer di perolehi dan
senang jer di habiskan tetapi ilmu kalau tiada usaha mendapatkannya, ianya
tiada datang bergitu sahaja. Tetapi dengan duit juga lah titian di gunakan
mendapat ilmu, bila di fikirkan sebaik baik nya duit dan ilmu sama sama
memerlukan.
Sesiapa
pun tiada terlepas memikirkan bagaimana mahu mendapatkan duit, sikap tamak kita
tiada pernah padam walaupun sejumlah besar duit telah kita perolehi. Bergitu
lah sifat semulajadi kita, hari ini dapat RM50.00 esoknya fikiran kita akan
berfikir bagaimana caranya mahu dapatkan jumlah yang lebih berganda. Kerana
duit jugalah, segala planning kita akan berjalan lancar dan kerana duit lah
juga kita mudah lupa siapakah diri kita. Saya tiada mengata anda, itu sifat
semulajadi diri saya, sebelum menceburi bidang ini.
Walaupun
trip Road to Agarwood amat memenatkan tetapi boleh di anggap pengelaman
berbaloi baloi dari 2 hala perjalanan
berbeza lokasi. Sifat semulajadi saya tiada gemar melawati ladang ladang yang telah di inokulasi,
jika bukan di inokulasi oleh saya, memang tiada niat mahu mengambil tahu atau
memberikan komen apa apa tentang teknik teknik inokulasi pengiat lain, berjaya
atau tidak.. kita peduli wat per, bukan dapat duit pun .. kikikiki.. Tetapi, sebagai
memenuhi undangan para pengusaha, sekurang kurang sedikit sebanyak dapat juga
ilmu serta pengelaman sambil belajar dari kesilapan mengapa teknik inokulasi
kebanyakkan penghasilan gubal keputusan gagal.
Trip
pertama saya menghala ke sebuah Negeri menjejak pokok gaharu di inokulasi 2
hingga 3 tahun lepas dengan 2 teknik. Saya menjejak teknik lama, kedua dua
teknik inokulasi bergini pernah saya lakukan menemui kegagalan. Teknik
inokulasi dahulu tiada jauh pembezaan daripada teknik di gunapakai sekarang
ini, terbukti teknik teknik ini mampu membuatkan pokok gaharu di inokulasi
menjadi stress, vaksin yang di gunakan juga mampu membuat pokok allergic,
tetapi adakala terlampau stress dan adakala terlampau allergic, tiada
pembentukkan jalinan resin. Maaf , saya bukan mahu perkecilkan atau memandang
rendah para penginokulasian terdahulu, ini semua cuma pendapat saya,
adakalanya, pokok yang sakit dan mati tiada menghasilkan gubal, adakala pokok
yang subur ditemui menghasilkan gubal.
Kedua
dua teknik di temui di kedua buah Negeri
ini , semuanya teknik lama, boleh dikatakan teknik inokulasi yang tiada di
gunapakai sekarang ini. Salah satu teknik di ciplak 100% dari Negara jiran,
kerana teknik ini di perkenalan ketika Kerajaan Negeri Kelantan mempromosikan
Kelantan Keridor Depu. Saya pernah gunapakai teknik ini sebagai kajian, kerana
ketika itu saya lebih giat mendengar dan mencuba. Sekurang kurangnya dengannya
ada teknik teknik inokulasi lama, kita boleh membuat kajian kembali. Dan akan
timbullah pelbagai bagai persoalan , kenapa, mengapa dan di mana silapnya
inokulasi dahulu tiada mampu pokok gaharu menghasilkan Gaharu, adakah silap
Inokulasi, pokok di inokulasi terlampau stress, pokok terlampau allergic atau
100% di sebabkan tiada keserasian vaksin..?
Ketika
dalam perjalanan, terlintas di fikiran betul lah seperti saya catatkan di blog
saya ini, saya telah temui ratusan ribu pokok Gaharu telah di tanam di seluruh
Negeri Negara kita, yang berusia dari 3 bulan hingga 8 tahun. Ada setengahnya
di inokulasi dan setengah di biarkan bergitu sahaja, permasalahan yang sama di
dengari, kerana tiada mampu mengeluarkan kos inokulasi dan sebilangan besar
para pengusaha kurang yakin vaksin yang ditawarkan oleh pengedar vaksin serta
bamboo stick , mampu menghasilkan
Gaharu. Ada pula setengah pengusaha awalnya berani mengeluarkan kos inokulasi
puluhan ribu , sudah hilang kenyakinan diri setelah pokok gaharu yang telah di
inokulasi ratusan pokok , tiada terhasil gaharu.
Soal
kegagalan inokulasi pokok Gaharu ini, bukan sahaja berlaku di Negara kita, di
Vietnam, di Myanmar, India serta Negara Negara di seluruh Asia Tengara , para
penginokulasian menghadapi masalah yang sama, kegagalan tiada berkecuali
berlaku di Negara Thailand, yang mana penginokulasiannya di agong agongkan oleh pengiat pengiat gaharu
tegal di Negara kita. Cuma kegagalan di sengaja disembunyikan kerana bila
memulakan ceburi diri didalam bidang ini, kita tiada boleh berhenti bergitu
sahaja, kerana kos telah di keluarkan bergitu besar, kajian, ujian terpaksa di
teruskan sehingga capai kejayaan.
Jika
anda tiada mempunyai sifat kuat semangat .. Saya nasihatkan anda, jangan
sesekali hampiri atau berjinak jinak di bidang industri Gaharu Teknologi, jika
anda teruskan juga.. kikikiki.. Wang anda akan mengalir seperti air , jangan
harap 100% anda dapat pulangan seperti di drafkan di atas kertas A4.( Kikikikiki…Saya
memang gemar patahkan semangat orang, kalau boleh biarlah saya seorang jer
usahakan gaharu ). Walau apa apa pun, anda telah berusaha, berikhtiar serta
bertawalkal, tiada berjaya hari ini, bukan bererti tiada berjaya selama
lamanya, jika khidmat nasihat kami di perlukan, Insyaallah, sedaya upaya kami
akan membantu para para pengusaha baru. Thanks You All.