Entah
lah, memang tiada mood nak siapkan catatan baru blog gaharu nie dari awal bulan
januari hingga bulan Mac nie, hadap jer laptop, mata tiba tiba rasa mengantuk.
Mungkin agaknya badan terlampau penat, terlalu banyak program program kat
ladang , jelajah setiap lokasi pokok pokok gaharu liar yang telah di rawat
serta siapkan stock bamboo stick yang telah kehabisan stock bagi inokulasi tahun
ini.
Hari
demi hari, tiap saat menghitung hari, dari awal pagi hingga ke senja, tergaru
sana, garu sini, sekiranya pokok gaharu boleh berkata kata “ teruknya perangai tuan aku nie, terkena badi apa pula nie.”.
Dari sepokok di susuri pokok seterusnya, dari barisan pertama hingga ke barisan
pokok yang terakhir, daki bukit, susuri banjaran, sejumlah semua 5,000 pokok
gaharu di lawati. Mungkin soalan sama bermain main di fikiran para pengusaha “
bila agaknya nak di inokulasi nie, berapa lah jumlahnya kos vaksin dan berapa
juta bilah bamboo stick, isk isk.. mana nak cekup duit.. nak upah si
penginokulasian, aduhai .. caj akan di kenakan agak mahal dan mampu kah
bersabar menanti 2 tahun nanti untuk tuaian hasil.?”.
Dari
awal bulan januari sehingga bulan mac kami sentiasa di kunjungi oleh para para
peminat baru dan masih ada kesempatan juga melakukan inokulasi di luar negeri.
Di sebabkan masa terhad, tiada kesempatan melawat ladang gaharu para pengusaha
yang terbengkalai, yang tiada termampu untuk mengeluarkan kos inokulasi. Memang
ada niat kami mahu membantu para para pengusaha ini, tetapi memandangkan kos
bergitu besar terpaksa kami tanggung setiap kali menjalankan penginokulasi,
terpaksa kami pendamkan niat kami, kecuali para para bersedia menanggung semua
kos, itu pun terpaksa kami memikirkan berkali kali.
Yang
datang mengunjungi kami juga, pelbagai bagai masalah di luahkan, dari
pertanyaan bagaimana mulai penanaman, penjagaan pokok, berapa kali pembajaan
setahun, sector bagaimana tanah kesuaian, berapa tahun boleh di inokulasi,
boleh percaya atau tidak terhadap syarikat yang tawarkan pelaburan penanaman,
dimana nak dapatkan vaksin nak inokulasi sendiri dan pelbagai bagai pertanyaan
hinggakan hasilnya nanti akan di jual kat mana..? kikikiki.. saya selamba beri
jawapan sambil bergurau ..” yang kau gatal nak tanam, tanggung lah sendiri,
bukan ada sangkutan dengan aku pun..”
“
Jika kamu mampu, mempunyai tanah sendiri, wat apa nak melabur, bukan nya sukar
tanam gaharu nie, dapatkan beneh dari pembekal, upah orang tanam. Kalau tiada
masa nak menjaganya, itu boleh orang lain uruskan, janji duit upah .. jalan. Kalau
tak mampu tanam banyak banyak tanam jer 1 ekar dah lebih daripada berbaloi
hasilnya, kamu pun puashati, tiada perasan ragu, tiada terkena dan kamu ada
bukti kat mana duit kamu habiskan, sekiranya kamu tiada tanah, kamu masih ada
peluang lagi, pajakan tanah dari ahli keluarga, jiran jiran atau dari sahabat
handai.”
“
Arwah ayah saya dah tanam 800 pokok, sekarang nie usia pokok dah masuk 8 tahun,
yang masalah besarnya mana saya nak cekup duit banyak banyak nak upah
penginokulasi semua pokok tu..” Masalah lagi. “ Masalah bergini, bukan kamu
sahaja hadapi, kami pun selalu hadapi setiap kali bila mahu mulai project
inokulasi, duit akan keluar seperti air, setiap kali inokulasi, harga vaksin
mesti dikira, kos inokulasi dan pengurusan, bukan sejumlah RM100.00 sehari terpaksa
saya tanggung, soal membantu dah tak wujup, kami bukan badan kebajikan, kami
bisnes didalam bidang ini..”
“
Cuma saya dapat membantu bagi khidmat inokulasi , bamboo stick dan inokulasi ,tetapi
kos nya tetap kena bayar secara tunai serta membantu penjualan hasil tuiaan
nanti mengikut perjanjian penginokulasian. Sekiranya pokok serta tanah tu sudah
menjadi harta pusaka, berbincang lah bersama adik beradik, sepakat kumpulkan
duit kos inokulasi, inokulasi sejumlah mengikut duit telah terkumpul untuk fasa
pertama dan seterusnya, jika cara ini kamu lakukan, pasti sejumlah 800 pokok
itu siap di inokulasi..” bagi penjelasan.
“
Kami telah di tawarkan pokok sejumlah 1,200 pokok berusia 7 tahun, kami nak
pastikan siapa pembeli hasil tuaian nanti. Kami kenal seseorang di IPT dan
telah berbincang bagaimana mahu inokulasi pokok itu, tetapi jawapan nya, dia
sendiri pun tak pasti siapa yang aktif sebagai penginokulasian. Dia bagi
ceramah kat IPT pun Cuma mengalakan penanaman sambil pasarkan beneh gaharu..”
jelas seorang nie pula. Saya cuma berdiam diri tak mahu komen apa apa .. kikikiki..
ini bukan bermasalah dengan saya.
Lantaklah
kan..? Cuma taktik mereka mahu mencari jalan mudah, jalan pintas mengambil
kesempatan dari diri saya. Kalau dah tahu gaharu boleh jadi JUTAWAN, terus jer
lah, kalau kamu ego, tentu saya lagi ego sebab saya telah lengkap semuanya, telah
mempunyai ladang, pokok liar di inokulasi ribuan pokok , mempunyai vaksin ciptaan sendiri dan tiada
pernah menyusahkan pengiat gaharu lain. Itu lah sebabnya mereka beria ia,
bersusah payah datang jauh jauh menemui saya dan dah jelas difikiran mereka
1,200 pokok tiada boleh terlepas bergitu sahaja.
Tepuk
dada tanya selera anda, kalau saya komen pun tiada feadah saya dapat, kan duit
anda .. kikikiki, kalau untung pun bukan saya yang dapat. Bukan saya tak alu
alukan tetamu nak dapatkan khidmat nasihat tentang gaharu, kalau berhajat nak
kunjungi kami, silakan, tetapi bagitahu awal awal kerana jadual kerja kami
terlalu padat akhir akhir ini. Kami memang mahu lihat semua bakal pengusaha,
para pengusaha bersama sama kami memcapai kejayaan. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan