Musin
kering dah berakhir, hujan dah mula turun, Alhamdulillah .. anak pokok Gaharu 5,000
yang di tanam mula galak mengeluarkan pucuk bererti akar akar baru mula
menjalar. Manakala pokok yang telah inokulasi pada bulan februari yang
mengalami stress kembali segar mengeluarkan tunas pucuk muda dan tugasan yang
dinanti nanti telah tiba, iaitu proses pembajaan awal tahun pertama serta
menganti anak beneh yang telah mati mengikut jumlah tepat pada penghujung bulan Mac dan April ini.
Kami
masih menanti persiapan pembersihan tapak tambahan ladang baru, bagi memulakan
proses penanaman tambahan 3,500 pokok lagi.
Memandangkan musin tiada menentu, anak anak beneh 3,500 pokok di biarkan
lasak bagi menghadapi suasana cuaca yang tiada menentu, setelah ditanam nanti
ianya tiada kekeringan, mengalami daun gugur sekira musin kemarau terlalu lama
dan tentu ada alahan lebih lagi tapak baru di bersihkan tanpa tumbuhan rumput
rumpai.
Penghujung
bulan Mac ini, terlalu kerap saya hadiri jemputan kawin, berpeluang bersua kaum
kerabat, para sahabat lama dan berkenal kenalan pelbagai bagai status
masyarakat. Sebetulnya, diri saya jarang jarang yang diketahui apa yang saya
usahakan, lebih lagi sikap semulajadi saya gemar berdiam diri dari menghebuh
hebuhkan apa yang lakukan. Bidang industi Gaharu jarang jarang orang lakukan
sebagai urusniaga, kebanyakan di usahakan secara bersuka suka dan hobi
sampingan sebagai seorang minat bertani.
Saya
tiada mengkaji tahaf mana kerpercayaan seseorang atau yakin dengan apa yang
saya usahakan, bagi diri saya, cuma saya berhak mempunyai kenyakinan diri sendiri
serta mengamalkan sikap tiada mengambil tahu urusan orang lain . Ada
perbandingan dan pendapat yang di ajukan pada saya, “ Kau ada tanah berpuluh
puluh ekar nak tanam gaharu dan dengar khabar sudah ribuan pokok kau dah tanam..?
Itu perbuatan membazir , cuba kau kaji mengapa pengusaha dulu semua gagal,
hingga sekarang ini masih aku tiada dengar ada yang berjaya, tak akan berjaya
nya, lebih baik kau tanam pokok getah jer, sekurang kurang setiap bulan kau
dapat hasil walaupun sedikit..” kata salah seorang saudara terdekat saya yang
hampir 20 tahun tiada bersua muka, setelah memberitahu apa usaha yang saya
lakukan serta menerangkan kemana saya
menyepikan diri selama ini.
Saya
tersenyum sambil menarik tangannya mengajak ke satu sudut agak jauh dari orang
ramai. “ Aku dah tanam getah dan gaharu sekali, Getah pelaburan jangka panjang
manakala gaharu pelaburan jangka senderhana. Jika kau banding yang dulu dan
sekarang, tentu dah jauh bezanya. Pengusaha dahulu tanpa pengetahuan, membeli vaksin
tanpa selidik tidak seperti sekarang ini. Aku telah temui formula ciptakan vaksin,
telah ciptakan vaksin sendiri dan percubaan pertama aku telah berjaya, telah
menanam ribuan pokok serta siap rawat ribuan pokok. Sekiranya ianya gagal, tak
mungkin aku mempunyai pokok dan rawat pokok sejumlah bergitu besar, terus menanam
dan terus merawat tanpa hentinya, aku masih waras serta masih punya sifat
sayangkan duit, kalau ianya satu usaha yang sia sia, awal awal aku tiada
teruskan usaha bergini” Saya mula
penerangan.
“
Bermula dengan kajian yang teliti, timba ilmu dan jelajah setiap pelusuk mengkaji
gaharu, ini satu perkerjaan pertanian bersandalkan teknologi, bukan saja saja
meniru. Dan mungkin kamu pernah terdengar, bila melibatkan diri di bidang ini
memerlukan bajet yang besar, setiap sen akan di keluarkan wajip mengira jumlah
bakal di perolehi nanti. Tiada guna jika usahakan sesuatu kalau tiada
halatujunya, yang tiada pasti kita dapat, yang tentunya bajet hangus,
pembaziran masa dan pasti keringat usaha juga sia sia dan ini lah yang terjadi
pada pengusaha dahulunya..” tambah saya.
“
aku mahu terangkan 2 perbandingan seperti kau katakan tadi, dahulunya kau sendiri
tiada terfikir teknologi boleh berada di hujung jari kan..? tapi sekarang, yang
kau tiada pernah gambarkan dan impikan itu telah berada di hujung jari ..
kikikiki.. canggih pula tu, padahal kau hanya tahu call dan send mesej, banyak
perkara lagi benda teknologi ditangan kau itu, kau sendiri tiada pernah mencuba
mahirkan diri .. adakah ianya mustahil..? Seseorang manusia ada sesuatu
pebezaan di segi pendapat, planning dan berubah untung nasib atas usaha sendiri
dari insan lain tiada akan sama ilmu yang Allah anugerahkan, walaupun tujuan
yang sama cuma mahukan rezeki. Kita wajip terus berusaha menimba ilmu, akan memilikinya
tetapi sekiranya ilmu yang di perolehi tiada dipergunakan ianya menjadi satu
pembaziran..”
“
Sepatutnya aku yang menyuruh kau mengkaji, mengapa, sebab apa dan bagaimana
para pengusaha dahulu gagal..? Teknik rawatan yang di gunakan dahulu tiada jauh
bezanya yang digunapakai sekarang ini, cuma vaksin yang mereka tuang pada pokok
gaharu, vaksin yang di import dari Negara jiran yang tiada kepastian vaksin itu
asli atau tiruan. Kebanyakkan pokok yang mereka rawat gunapakai vaksin import
ini mengandungi 80% bahan beracun, yang mengakibatkan pokok dirawat, mula dahan
satu persatu gugur dan akhirnya batangnya pula rebah tersungkur ke bumi..”
“
Sekiranya aku masih bergantung harap pada vaksin import, dah lama aku gulung tikar,
tentu sekali aku telah gagal kali kedua, tak sampai usaha aku ke tahaf ini. Di
atas kejadian dahulu lah, aku bangun, berikhtiar mengkaji semula setiap espek,
teori , bagaimana mengikut factor yang betul, terus mengkaji bagaimana mencipta
formula , mencari bahan bahan untuk proseskan vaksin gaharu. Kan tentu pernah
terdengar dulu dulu yang aku di cop gila gila, masuk hutan seorangan, bermalam
seorang kat hutan dan aku buat pengakuan ini agar kau tahu, yang aku gila gila
dahulu ada tujuannya, aku lakukan kajian, selidik , bagaimana terjadinya gaharu
dan untuk mengenal spesis Gaharu..”
“Aku
belum cerita panjang lebar lagi tentang gaharu, cerita cecair apa yang terdapat
di dalam pokok gaharu, bagaimana tindakbalas vaksin setelah di tuang kedalam
nya, kikikiki.. ini pun kau, aku lihat kau dah tergaru garu. Ilmu kegaharuan
ini bukan boleh diperolehi dalam 1 jam jer, kena bermula dari peringkat asas
lagi, orang telah bergiat lama pun, masih banyak perkara yang belum di ketahui
dan masih ada yang tertipu. Aku dapat bayangkan pendapat dan pembandingan kau
bagi itu, semua dari pendengaran dari mulut ke mulut ciplak dari anggapan orang
dan aku pasti kau tiada pernah melihat rupa bentuk serta minyak gaharu asli bagaimana
warna serta baunya.. malahan harga nya pun kau tidak mengetahuinya.. betul
kan..? “.
“
Aku terima kasih di atas perbandingan kau beri, sekurang kurangnya dari
penjelasan aku beri, sedikit sebanyak kau memahami mengapa aku bergitu aktif
bergiat di bidang ini. Kau telah temui jawapan sebenar, walaupun apa orang
anggap bukan bukan pada aku, aku buat pekak Badak jer, kerana mereka tiada tahu
apa yang aku planningkan, bagi aku, walaupun sekecil kecil perbuatan, tanpa
kajian, tanpa usaha , tanpa belajar ianya tiada capai kejayaan. Dan kau pun
tahu, aku telah tempuhi pelbagai bagai ujian, dugaan dan seribu cemuhan, dari
sini lah aku belajar mengenal diri aku sendiri .. Alhamdulillah, aku telah jauh
meninggalkan impian, dari perkara yang aku anggap tiada mungkin aku capai ,
tanpa aku sedari segala penat lelah dari usaha aku ,semua telah hampir
lengkap.. Insyaallah.”.
Tetap
masih ada bilangan besar masyarakat, menganggap industri gaharu teknologi adalah
usaha yang sia sia, selagi para pengiat tiada buktikan kejayaan selagi itulah
mereka bersikap dingin. Bagi saya, kikikikiki.. Buang masa nak buktikan, nak
melayannya, kalau tak percaya, sudah, saya bukan pinjam duit kamu dari awal
hingga kini. Bila saya mula menuai pokok, kegiatan saya tertumpu kepada, kilang
prosesan minyak, produck gaharu akan saya pasarkan serta mungkin formula vaksin
perkara utama saya lenyapkan. Saya mungkin mula tutup buku jadual melayan bakal
dan para pengusaha kecil kecilan. Kalau ada banyak permintaan inokulasi pokok, beneh
gaharu, caj khidmat, harga bamboo stick mungkin berganda ganda harganya, jika
kamu sanggup, saya bagi khidmat, kalau tak mampu, saya peduli apa .. kamu
selesaikan lah masalah kamu sendiri… TQ.