September
2013 jadual harian padat di penuhi sepanjang hari, 1hb September, jelajahi beberapa
lokasi di serata dearah pokok pokok yang siap di inokulasi dan sayangnya masa
tiada izinkan melawat pokok pokok yang bakal di inokulasi tahun ini. Bermula
2hb September selama 5 hari menjalankan inokulasi menghabiskan vaksin di
peruntukkan 50 liter serta ratusan bilah bamboo stick (BS), tetapi pokok pokok
di lokasi ini, masih berbaki hampir ratusan batang pelbagai size, terpaksa rest
kejap project inokulasi .. kikikikiki .. stress fikiran dan termasuk stress poket,
maklum lah kita orang hanya perahu kecil.
Terasa
benggang.. sampai sakit kepala dok memikirkan pelbagai bagai masalah yang
datang dan yang sengaja di cari, pikul bebanan hunter minta pertolongan jualkan
gubal gaharu mereka, melayan panggilan broker gaharu nak lihat gubal, nak tambah itu, nak upgrade ini, tergaru sana tergaru
sini, siapkan draf planning nak tanam beribu ribu pokok lagi , isk isk tak ubah
kera terkena belacan. “ Apa lah, nak teruk terukan sangat, melayan fikiran, layan
hati orang itu, layan hati orang nie, nak nampak kita baik orangnya, orang
tiada kenang pun budi kita boss, nak cipta teknik inokulasi terbaru, nak di cop
gah, nak dikata tersohor dan supaya di iktiraf berjaya cipta teknik inokulasi
terkini.. kikikiki… gunapakai jer boss, teknik teknik lama yang di ciplak tu,
biar betul betul hasil dari teknik lama tu hasilnya berkualiti.. ker
bagaimana.."? betul jugak.
Perkataan
stress dan Allergic sudah terlalu kebiasaan di dengari, kita manusia sering
mengalami keadaan ini .. betul tak.? Jika kita nak merasainya pelbagai masalah,
senang jer kan, cari masalah banyak banyak , lakukan kerja tanpa henti akan
alami lah berkeadaan bergini, kalau teruk mahu kan lagi stress , cuba cipta
sesuatu yang baru, yang tak di terima oleh akal. Bergitu juga allergic , yang
tak sepatutnya perut kita tak boleh terima makanan bergini, kita tibai juga.
Dah tahu kulit tubuh badan kita alahan bahan bahan tak serasi, kita sapu juga,
mula mengalami gatal gatal sana sini.. tanggunglah .. kau.
Ketika
alami keadaan stress, pantang isteri silap cakap, pantang silap kawan gurau,
pantang anak anak bergaduh sesama mereka, darah bergitu cepat naik ke kepala,
marah isteri marah si anak dan kat kawan pun tunjuk penumbuk. Kikikikikiki..
tapi, marah marah kat isteri, malam malam elok elok di peluknya juga. Yang si
allergic ini pula, pantang terjumpa kawan, bertanya ubat mana paling mujarab,
silap telan ubat, kelain pula jadinya. Terbaiknya jumpa pakar tuan doctor,
dapat ubat dan nasihat, jangan makan itu dan jangan makan ini, bila sembuh semua
sapu, dah terlupa tentang allergic.
Nak
catatan tentang gaharu ker, apa nie, topic agak berlainan jer..? kikikiki..
sorry boss. Jangan sesekali stress ya.. Pokok gaharu wajip di lakukan supaya
stress dan allergic juga,. Kalau selalu
sangat cakap tentang pokok, catat jutawan
gaharu, tentang gubal, resin, injections, inokulasian, tentang spesis family Themalaccensis,
selulose, sesguterpene, tisu xilem
dan floem , stress juga kan.. boss.?.
Saya pun naik stress juga, dok cerita perkara yang sama, kita catat pelbagai
bagai hal, baru real sikit, tak lah stress sangat. Sambil baca catatan blog
gaharu nie, kita makan dan kita minum, apa apa yang patut, janji makanan tiada
mengandungi bahan bahan yang akan mengakibatkan tubuh badan kita allergic.
Pertamanya
nak bertanya, yang kau , takel takel seluruh batangnya , yang kau bersusah
payah panjat pokok tu, yang kau tebuk tinggi sampai berpuluhan kaki, yang kau
tuang vaksin dan kau sumbat bukan main teruk, kau tukul kan bamboo stick tu,
apa tujuannya..? sudah tentu jawabannya, supaya pokok gaharu menghasilkan
gubal, betul ker salah jawaban ini.. rasa rasanya betul lah tu kan..? Yang kau
siat kulit pokok sampai licin dan kau sapu vaksin pula.. bagaimana pula, tujuan
apa nya pula ..? tapi, mengapa pula kau ada cop, group group penginokulasian
ini, lakukan kerja yang tak masuk akal..?
Kikikikiki..
jangan mudah stress boss, kita terima dengan se adanya perkataan bergitu, kita
telan jer seperti minum air sirap, seperti telan panadol, tak akan allergic,
punya. Ini tugasan kita, ikut suka kita nak buat sebagaimana teknik sekalipun,
sebab kita yang tahu, kita arif di bidang kita cari makan dan kita ada matlamat
tersendiri untuk merubah masa depan keluarga kita, kau orang tahu apa, vaksin dan
pokok gaharu pun tak kenal.
Nak
bertanya pada yang mengeluarkan perkataan bergitu, yang kau paku, kau skru ,
siat siat kulit dan kau takel takel seluruh batang pokok itu, apa ke halnya..?
sudah tentu akan di jawab, supaya pokok sakit dan akan terhasil gaharu.
Kikikikiki, dah tentu perbuatan itu dah kertinggalan, menjalankan teknik
bergitu sudah tidak di amalkan lagi dan orang dah tak pakai teknik bergitu. Walaupun
bagaimana di lakukan, untuk pokok sakit dan alahan kan..? Dan satu lagi teknik
inokulasian tak digunapakai, injections beberapa lubang, masukan paip dan
gantung vaksin mengunakan botol. Rasa rasanya masih lagi ada yang gunapakai
keadah ini.
Teknik
mengunapakai bamboo stick atau BS di katakan betul betul memberikan stress
berpanjangan dan mampu menghasilkan gubal gaharu berkualiti tinggi. Kalau tak
sumbat BS ini pun, pokok tetap akan stress, kerana di injections beratusan
lubang. Kalau hanya menggunakan BS tanpa di jeruk dengan vaksin, penghasilan
gubal tiada terhasil. BS dan Vaksin kedua duanya memainkan peranan utama
penghasilan gubal gaharu melalui keadah inokulasi, bamboo stick menghasilkan
stress, manakala vaksin bertujuan mengallergic pokok.
Dulu
dulu penginokulasian mengunakan bebola kaca ( guli ) sebagai penutup lubang
injections , sekarang ini guna BS .. kikikikiki., habisnya di sapunya guli
mainan anak anak. Entah apa tujuan penginokulasi melakukan teori bergini, teori
di bawa masuk dari Negara jiran. Teknik ini sampai sekarang saya masih belum memahaminya,
apa factor sebenarnya, Cuma dua jawaban yang bermain di fikiran saya, tujuan
mengelak lubang injections di reput terlalu luas dan menghindari di masuki air
hujan. Lakukan lah apa apa teknik inokulasi bagaimana sekali pun, dari teori
logic di fikiran , janji pokok tetap
stress dan allergic, paling penting penghasilan tetap berkualiti. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan