Di
lokasi mana staf saya menjalankan inokulasi, saya sentiasa ikut sertai staf staf
saya, sama sama bermandikan peluh, sama berpanas, sama berhujan dan sama
merasai keenakkan menjamu selera di bawah pokok gaharu ditemankan si pacat
serta nyanyi nyamok. Kami menemui ketenangan ketika berada di hujung kampong,
jauh dari riuk pikok, bunyi kenderaan hanya yang terdengar nyanyian ungas,
cengkerik dan siulan sang burung.
Tanpa
saya sedari, saya telah melatih 3 group terdiri 10 orang staf penginokulasian
yang terbaik, berkerja tetap dan sambilan, mempunyai kepakaran memanjat dan
satu group terdiri 4 orang di latih khas
untuk project peladangan. Mula melatih 3 staf baru, mempunyai kepakaran
tersendiri berperanan sebagai marketing, trading dan pengurusan kilang
pemprosesan minyak gaharu. Kikikikiki.. anda tertentu terkejut, ramainya
berkerja dengan gold-forest R&D gaharu. Saya tetap amalkan planning asal dan
slogan kami Together Toward One Direction, tiada sifat pilih kasih.
Saya
bukan niat mengumpul kekayaan hanya untuk peribadi dari hasil jualan gubal
gaharu, JUTAWAN memang impian saya, tetapi, status JUTAWAN impian kami semua,
status ini harus di miliki, di kongsi oleh semua staf Gold-Forest R&D
Gaharu. Mereka lah yang sentiasa dibasahi peluh, berhujan, menanggung bebanan
mengangkat peralatan, bertukus lumus menyiapkan setiap project secepat yang
boleh, saya hanya sekadar membantu ada masalah tiada dapat di selesai.
Tugas paling penting saya pikul , penambahan pokok untuk dirawat, tagged edaran anak beneh, memcari shared inokulasian , kontrak peladangan gaharu, mendapatkan bahan ramuan vaksin, memberi motivasi jati diri, agar mereka saling menghormati, melatih
menjawab sebarang pertanyaan dari tetamu, salurkan ilmu kegaharuan, memdedahkan
teknik teknik inokulasi terkni, mesti berusaha setiap masa kumpulkan dana project manakala mereka semua yang
mengusahakan, menjayakan 80% planning, tagged dan hala tuju Gold-Forest R&D
Gaharu. Tanpa kesungguhan, sikap amanah serta ketekunan mereka, Gold-Forest
R&D Gaharu tak akan mampu berdiri sehingga kini.
Tiada
erti nikmat kejayaan jika saya secara peribadi berumah batu beratapkan genting,
hidup dalam serba kemewahan, manakala staf staf saya rumah dinding kayu beratap
rumbia, tiada apa apa perubahan. Pada hal hasil yang saya perolehi dari
keringat, titik peluh serta sikap amanah ketekunan mereka. Saya mengenali tahaf
kehidupan seseorang staf saya, ada yang kerja cari rezeki, kais pagi makan
pagi, ada mempunyai keluarga amat besar, ada yang menumpang tinggal di tanah
orang lain dan saya sebagai majikan, di amanah
dan tentu kebajikan mereka wajid saya menjagainya.
Bukan
niat saya untuk meninggikan diri, mengaku saya adalah majikan terbaik. Dari fahaman saya, apabila satu koloni di
tubuhkan, bererti bermula lah sikap membantu sudah menjadi lumrah didalam satu
kelompok. Apabila saya renungi semula dari apa yang telah saya lakukan sebelum
hari ini , memang betul dari ucapan mulut seseorang pernah berkata .” patut lah
engkau tak semewah jika dibandingkan dengan pengiat gaharu lain, pengiat
lain,bukan main lagi, tapi engkau tiada apa apa perubahan.” Saya tetap gelak
dan jelaskan .” saya akan besarkan koloni ini, bila telah besar dan teguh, saya
akan pecah pecahkan, di sinilah semuanya akan bermula, saya akan dapat rehat dan pendapatan masuk setiap
sudut, kerana saya telah membeli masa kerja mereka, mereka akan terikat dan terus
kekal berkhidmat dengan saya”.
Mengapa
saya gemar catatkan hal modal permulaan dan masa adalah paling wajid diutamakan,
bagaimana kita mahu mendapat masa dalam sehari beratus ratus jam. Padahal satu
hari berkerja cuma 8 jam. Jika kita berkerja seorang, masa kerja kita cuma 8
jam, kalau larat kita sambung 2 jam lagi, maka sehari 10 iam masa kita kerja.
Kita tak akan menikmati kemewahan dengan cara ini, soal makan, pakai dan sara
anak isteri tiada masalah, tetapi, cukup bulan dapat gaji atau untung
perniagaan, tolak bayar pinjaman perumahan, bayar segala bil bil, ansuran
kenderaan , hutang peribadi, hutang kredit card, hutang abang long, nafkah
isteri, kos persekolahan anak anak , barangan dapur dan minyak harian kenderaan
kita, berapa sen jer balance setiap bulan..?
Kita
ulas di segi kegunaan masa. Jika modal anda terkumpul atau mempunyai tabungan,
anda mampu membeli masa orang lain, bergini cara saya lakukan. Contohnya masa ibarat kertas, anda
ambil sekeping kertas, anda lipat lipat dan lipat , cuba anda koyak koyakkan dan
kira sempihan kertas tadi, tak terkira jumlahnya kan ..? itu masa anda yang di
perolehi dari masa luang orang lain, anda membeli masa mereka untuk mereka selesaikan
kerja harian anda. bila anda fikir dengan teliti, Sifat kedekut dan tamak di hati kita kian hilang, kerana
pendapatan kita dari hasil kerja di usahakan oleh orang orang yang kita beli
masa mereka, kita perolehi berganda ganda setiap bulan dan yang pasti tempoh
masa kerja dapat disiap terlebih awal dari sepatutnya, orang lain kerja
bertukus lumus kerja 26 hari 208 jam, kita cuma kerja 6 – 10 hari sebulan
menyiapkan sesuatu project, tetapi pendapatan lebih dari 8 bulan gaji. Kalau
anda mempunyai 10 orang pekerja daraf 8 jam sehari, berapa jumlah jam anda
dapat dalam 1 hari..? ini lah puncanya, orang lain mampu memiliki kemewahan
awal berbanding dengan kita.
Kerja
hakiki kami sebagai penginokulasian, kontrak peladangan gaharu, mengedar anak
beneh, tiada terganggu, kami juga dapat
melakukan kerja kerja sampingan lain, senikraf, ternakan kelulut, kontraktor
perumahan dan pelbagai bagai kerja bagi mengisi masa terluang terlalu banyak. Jka
cara ini di teruskan, di amalkan,kita tiada jadi penguni rumah dinding kayu beratap rumbia, yang pastinya rumah banglo bertingkat
tingkat mampu di miliki. TQ.