Dalam
diam ubi, rupa rupa berisi, itulah luahan daripada mulut hunter gaharu berumur
75 tahun, pertama kali bertemu muka dengan saya. Kemungkinan sifat semulajadi
saya tiada gemari bercakap di klalayak umum, berbual bual tentang gaharu jauh
sekali, tentang inokulasi lebih apa apa perkara yang saya usahakan. Setiap satu
perkara yang dilakukan secara diam diam, tak pernah di hebuh hebuhkan walaupun
di mana saya kunjungi.
Tetapi
saya lantang di blog gaharu saya, mungkin ramai mengenali saya melalui blog
gaharu http://gold-forest.blogspot.com dengan
carian popular di Google Gold Forest R&D Gaharu Kelantan. Setiap bulan saya
terbikkan 2 catatan sebulan , ada yang mengenali saya di facebook, I Google,
Twister, wallpress, You Tube dan di lain carian di internet, walau apa pun anda
tiada mengenali saya lebih dekat , saya ucapkan selamat berkenalan dan terima
kasih. Dari kelantangan catatan, dedahan dan serta kajian saya, rupa rupanya telah
mencuri perhatian ramai dikalangan para para pengusaha, para para hunter gaharu
dan bakal bakal usahawan era baru gaharu teknologi.
Setiap
bulan kami menerima kunjungan dari para peminat gaharu, rela datang melihat
sendiri dari apa yang kami canangkan diblog gaharu kami, terima kasih dan pihak
di Gold-Forest R&D Gaharu Kelantan mengalu alukan kunjungan anda semua.
Mungkin agaknya di sini lah para para hunter gaharu berubah fikiran, dari sikap
kurang yakin mereka, telah berubah, yakin dan mula menyertai kami di
Gold-Forest R&D Gaharu. Terima Kasih. Termakbul sudah impian saya, untuk
bergabung, bertukar tukar fikiran, pendapat dan bagi mermurtabak kan lagi
industry ini kearah kergemilangan.
Ingat..!!
Kejayaan dan kekayaan tiada diperolehi tanpa ada bantuan oleh oleh insan lain,
jika kita hanya mengharap kerja tulang empat kerat, kita hidup hanya sekadar cukup makan, kais pagi makan
pagi dan kais petang makan petang, manakala malamnya berlapar. Jika kita
mempunyai wang berjuta sekali pun, tetap juga mengharap bantuan insan lain.
Kami cuba amalkan sikap terbuka, jalin silaturrahim, tanpa mengira usia,
pangkat, kedudukkan dan taraf pengajian nya, yang kami mahukan hanya satu ,
iaitu ilmu nya.
Dengan
mengamalkan cara ini, yang tak pernah kita ketahui akan di bagitahu oleh
mereka, jika kita tersilap ada teguran, ada ingatan dan di nasihati, ini
kelebihannya bila silaturrahim di ambil kira sebagai hubungan sesama pengiat
gaharu. Kikikikikiki .. bukan semuanya bergitu ..Boss, kena pandai pandai
memilihnya, kalau tersilap pilihan, kelain jadinya.. buat baik pun wajip
berhati hati, tak kan nak jadi pisang berbuah dua kali .. kot.
Saya
bukan professor di bidang kegaharuan, tak pernah belajar tentang gaharu di mana
mana kolej, univesiti atau dimana mana IPT menuntut ilmu dibidang ini. Segala
ilmu kergaharuan di perolehi dari hasil kajian sendiri, dari kaum kaum orang
asal, dari hunter hunter gaharu semulajadi, dari pengiat pengiat gaharu yang
usaha usaha mereka telah berkubur, dari pengiat gaharu di luar negara dan dari
pengelaman pengelaman pengusaha pengusaha yang sentiasa berurusan dengan saya.
Terima kasih untuk semua.
Di
sini saya bentangkan antara 2 golongan pengiat gaharu, bagaimana kedua dua
mempunyai perbezaan percanggahan pendapat. Satu golongan mengatakan gaharu
terhasil daripada kejadian alam ( kalau terjadi dari kejadian alam, biarkan lah
pokok gaharu menghasilkan gaharu dengan sendiri.. hehehehe ) dan jika disakiti
pokok akan menghasilkan gaharu, manakala satu pihak lagi mengatakan terhasilnya
gaharu kerana alami kesan stress, dengan sendiri resin resin gaharu terkumpul
menjadi kepingan damar.
Agaknya
mana yang betul.. jika dikira secara loginya, jawabannya agak sama kan ?
hehehehe. Ok kita huraikan satu persatu. Sebenar saya mengajak anda beri
pendapat, bagi pandangan dan beri buah fikiran. Saya nyatakan satu golongan ini
didahului, ia itu hunter gaharu atau pemburu gaharu semulajadi bagaimana teori
yang mereka pakai, adakah ini metos, cerita rekaan atau andaian.?
Teori
hunter hunter gaharu menilai pokok sebagaimana telah terhasil gubal atau teras
( * saya betulkan. Mengapa saya nyatakan
ianya gubal bukan teras , panggilan teras di gunakan oleh hunter ini zaman
berzaman , gelaran ini adalah silap, biasanya teras kayu letak di tengah tengah
batang memanjang, tidak seperti gubal gaharu yang di temui mereka di bahagian
pokok yang terluka dan di dahan dahan dalam keadaan merata ). Pokok berkeadaan
sakit, mati separuh atau di sakiti dengan cara melukai sekeliling batang, agar
pokok gaharu ini menghasilkan teras .. hehehehe.. gubal sebetulnya, bertujuan
resin resin akan terkumpul menjadi kepingan damar.
Batang
pokok gaharu mengandungi carbon c15-c15, ianya tiada akan menghasilkan teras
seperti mana yang diceritakan oleh para para hunter gaharu. Yang mereka temui
itu ianya adalah gubal gaharu atau di kenali juga resin terbentuk menjadi
kepingan damar. Resin berbentuk cecair ini berperanan utama menyembuh luka luka
yang terjadi dimana mana bahagian batang serta dahan pokok gaharu.
Gubal
gubal gaharu yang betul keras serta warna kehitaman di perolehi atau di jumpai
daripada pokok gaharu spesis hirta yang juga dikenali dengan nama candan.
Jarang jarang gubal seperti ini ditemui gaharu aquilaria malaccensis lamk yang
dikenali dengan nama DEPU, KARAS atau Gaharu. Topik kita kali ini tertumpu
kepada pokok gaharu spesis yang tumbuh asal di bumi kita, tak payah kita
bandingkan di antara spesis spesis gaharu yang di tanam di import dari luar
Negara.
Hunter
gaharu akan lakukan takuk takuk di sekeliling batang, menyiat kulit dan pelbagai
bagai teknik dilakukan, mengikut teori mereka, pokok gaharu akan menghasilkan
teras ( Gubal ), sekali lagi saya ulangi, ianya bukan teras, gaharu adalah
GUBAL. Resin resin atau minyak gaharu berperanan meyembuh luka, lama kelamaan
resin resin bertukar warna coklat dan membentuk kepingan, panjang serta
pelbagai bagai bentuk mengikut permukaan yang di lukai.
Jauh
beza nya teori dan priktikal yang di gunapakai oleh 2 golongan ini, para
penginokulasian mengamal teknik teknik injections beratusan lubang akan di
tebuk dari pangkal hingga lah ke dahan , bertujuan pokok mengalami stress
berpanjangan dan disusuli tuangan cecair bacteria pengalak resin supaya pokok
allergic. Hunter gaharu tidak pakai semua teknik ini, malah mereka mengatakan
ianya tiada mungkin menghasilkan gaharu.
Teknik
paling senang mereka lakukan, tebang dan cari disetiap inci bahagian pokok, di
songket songket ( bahu dahan telah reput ) serta di bahagian bahagian pokok
yang telah sembuh dari luka. Dengan sedemikian sekiranya kita jejalahi hutan belukar, kesan kesan peninggalan sisa
pokok gaharu terlalu di temui berkeadaan reput.
Sudah
tentu satu pembaziran berlaku, ianya berlainan pengiat gaharu teknologi,
seboleh boleh sebatang pokok yang di tebang semua berguna. Mana yang lebih
terbaik.. dari antara dua golongan ini..? Hunter gaharu cuma mengambil gaharu
mempunyai gred sahaja, selebihnya di tinggalkan, manakala pengiat pula,
mengambil gaharu tanpa gred. Itu kelebihan inokulasi, gaharu bergred di jual
berasingan, manakala perca sisa kayu yang di carving atau di ukur di jadikan
debu unruk pemprosesan minyak.
Inilah
kelebihan pengiat gaharu teknologi, setiap pokok di inokulan menghasilkan resin
resin sejumlah yang banyak. Mengapa bergitu..? pokok gaharu di injections atau
ditebuk dan dituang vaksin dari pangkal hingga kedahan, sebab itu pokok mampu
menghasikan resin sejumlah itu. Saya ajukan pertanya pada anda.. “ anda mahu
sedikit atau banyak hasilnya, satu cara atau dua cara ( gubal dan minyak ),
atau cuma mahukan gubal..? hehehehe.. kumpul banyak banyak, bagi kat kami
perca, wat prosesan minyak, tapi jangan menyesal bila mengetahui kami jual
minyak 1 tola ( 12m l) RM350.00. Selamat berinokulasi. TQ.