Kita
bersepakat kearah satu tujuan, berusaha, kongsi ilmu untuk sama sama kecapi
impian Islam Wajip Kaya. Jangan sesekali kali berkata, tiada mungkin kita capai
impian ini. Setiap usaha dilakukan semuanya ada tagged, untuk capai kerjayaan,
seandainya kita gagal di awal usaha kita yang pertama, sebenarnya kita telah
berjaya memperolehi pengelaman yang dapat melancarkan usaha kita kali kedua.
Untuk
membangunkan satu kerjaya, bukan hanya masa satu hari, kita wajip belajar,
timba ilmu dan kita tak akan terlepas menempuhi cabaran demi cabaran, disini kesabaran, fisikal
dan rohani kita akan teruji. Jika semangat kita mudah rapuh, segala yang di
usaha akan terkubur. Bergitu jua , bila hanya memikirkan keuntungan berganda
yang akan kita perolehi dari usaha kita, untung rugi tiada siapa yang boleh
memberi jawapan tepat, selagi hasil usaha kita belum di perolehi.
Pelaburan
di bidang ini, merupakan pelaburan yang melibatkan kos tunai yang agak tinggi,
jika dikira secara imbas, pulangan pelaburan akan di perolehi nanti berganda
ganda. Dengan sebab ini lah. Timbulnya rasa riak, ego, besar diri, hilang
pertimbangan dan sikap rakus, menguasai mental dan rohani dikalangan pengiat
gaharu, tanpa mengkaji terlebih dahulu, mengeluarkan kos pelaburan terlalu
besar, kerana terlalu impikan pulangan yang di miliki nanti berjutaan RM.
Bergitu
juga berlaku pada diri pengusaha ladang gaharu, Semasa menanamnya mampu tanam
beratusan ekar. Ada setengahnya pula, mereka menganggap pokok gaharu yang di
tanam, boleh dijual tanpa dirawat. Di mana kah mereka dapat ilmu bergini, siapa
mengajar mereka bergitu.? Sepintas saya ulangi catatan di sini, pokok gaharu tiada
akan menghasilkan resin sekira tanpa mengelami stress dan allergic, jika anda
tanam dengan niat mahu di jual tanpa rawatan, 30 tahun akan datang tiada siapa
mahu membeli.
Yang
awal wajid di kaji, ialah kemampuan anda setelah pokok yang ditanam berusia 4
– 5 tahun nanti. Adakah mampu anda sediakan duit untuk membeli vaksin dan
mampukah anda membayar kos rawatan untuk inokulan pokok gaharu anda sejumlah
1000 pokok..? Walaupun bukan sekali gus anda inokulan, ianya wajip ada
perkiraan. Saya bagi contoh, secara rambang, kos inokulan andainya hanya se pokok RM150.00 (
bukan harga sebenar ) pokok berukuran 50sm, jika di darap dengan 1000 pokok..
dah berapa.. mampu ke..?
Teruja..
bila mendengar, “ di Kelantan ada pengusaha baru nak tanam 5 ekar, di Terenganu
pengusaha nak tanam 10 ekar, di Pahang dah 50 ekar di tanam dan yang ditanam
seluruh Negara tak terkira banyaknya.. " tanam gaharu, kaya boh..” Kerana kaya
ini lah, maka gaharu di tanam tanpa henti, sampaikan harga bekalan anak beneh
melambung 2 kali ganda. Bagi kami lantaklah, nak tanam berjutaan ekar, mungkin
tempias 1000 pokok setahun, yang dapat khidmat inokulan kami.. berduit jugak
kan.?
Kami
tiada berhak menghalang anda mahu jadi kaya dengan jualan hasil gaharu. Yang
kami tak mahu angan angan cita cita anda tiada kesampaian, duit anda habis,
buat project penanaman, duit untuk beli vaksin, anda dah tak termampu dan boleh
di anggap memikul biawak hidup. Para penginokulasian pula, bila selesai tugasan
mereka, tangan menadah mahukan duit seperti yang di persetujui dan anda pula,
terpaksa ikat perut selama 2-3 tahun akan datang, menanti jualan gaharu anda.
Setelah
3 tahun kamudian, pokok gaharu matang anda boleh di tebang, soal tebangan, siapa siapa pun
boleh, yang nak bersihkan ( Carving ) anda boleh lakukan.? Anda mampu carving
sendiri, nak jual kat mana, pasar malam ker..? hehehehe.. ke, kat pasar
borong.. nak proses minyak, main rebus dalam periuk nasi ? semua ini akan anda tempuhi, para penginokulasian yang berikan
khidmat pada anda dulunya, akan lepas tangan ataupun mungkin syarikat mereka
juga dah berkubur, kerana mereka cuma mengambil upah inokulan, mereka bukan
pengusaha tulen di bidang ini.
Itu
lah punca utamanya, sebagai bakal pengusaha ladang gaharu, pengusaha lama
berurusan dengan pengusaha bertaraf usahawan gaharu, yang terlibat 100%
urusniaga gaharu. Anda tak akan pecah kepala memikirkan kat mana nak dapatkan
khidmat nasihat, anak beneh, teknik penanaman, perjagaan, inokulasian dan hasil
tuaian gaharu akan di pasarkan. Jika anda mengunapakai cara ini, tak mustahil
cita cita mahu jadi jutawan milik anda.
Pengusaha
dan bakal pengusaha era baru, mempunyai peluang baik, mudah memperolehi ilmu,
teknik penanaman dan pelbagai ilmu kergaharuan, jauh bezanya ketika saya mulai
menceburi bidang ini. Di waktu itu tiada bahan bahan untuk dijadikan rujukan,
laman laman website, blog dan buku tentang gaharu sukar di dapati. Jika ada
buku hal gaharu, 100% memceritakan bab gaharu semulajadi, tidak mengenai
penghasilan gaharu melalui teknologi.
Antara
blogger dan empunya website menceritakan hal sama, tanam gaharu boleh jadi
jutawan, serta kerbanyakan topic kerhebatan gaharu semulajadi, khasiat dan
harga gaharu, dicatatkan juga gaharu dari sepsis mana yang terbaik. Sampaikan
kita tertanya tanya spesis manakah yang menghasilkan gubal termahal nilainya.
Kita tak pandang spesis tempatan yang tumbuh melata di bumi Malaysia, padahal
ianya paling terbaik dari spesis baka import.
Kalau
mengharapkan gaharu terbentuk secara semulajadi, berapa kilo agak gaharu di
dapati dari pokok sebesar 300sm..? cuba lah anda tebang, cari gubal gubal
gaharu, yang pasti di temui gubal berbentuk jarum ( bulu jagung ) berbaloi ker,
di jual dengan 1 kilo RM5.00. Sukar juga kan ..? untuk memiliki emas hitam ini,
itu lah punca nya, gaharu di hasilkan mengunakan keadah teknologi inokulan,
walaupun kos terlalu tinggi, dah ramai yang telah menjadi jutawan kerananya.
TQ.
Assalamualaikum En Ramli,
BalasPadamTerima kasih atas entri yang sangat menarik. Betul, untuk menjadi seorang penanam/pengusaha gaharu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bukan hanya setakat tanam dan berharap ia berhasil begitu sahaja. Dan kerana itu juga ramailah pengusaha gaharu yang berhenti dipertengahan jalan.
Semoga terus sukses.
Wslm.
wsalam aminah.
BalasPadamterima kasih atas sokongan.