“
Pokok Depu Boss pergi lihat tahun lepas 16 batang tu, pemiliknya dah cucuk (
Inokulasi ), saya lihat, pokok tu dah lain macam jer, daun daun menguning dan
berguguran, di cucuk baru 4 bulan lepas , rasanya pokok tu hampir mati.” Cerita kawan
saya. “ Group mana yang inokulasi.” Tanya saya. “ group tu ramai boss, ada dari
seberang campur campur, ada masa boss pergi jengoklah ” Jelasnya.
“
Kau lihat ker, bagaimana mereka injections..” tanya saya. “ Lihat, 2 hari
mereka cucuk, sepokok 6 lubang, setiap lubang sebesar paip air tu dan digantung
ubat dalam botol..” terangnya.. “ kikikikikiki .. kan pokok tu hanya sebesar paha,
tak kan sampai 2 hari baru siap, kan sebatang hanya 6 lubang.” kata saya sambil
memandang staf staf dok tersipu sipu menahan dari ketawa. “ memang pun, saya
bertanya pada salah seorang dari mereka, tak mati ker pokok ini, ditebuk lubang
sebesar ini..? dia kata, tak.. saya diam jer lah..” katanya.
“
Mereka gantung tu .. ubat apa boss..?” tanya sikawan tu. “ Panadol atau pil
killer kot..hehehehehe..” jawab saya. “ sukar nak pastikan, vaksin apa yang
mereka gunapakai, lagipun saya tak pasti group mana yang inokulasi, kalau
mengikut kau bagitahu tadi, dari seberang, bereti vaksin nya juga dari seberang
lah..” terang saya. “ Boss .. agak pokok tu mati ker, ya lah, daun daun dah
menguning, kasihan pada pemilik tu .. boss..” kata nya.
“
Entah lah, dari pengelaman saya, pokok itu akan mati, factor pertamanya, lubang
injections terlalu besar dan factor keduanya lebihan vaksin yang di yang tuang,
kalau vaksin itu pula di campur racun, boleh dikatakan 100% pokok itu tiada
harapan, tak sempat menghasilkan gubal.” terang saya. “ pokok yang kami cucuk, hampir
ribuan batang, tiada satu pun yang mati, malah sentiasa berpucuk..” tambah staf
saya.
“
Pemilik pokok tu saudara saya, dia bagitahu , menyesal tak bagi pokok pokok tu
pada boss, tak tahu jadi bergini, duit pun banyak juga habis upah dan kos
vaksin, boleh selamat ker pokok pokok tu..” ujarnya. “ hehehehe .. entah lah,
itu bukan masalah dengan pihak kami , hal tu, terserah pada Allah, kalau rezeki
masih ada, pokok pokok akan pulih, maaflah . kami tak boleh membantu, bukan
saya dendam, dah bukan rezeki kami, macam macam boleh terjadi.. gi lah cari
group tu, ajak mereka datang lawat pokok pokok yang mereka inokulasi tu..” kata
saya.
Perkara
bergini membuat saya terfikir panjang, utamanya teknik inokulasi mereka lakukan
pada pokok sebesar paha dan mengapa sampai berliter liter vaksin di tuangkan
pada bersize bergitu... Nak cepatkan resin resin terbentuk atau sengaja mahukan
pokok itu stress dan allergic secara paksaan, mahu pokok pokok ini mati dan
terhasil lah gubalnya..? Pening juga memikirnya.
Apabila
pokok sebesar ini di injections size paip air dan di tuang lebihan vaksin. Saya
mahukan bagaimana pendapat anda dahulu, boleh beri jawabannya..? Kemungkinan
pandangan dan fikiran saya berlainan dari semua group penginokulasi yang
bergiat aktif, mungkin mereka setuju dengan teknik sedemikian dan saya tidak
pernah mencuba teknik bergini, selama saya bergiat sebagai penginokulasian.
Faktor
utamanya, akan terjadi pokok akan patah dan akan mati sebelum matang, mengapa
saya berkata bergitu,,?. Kesan injections sedemikian, pokok akan mengalami
kereputan, lubang injections semakin hari semakin memburuk semakin luas,
lebihan pula tuangan vaksin terlalu banyak. Walaupun pokok sebesar 400sm, kami tidak
akan lakukan teknik seperti ini, seperti pernah saya catatkan di blog ini,
pokok pokok yang dirawat seboleh boleh tiada terdedah dari tiupan angin kecang.
Ingat,
setiap pelaburan mahu hasilnya kan..? kalau teknik ini digunapakai, sia sia lah
duit anda laburkan, lebih baik anda simpan dari mengupah penginokulasian
menjalankan teknik sebergini. Mereka cuma mahukan duit anda, soal penghasilan
bagi mereka tak pernah wujup di hati mereka. Ini punca nya mengapa saya bergitu
lantang membela dan berpihak kepada para
para pengusaha seperti anda semua, kerana saya pun pengusaha yang sama dengan
anda.
Kemungkinan
kos inokulan termurah ditawarkan membeli hati pemilik pokok, padahal mereka
bukan arif di bidang inokulasi. Sesiapa pun boleh lakukan injections, cuma sekali
lihat dan boleh mula menjalankan urusniaga inokulasi, masalah vaksin, tiada
bermasalah, hehehehe.. vaksin import berlambak di jual oleh broker broker
gaharu, berkesan atau tidak, itu tanggungan anda yang mengunapakai.
Tak
selesai lagi bab teknik ini.. hehehe.. kita teruskan. Kerana kos murah ini lah
pemilik terpedaya, janji pokok gaharu mampu di inokulasi, boleh pasang angan
angan, 2 tahun lagi jadi jutawan .. kikikiki. Yang terjadi bergini, boleh ker
yang di angan angankan berjaya..? lagi parah ada lah, dia terlupa pesanan dari
saya awal pertemuan dulu. “ sebelum lakukan inokulasi pada pokok pokok ini,
sila luangkan masa, lawat pokok pokok si anu yang mengaku pengiat gaharu
teknologi, pastikan di mana ladang inokulasi mereka dan lihat sendiri bagaimana
resin terbentuk dari inokulasi mereka jalankan, serta apa kandungan vaksin yang
mereka gunapakai”.
Kerana
terlalu ghairah mahukan status jutawan, maka terima tawaran penginokulasian
yang mengamalkan teknik akal kepala lutut, siapa yang rugi. Kan saya berkali
kali catatan, kalau tak mahu berurusan dengan kami, kami tak rugi apa apa..
hehehehe, pokok kami sendiri pun, masih tak habisan untuk di inokulasi bertahun
tahun akan datang. Sekali fikir, wat susah susah nak nasihatkan orang, duit
mereka, pokok mereka, kalau tak berhasil, kita tak rugi satu sen kan..? TQ.