Sudah
pertengahan bulan april, hujan sudah mula melanda setiap petang, inokulan baru
selesai 50 pokok sepsis Aquilaria Malacensis lamk. Di satu lokasi belum di
siapkan lagi 180 pokok siap menanti dan tambahan pokok terus bertambah ..
aduhai .. bila agaknya boleh disambung inokulan, saban hari dok sibuk urusan
lain, sampaikan inokulan boleh tertunda.
Berginilah
jadinya, bila kerja sampingan terlampau banyak, kalau di kira kerja sampingan
pun masuk duit juga, banyak tu, tak lah, wat beli beras dan ikan tu tiada
masalah, sekurang kurang boleh juga menanpung perbelanjaan minum air kopi, time
time rest, ketika inokulan tidak operasi. Bukannya gemar sangat kerja kerja
sampingan nie, kerana memiliki sedikit ilmu bidang ini, lakukan juga sekadar
yang termampu.
Bidang
utama kami akan teruskan semula.. insyaallah lebih aktif dari tahun tahun
sebelum ini. Di satu lokasi. Diladang getah kepunyaan bangsa china , ribuan
pokok gaharu liar siap menanti untuk di inokulan. Sepatutnya bulan april in,
inokulan telah dijalankan, disebabkan pembersihan tanah, tujuan tanam semula
getah belum operasi, inokulan terpaksa tertunda ke bulan mei atau Jun.
Kalau
setakat nak bersihkan tabung … hehehehe .. masih ada lebih 180 pokok, bila bila
masa boleh inokulan, berukuran dari 60sm lilitan hingga 150sm. 150 liter vaksin
tentu tak mengcukupi, jika dikira duit tunai .. pussss .. RM 100K entah kemana
.. touke balak pun kojol bos, kalau wang dok keluar jer, wang masuk pula bukan
main liat , hehehehe .. tu lah terpaksa berehat, tenang fikiran, cari pertunjuk
bagimana mahu teruskan inokulan, seperti dirancangkan.
Kalau
di ikutkan janji dengan pemilik pokok nak khidmat inokulan, hari hari wat
janji, tapi.. bila bertanya tentang pembayaran .. hehehehehe.. “ boleh ker boh
rawat dulu, jual hasil nanti, kita bayar..” kalau nak bankrap.. silakan
inokulan, geranti, tak akan dibayarnya. Yang janji nak bayar ansur ansur nie
pun tak muncul muncul, call pun tidak, biarlah bertanya khabar, bagi makluman..
“ tak boleh bayar lagi.” Apa salahnya kan, bagitahu perkara benar, kita orang
pun faham.. wat diam diam tu, apahal., selesai ker masalah..?
Ada
juga yang ikhlas, bagitahu masalahnya, memang nak bayar kos inokulan, tapi
berapa orang jer. Kadang kadang, berselisih dijalan. Wat wat tak nampak..
hehehehehe. Dia Ingat kita orang nie.. tak perasan ker..? Ada juga tak ubah
seperti pahat, kalau tak ketuk, tak masuk.. tu pun pahat tumpul, berkali kali
ketuk.. baru lah masuk. Bukannya tiada duit, sengaja mahu lambat lambatkan
pembayaran, mungkin dia ingat kita nie duit tabung berjuta juta agaknya..
aduhai.
Ini
punca utama mengapa para para penginokulasian tak gemar menjalankan inokulan
sekiranya pemilik pokok tiada menyediakan duit tunai. Jangan salahkan pihak
pengiat gaharu, semuanya bermula dari pemilik pokok, kerana kami terpaksa
menanggung kos yang tinggi setiap kali inokulan dijalankan.. sekiranya anda
mengata kos inokulan mahal, ok, memang betul, mahal. Tapi cuba bandingkan
berapa 1kg gubal gaharu yang anda akan jual antara kos inokulan, jauh
berbezanya kan..?
“
Kan .. bos cipta sendiri vaksin, boleh harga murah..” kata seseorang. “ Nie
hakcipta .. anda tentu arif kan.?. tentang hakcipta. Kalau dipanggil hakcipta
adalah terperlihara, menghasilkan nya bukan perkara mudah, bukan ilmu nya dapat
dalam masa 1 hari, berbelasan tahun menjalankan kajian.. kalau hak anda.. tentu
tidak seperti saya, hehehehehe.. agaknya lebih mahal dari kos yang saya cajkan.
Yang
gemar saya berurusan, bila pemilik pokok berterus terang .. “ saya mempunyai
pokok, cara bagaimana untuk jimatkan kos inokulan, nak rawat semua memang saya
tak mampu ..” Ini urusan paling senang, bebanan di kongsi sama, pemilik
mengeluarkan kos tunai 50% dan 50% saya tanggung, manakala hasil tuaian di
kongsi sama banyak. Saya tak sakit kepala memikirkan nak cekup kat mana kos
pengurusan semasa inokulan walaupun kos ganti stok vaksin tetap kena diganti.
Seperti
pernah saya catatkan di blog ini, mahu jadi jutawan, wajip keluarkan modal,
kalau 100% modal orang lain keluarkan, jangan dok pasang angan angan, walaupun
pokok tumbuh ditanah sendiri, kalau orang ingat janji, sehabis banyak orang
bagi RM10k – RM20k jer, terima jer lah kan.. pemodal akan kira setiap segi.
Duit modal diam, selama 2 – 3 tahun baru dapat pulangan modal, yang pemilik,
pakai modal ker, itu nasib pokok tumbuh sendiri ditanahnya, dia jaga ker pokok
tu.. tak.nya.. pokok subur sendiri tanpa jagaan.
Ini
reality, inilah yang akan terjadi, sekiranya anda ada pokok, sekiranya anda
angan angan mahu kekayaan milik anda, siapkan modal 50%, kalau dapat sediakan
100% lagi bagus. Kalau tak nak, cari rakan tambah modal 50% lagi terbaik, tak
melibatkan pihak kami. Kalau tak mahu khidmat kami pun tiada masalah, apa yang
di catatan ini, cuma penjelasan, penerangan dan asas, sekiranya anda mempunyai
cita cita mahukan kemewahan dari hasil jualan gubal gaharu dari pokok anda
sendiri.
Vaksin
ciptaan kami, tidak di jual secara runcit atau borong, ianya dijual bersama
khidmat inokulan yang dijalankan oleh
staf staf kami. Kami tidak melantik sesesiapa, di mana mana negeri sebagai
wakil kami. Sekiranya anda bersua yang mengaku wakil kami, kami tiada
bertanggungjawab sekiranya anda melakukan urusan, harap maklum. Anda selamat
sekira berhubung terus dengan pihak kami melalui e-mail dan mesej di facebook.
TQ.