TANGGAL
21 RAMADHAN 1433 HIJRAH
Sudah sebulan bercuti
inokulan, bagaikan 1 tahun berehat rasanya, rindu pulak pada pokok pokok
gaharu, bauan vaksin dan bunyian drill yang kebiasaanya bergema setiap pagi di
pinggiran bukit. Lebih lagi terasa jemu tiada sempat menaip catatan baru blog GOLD-FOREST
R&D GAHARU, tiada di UP kan berbulan bulan, kerana masa terhad di
kala bulan ramadhan al’mubarak ini, diwaktu pagi 5 jam khas berada dibengkel
seni kraf bagi menyiapkan pembinaan kotak kotak koloni Trigona bee (Kelulut)
untuk diternakan sebagai memenuhi masa lapang sebulan bercuti inokulan.
RESIN
, SELULOSE DAN SESGUTERPENE
Ada
yang memangginya GAHARU satu nama yang tersohor dan ada yang mengelarkannya
TERAS GAHARU, yang terhasil daripada pokok spesis family Themalaccensis ,
dengan pelbagai gelaran nama dan ada juga yang memanggilnya DAMAR.
GUBAL dan RESIN. Nama nama ini ianya, ada lah sejenis minyak
yang terdapat pada spesis ini, dikenali dengan nama saistifiknya SESGUTERPENE
dan pokok gaharu mengandungi 80% carbon ( c15-c15 ).
Antara perbezaan
spesis ini antara spesis pokok lain, Ia mengandungi cecair SESGUTERPENE
dan Carbon, manakala spesis pokok lain mengandungi TERPENOID. Pokok dari
kelompok Genus Aquilaria akan
mengeluarkan SESGUTERPENE yang banyak bila batang di sakiti atau di stresskan
melalui teknik inokulan. Sesguterpene mengandungi minyak berAROMA yang akan mengawal system pertahanan
pokok dari bahan bahan berbahaya dan beracun., ianya tak ubah berperanan
sebagai benteng pertahanan semulajadi pada semua spesis pokok gaharu.
Sebagai
contohnya, Setelah pokok ini di rawat melalui inokulan injections ( Tebukkan )
hanya Nanoteknologi yang mampu menggangulkan selulos pokok , pokok akan
bertindak dengan pantas, ianya akan mengeluarkan selulos ( ANTICELL SELULOSE ),
bertujuan mengelak, mengawal RESIN dari bahan bahan berbahaya
yang tercampur didalam cecair pengalak RESIN
( VAKSIN ) yang telah di suntik atau di tuang ke dalam batang nya.
RESIN (
SESGUTEPENE ) berbentuk cecair ianya akan membentuk sebagai DAMAR
pembeku, akan mengeluarkan AROMA bauan yang halus dan manis ini
berkumpul dibahagian pokok mengalami stress. Perbentukkan RESIN ini dapat dilihat dalam tempoh 2 minggu
dan akan matang sebagai GUBAL GAHARU dalam tempoh 2 hingga 4
tahun dari tarikh rawatan di jalankan.
Setelah tuangan Cecair
pengalak RESIN ( VAKSIN ) di lakukan , Cecair ini akan menyerap pada tisu
XILEM dan FLOEM dengan cepat.
Kerana pokok ini mengandungi carbon manakala Cecair pengalak RESIN merupakan molekul yang halus (
NANO ) dan Tisu Xilem pula bertindak sebagai pengalir penyedupan,
membawa cecair pengalak RESIN keseluruhan tisu tisu pokok,
dengan kadar 3 hingga 10 minit, ianya di sokong bersama penyerapan air yang di
sedup oleh akar akar, penyerapan vaksin akan mengalir se hingga ke dahan dahan
dan ranting pokok.
Dalam kajian University
of Mannisota mendapati bahawa semua spesis pokok gaharu boleh dirawat
melalui Nano Teknologi dan berupaya menghasilkan GUBAL sejumlah yang banyak serta berkualiti tinggi, tempoh masa 10 kali
ganda daripada penghasilan GUBAL gaharu secara semulajadi. Jika
di fikirkan secara logic dan teori nya, Gubal gaharu yang terjadi semula
semulajadi, akan terhasil bila bahagian pokok ini stress atau di bahagian
batang pokok yang terluka, berlubang dan kerjadian semulajadi.
Yang menjadi kelebihan
utama Nano Teknologi ianya mampu menggangukan SELULOSE pokok ,
bertindak sebagai ANTICELL SELULOSE
mengeluarkan RESIN melalui proses SESGUTERPENE sejumlah yang banyak.
Ini bererti Teknik Nano Teknologi terbukti mampu dan berkesan penghasilan RESIN
pada spesis pokok gaharu, Teknologi ini juga dapat dilakukan pokok berukuran
dari 40sm ke atas, bermampuan bergantung pada dos setiap jenama cecair pengalak
RESIN
yang di gunakan.
Kita dapat melihat Resin
ini membentuk setelah batang pokok gaharu di lukai, di potong dan dari kesan
kesan rekahan semulajadi, walaupun tanpa bantuan ANTICELL SELULOSE., pengeluarkan
SELULOSE
tetap akan berlaku membantu cecair RESIN berkumpul bertujuan
menyembuhkan kesan kesan luka yang dialami pada pokok gaharu, walaupun pernah
ditemui RESIN yang terbentuk dari kerjadian semulajadi ini berkualiti
tinggi tetapi jumlah RESIN yang terkumpul adalah paling
sedikit.
Cecair RESIN adalah benteng
pertahanan utama yang dimiliki oleh pokok gaharu, cecair ini akan berkumpul membuat
benteng di sekeliling bahan batang yang terluka, ianya akan berkumpul sedikit
demi sedikit, lama kelamaan ianya akan bertukar menjadi keras ( damar ) dari
berwarna merah akan bertukar kerhitaman, peranan RESIN membantu atau memahan tisu pokok dari bahagian terluka
menjadi reput.
Cecair pengalak RESIN
adalah cecair Allecgic dan inokulan ( tebukan ) berperanan sebagai permaksaan
stress, dua factor ini Allergic dan stress di lakukan untuk penghasilan RESIN
( penghasilan RESIN GAHARU
secara TEKNOLOGI ). Cecair pengalak RESIN ini diciptakan dengan
mengamalkan pengunaan teknik Inokulan injections allergic stress strain (Nano
Teknologi) dengan teknik sapuan dan tuangan dilakukan pada spesis pokok
gaharu.
Bahan larut cecair pengalak
RESIN
(MOLEKUT) yang merupakan baktiar yang halus, akan menyerap dengan
pantas ke seluruhan pokok melalui tisu tisu Xilem. Ada setengah pencipta
menambahkan dos vaksin dengan bahan bahan beracun, walaupun pada logicnya,
habitat pokok gaharu dapat menyahkan racun, tetapi kesan kesan sampingan tetap
ada. Dan satu kelebihan pokok ini, walaupun semua kulitnya di siak atau di
lukai, ianya dapat bertahan dan tiada alahan penyakit. Kerana RESIN
nya bertindak sebagai benteng pertahanan semulajadi.
Cecair pengalak RESIN
( Vaksin ) setelah dituangkan ke dalam batang pokok gaharu, akan menyerap
pantas, ianya seperti air minuman campuran bahan larut. Bahan larut yang
terkandung di dalam cecair vaksin , ramuan diperolehi daripada tumbuhan, buah
buahan dan di pasti ianya bebas daripada bahan bahan kimia Asid SENTITEK buatan
manusia, yang tidak membahayakan kepada kesihatan ..TQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan