Asalamulaikum dan selamat
sejahtera pada para para pengikut Blog
gold forest ..Sudah kian lama papan kekunci ini tiada di ketuk dan blog
gold-forest R&D Gaharu tiada sempat di Up. Terlalu sibuk dengan axtiviti
harian inokulan yang agak padat dari
awal bulan january hingga bulan april .. Terlalu banyak perkara tentang gaharu
terkumpul di dalam benak fikiran, jika tiada di catatkan .. sudah tentu kepala
jadi serabut.
Tempoh 64 hari rawatan ( Vaksin GF AisMicro )
Ideal penulisan cerita hal gaharu
tiada pernah tamat, tetap ada penemuan terbaru dari kajian, cara kerbetulan , dengan cara mencari dan melalui cerita dari
para para player gaharu. Walaupun pada asasnya .. teknik yang sama di gunakan
untuk penghasilan gaharu .. drill dan tuang vaksin .. tetapi .. penghasilan
resin antara satu pokok lain ada perbezaannya.. Drill tetap memainkan peranan
utama mendrill pokok gaharu dan yang paling penting bidang penghasilan gaharu
... Vaksin...?
Awal penglibatan saya di bidang
gaharu .. tiada punca ilmu serta maklumat tepat di perolehi, semua nya terpaksa
mengerah keringat sendiri .. para para player gaharu pula hanya menjadi orang
tengah memasarkan gaharu gaharu yang di perolehi dari hunter gaharu. Ada juga
yang sanggup menjadi Ali Baba, membawa masuk para para pendatang asing, di
hantar ke hutan belantara tujuan mencari
gaharu semulajadi... Akibatnya . pokok pokok gaharu hutan hampir pupus di
kerjakan oleh mereka ini.
Dari setiap tahun .. Era gaharu
bangkit .. sampai penghujung tahun terus jatuh pulak .. entah berapa kali
bangkit dan entah berapa kali jatuh..
tapi ada baik nya .. sekurang kurang ianya senantiasa di ingat, ada juga
pihak pihak prihatin .. menilai , beri semangat serta bantuan modal untuk
membangkit semangat, keazaman dan ada cita cita para petani menanam serta boleh
berkata .. untung sabut timbul, untung batu tengelam.. hehehehe.
Tempoh 14 hari selepas rawatan ( Vaksin AisMiro )
Tetapi Era tahun 2012 .. Tahun
amat amat mengembirakan kami di Gold-Forest R&D Gaharu, penemuan terhebat
didalam sejarah R&D vaksin ciptaan kami. Bukan kami memdabik dada
mengatakan kami yang terbaik .. tetapi ini ada realiti bagi kami dan berita
yang amat mengembirakan para pelabur inokulan, yang berurusan dengan kami ..
sama sama akan dapat merasai , serta berpeluang mengunakan cecair pengalak
resin ciptaan kami pada pokok gaharu liar dan pokok pokok yang mereka beli
melalui kami.
Kemampuan serta berkesanan Vaksin
ini telah terbukti .. jika di bandingkan jalinan resin melalui vaksin vaksin
yang di import sebelum ini .. ianya bergitu jauh perbezaan .. cepat menyerap,
Dos yang stabil, 100% bebas dari bahan kimia .. ramuan adalah dari bahan
tumbuhan, serta bahan bahan yang bersih dan terpilih .. ianya tetap keadah
Nanoteknologi .. dan kami nama kan vaksin ciptaan kami 100% ini .. GF AisMicro
.
Jika nak dapatkan sagu .. ruyung
wajip di pecahkan .. itu lah kami di Gold-Forest R&D Gaharu .. tiada mahu
meninggi diri .. sekadar berusaha untuk mahukan yang terbaik di bidang ciptaan,
inokulan serta penghasilan resin pada pokok gaharu secara betul betul pantas.
Walaupun kami sedar selama ini .. bergitu lama mengambil masa mencipta vaksin
.. kerana kesabaran, kersungguhan dan rela laburkan wang ringgit semata mata
minat bergitu mendalam pada industri gaharu.
Setiap kali inokulan di jalankan
, kajian teknik inokulan di perbarui bergitu juga bahan campuran vaksin di
upgrade kan .. untuk menilai dos vaksin mana yang paling cepat berkesan..
tujuan kajian ini di lakukan tiada bertujuan lain .. untuk mempercepatkan
tuaian .. Kami tiada mahu mengira kos yang terpaksa di keluarkan .. janji
keputusan terbaik yang di utamakan.. Dos Vaksin mana yang terbaik .. itu vaksin
yang akan di kongsi bersama sama para para pelabur, penanam kontrak, para
pembeli serta para para pengusaha yang berurusan dengan pihak Gold-Forest
R&D Gaharu.
Sebagai urusniaga inokulan pihak
kami tiada berkali kali ada niat vaksin ciptaan kami di niagakan, ianya tetap
menjadi ciptaan terpelihara .. Vaksin cipta Gold-Forest di niagakan bersama
sama khidmat inokulan .. Pihak kami bertanggungjawab penuh , memantau, test
resin mana mana pokok gaharu pemilik yang berurusan dengan kami.. dan mahu
mengelak sekiranya vaksin ini di urusniaga tentu sebarang permasalahan yang
timbul .. iaitu dos nya di tambah atau di campur.
Percubaan dan percubaan yang
telah kami lakukan .. sebelum ini , banyak pokok pokok gaharu liar telah kami
rawat dengan mengunakan vaksin yang dibeli dari negara jiran .. Keputusannya ..
ada pokok menerima tuangan vaksin tersebut .. mengalami stress yang terlampau..
ianya terjadi pada pokok berukuran lilitan 80CM ke bawah.. tetapi bila tuangan
pada pokok berukuran 100CM keatas .. kesan injection akan sembuh .. ini
membuktikan vaksin yang di import ini .. tiada memberikan stress pada pokok
berukuran ini.
Tempoh 18 bulan Vaksin import yg di upgrade
Tempoh 18 bulan Vaksin import yg di upgrade
Ada banyak kermusykilan yang
bermain di benak fikiran saya tentang vaksin import ini .. kermungkin besar ,
sebelum di pasarkan .. dos telah di kurangkan untuk mendapat keuntungan yang
lebih atau ianya di lakukan oleh para para pengedar, ejen ejen pengeluar vaksin
ini. Atau kemungkinan juga vaksin ini tiada serasi , kurang memberi kesan pada
pokok pokok gaharu liar yang tumbuh di muka bumi Malaysia atau teknik teknik inokulan ada perbezaan
dengan para inokulan negara jiran.
Sebagai pengusaha di bidang ini
.. kami mahukan kerpuasan, kersempurnaan dan mahu lebih berjaya dari hari hari
sebelumnya .. walaupun pada asasnya kami dah boleh tersenyum, sudah boleh di
cap berjaya .. tetapi .. kepuasan hakiki belum lagi dapat menceriakan hati kami
.. Saya sebagai pengasas Gold-Forest R&D Gaharu dan orang yang
bertanggungjawab mencipta Vaksin GF AisMicro .. Dari suara hati saya luahkan ..
saya masih mengkaji bahan bahan lain untuk mengupgradekan vaksin khas untuk
para para pengusaha di Malaysia.
Tempoh rawatan 3 bulan ( Vaksin GF AisMicro )
Tempoh rawatan 3 bulan ( Vaksin GF AisMicro )
Saya amat amat berterima kasih
pada semua Staff staff, Para para pengusaha, Para para Pelabur, pemilik pemilik
pokok ,semua Ahli ROYAL AGARWOOD oup, Gold-Forest R&D Gaharu di Facebook
dan orang orang perseorangan yang senantiasa memberi semangat jitu pada saya
untuk memamtapkan lagi Vaksin Ciptaan Saya .. Tanpa Anda , siapa lah Saya.. TQ
You All.
W.salam.
di mana boleh saya dapat vaksin ini.tq
BalasPadamDapat Khidmat kami, pihak tuan dapat mencuba vaksin ciptaan kami, Vaksin nie tiada dipasarkan dan di jual secara runcit.
BalasPadam