8hb.feb.2016, (5.00PM) Menerima kunjungan tetamu, beramah mesra dan
jalinkan silaturrahim. Kita luangkan masa walaupun jadual penuh, kebetulan
keadaan cuaca tak menentu, Orang tua-tua berkata, hujan menyambut tahun baru
Cina (Happy Chinese New Year) kebiasaannya hujan, tetapi, setengah Negeri pula
dilanda air pasang besar. Berpeluh-peluh bila diajukan pelbagai-bagai soalan
tentang gaharu micrologi, masakan tak berpeluh, kita nie bukannya orang bijak
pandai tentang gaharu, cuma pandai pada diri sendiri jer (kikikiki.. tu pun
perasan) dan bukan antara pengiat yang tersohor, tiada tercatat pun dalam
senarai salah seorang dikalangan yang pengiat berjaya.
Kita tinggal kejap tentang mengenal spesies-spesies gaharu, boring juga
tiap-tiap bulan belajar mengenal spesies-spesies, seperti budak sekolah kelas tadika
hari-hari belajar A B C dan 1 2 3 jer.. kikikiki. Kemungkinan juga topic yang
saya catatan kali ini, jarang-jarang di ketahui atau sengaja sembunyikan dari
pengetahuan umum atau sememangnya tiada sesiapa mahu mengkajinya dan
kemungkinan ianya terlalu sukar untuk mengkaji kerana ada beberapa sebab
tertentu atau memerlukan kos-kos yang amat tinggi dan yang pastinya boleh di
anggap merugikan.
Pembentukan setelah inokulasi 6 bulan
Kajian ini memerlukan pokok-pokok kajian sejumlah yang agak besar dan
yang pasti melibatkan kos lain iaitu vaksin pembentukan gaharu, pokok-pokok
berusia dari 4 tahun hingga puluhan tahun. Sebagai pecipta vaksin, sudah
menjadi satu kewajipan menjalankan kajian demi kajian untuk menilai penyerapan
cecair yang di cipta, berkesanan, keserasian dan ketebalan “agar” (gaharu atau
damar). Ianya akan direkodkan, tempoh masa sejumlah vaksin yang di tentukan
habis diserap dan keluasan dan berapa kedalaman injections yang diperlukan
mengikut ukuran lilitan pokok-pokok yang akan dilakukan sebagai kajian.
Persedian Awal gunapakai Teknik Infuse.
1. Mata
Gerudi (3/8)
2. PVC
(Tujuan Pengalir cecair)
3. Botol muatan
cecair pembentukan gaharu (500ml)
4. Dawai
(Pengantungan botol-botol isian cecair)
5. Bamboo
stick telah direndam bersama cecair (Sebagai Penutup lubang)
6. Tebukan
45 darjah
7. Dalaman
mengerudi (6cm – 10sm mengikut ukuran pokok).
Rajah 1:- Proses Pembentukan gaharu
Faktor utama pembentukan gaharu ialah keserasian vaksin dan teknik
penginokulasian (boleh dianggap patologi), kedua ini adalah satu factor
terpenting dalam pebentukan gaharu micrologi. Adakala saya berurusan antara
pengusaha “saya mahu inokulasi pokok sejumlah ini dan kosnya sejumlah ini”.
Bila mahu jimatkan kos, maka hasilnya pasti tidak akan memuaskan hati, gaharu
pasti tidak terbentuk sepenuhnya, yang banyak saya temui gaharu hanya terhasil
pada batang dan vaksin yang dituang hanya menyerap di bahagian keakhir setinggi
3 kaki, penyerapan tidak sampai ke cawangan dahan.
Tempoh 3 bulan selepas inokulasi dilakukan.
Pengelaman pengiat gaharu veteran, mereka mengenalpasti bagaimana
keadaan pokok-pokok yang telah membentuk gaharu atau tempat-tempat gaharu
terbentuk. Saya bukan nak rendah-rendahkan pengetahuan pengiat baru gaharu,
tetapi, mereka cuma pandai memusnahkan gaharu serta pokok–pokok gaharu mengikut
andaian tersendiri. Setelah anda lakukan penginokulasian, gaharu bukan
terbentuk pada lapisan kulit atau kedalaman ½ inci pada batang (mengikut berapa
dalaman injections dan teknik penginokulasian dan ukuran pokok) serta aliran
cecair lakukan penyerapan mengikut tisu-tisu kayu menyerap sehingga vaksin yang
di sediakan kehabisan yang dibantu oleh air yang sedup oleh akar.
Mengapa gaharu terbentuk dari batang sampai ke ranting..?. Jawapan saya
“jangan jimatkan Vaksin ?”. Pernah saya temui dan bertanya bagaimana pokok
gaharu membentuk gaharu hingga ke ranting, bila saya teliti dan berusaha dapat
maklumat tepat, sah lah persoalan yang bermain difikiran saya terjawab. Pokok
berukuran 20 inci, ketinggian 16 kaki, bila saya amati, lubang-lubang
injections mengikut jarak yang betul, 3 kaki dari pangkal di selang 2½ kaki keatas,
sejumlah 6 lubang kesan gerudi, jawapannya jumlah vaksin digunapakai 3 liter (500ml
setiap 1 lubang).
Rajah 2:- Jarak mengerudi pokok ukuran 6osm
Bagaimana pula pokok yang berukuran 34 inci (87 sm, kebanyakannya pokok
yang ditanam berusia 8 hingga 10 tahun) anggaran ketinggiannya 25 kaki, berapa liter
jumlah vaksin diperlukan dan berapa lubang mengerudi akan dilakukan..?. Bila
ukuran lilit pokok makin besar, makin banyaklah jumlah liter vaksin digunapakai
walaupun 500ml setiap lubang injections dituang (ada yang gunapakai 1liter
selubang), lebih-lebih lagi pokok gaharu berukuran 80 inci teratas, “garu
kepala kau..kikikiki”. Disini lah berlaku silap fahaman atau silap pengiraan sekadar
memandai dengan sedikit tuangan vaksin, inokulasi dibahagian pangkal sahaja
untuk jimatkan kos vaksin. “Mampukah pembentukan gaharu membentuk sejumlah 1
liter vaksin (1 lubang) dan sampai berapa kaki penyerapan akan berlaku?”.
Rajah 4:- Jarak mengerudi pokok berukuran
34sm.
Untuk pembentukan gaharu hingga keranting
Ok, kita kembali kepada pokok ukuran lilitan 34 inci, ketinggian 25
kaki jumlah liter vaksin diperlukan dan jumlah lubang injections. Dengan jarak
bahagian (inokulasi kiri dan kanan untuk pokok 34 inci) kiri, jarak dari pangkal 3 kaki di selang
jarak 3 kaki hingga ke batang yang berdahan sejumlah 15 lubang dan manakala
disebelah kanan pula, lubang injections bermula 4 kaki ½ di ikut jarak selang 3
kaki ke atas, jumlah 15 lubang injections, setiap botol vaksin berisian cecair
500ml, jumlah keseluruhannya 30 lubang injections dan persediaan 15 liter
vaksin diperlukan.
Tempoh 6 bulan sukatan vaksin 500ml
(pembentukan 48 inci panjang).
“Bagamana keadaan pokok, kan 15 liter tuangan vaksin, banyak tu, tak
mati ke.?”. Ini giliran saya pula bertanya pada anda..” Kita mahu gaharu ke
atau nak biarkan pokok bergitu jer tanpa menghasilkan gaharu, Apa dia yang
dikatakan patologi”? Pokok gaharu menghasilkan gaharu melalui pembentukan
kerana tercedera, dicederakan dan kawasan tercedera ini dijangkiti oleh fungus.
Jika setitis bacteria fungus di suntik pada batang pokok gaharu, mampu kah
sejumlah hanya setitis bacteria fungus menyerap keseluruhan dalaman pokok,
tentu mustahil kan ?.
GFV Fungus :- Bakteria Pembentukan Gaharu.
Kematian pokok bergantung pada bahan-bahan larut yang terkandung pada
cecair pembentukan gaharu yang anda gunapakai, sekiranya mengandungi
bahan-bahan berkimia atau dicampur racun tumbuhan. Ada pendapat mengatakan,
pokok yang mati akan terhasil pembentukan gaharu, tetapi, saya menyangkal
pendapat ini, kerana terbukti, sejumlah besar yang saya telah temui pokok-pokok
yang mati akibat inokulasi kesemuanya gagal membentukan gaharu. Peranan
Keserasian cecair pembentukan gaharu, cuma mencederakan, mematikan sel-sel tisu
pokok disekitar aliran penyerapannya tetapi tidak membunuh dan mematikan
sel-sel keseluruhan pokok.
Tempoh 4 bulan sukatan vaksin 200ml
(pembentukan 12 inci panjang)
Dari kajian tempoh penyerapan, stress dan allergic saya mengunapakai
cecair (GFV FUNGUS) pembentukan gaharu ciptaan sendiri, dengan sukatan isian
200ml, penyerapan 200ml kehabisan setelah 3 hari, penyerapan sepanjang 12 inci
(6 inci kebawah lubang injections dan 6 inci keatas). Saya lakukan penilaian
dengan isian muatan 500ml, penyerapan ianya berlaku selama 7 – 9 hari,
penyerapan sepanjang 36 inci, dilakukan pada pokok berukuran lilit 60sm (24
inci lebih kurang). Pada pokok berukuran lebih dari 60sm, saya tetap amalkan
muatan isian yang sama iaitu 500ml, jarak injentios 2 kaki ½ secara selang.
Contoh Pembentukan gaharu Micrologi setelah dii inokulasi tempoh masa 4
hingga 6 bulan.
Saya menilai dari hasil keputusan laporan kajian sendiri, saya lakukan kajian
bagaimana keputusan kesesuaian, keserasian, factor-faktor berkaitan berkesanan
Cecair (GFV FUNGUS), bagi pastikan sukatan tepat yang diperlukan, bagaimana
hasil pembentukannya, tempoh masa penyerapan dan bagaimana hasil pembentukan
gaharu dari bulan ke bulan. Kita pengusaha adalah wajib mengetahui perkembangan
kajian hasil vaksin ciptaan, factor-faktor fungus mencederakan tisu-tisu,
bagaimana pengawal selia (resin/damar/agar) pokok gaharu bertindakbalas
membentuk sebagai benting menahan serangan bakteria fungus.
Setelah 1 minggu tempoh inokulasi, 500ml cecair dikhaskan kering
setelah penyerapan berlaku.
Ulasan penutup catatan saya terbikan yang ketiga pada tahun 2016 ini,
Untuk penghasilan pembentukan gaharu memerlukan kos modal yang amat besar dan
bukan boleh dianggap sebagai satu hobi. Gaharu Micrologi adalah satu bidang
pelaburan besar walaupun dianggap satu pelaburan pulangan jangka masa
sederhana. Ianya agak rumit untuk menentukan pulangan besar tidak seperti kita
drafkan dikertas A4. Para-para pengusaha yang cekal berladang gaharu, mempunyai
keazaman, memerlukan kos modal yang besar, mempunyai keberanian, keyakinan
diri, kesabaran, memahami halatuju dan bergantung harap 100% pada pembentukan
terhasil melalui teknik inokulasi. Yang penting, ada kemahuan di situ ada jalan,
tepuk dada tanya poket anda. TQ.