Kadang-kadang
saya bagaikan mengajak anda, supaya menghayati semasa membaca catatan blog
gaharu saya, yang saya gambarkan anda umpama berada dibawah pokok gaharu, seboleh-boleh anda dapat bayangkan, bagaimana
kerja-kerja penginokulasian yang kami lakukan, bagaimana perasan anda ketika
berada diatas pokok big size ketinggian
40 kaki bersama drill ditangan, bagaimana rasa kepenatan dialami ketika
mengangkut peralatan inokulasi. Meredah hutan dan mendaki bukit-bukit dan bagaimana
rasa kepuasan hati setelah tempoh 3 bulan inokulasi dilakukan.
Setelah
beberapa catatan topic saya terbikan mengenai furgus, patologi, bioteknologi,
microbiologi, oleoresin dan sesquiterpenes biosintesis, tujuan saya, mahu
mendedahkan ungkapan-ungkapan, istilah-istelah mengikut perkataan dari
saintifik, kerana saya melibatkan diri dibidang ini, atau di bidang gaharu
teknologi dan bukan gaharu semulajadi, tetapi bukan ertinya saya bukan pandang
ringan terhadap gaharu semulajadi, kerana kesukaran memperolehi gaharu
semulajadi, jalan pintasnya saya bergiat aktif di bidang gaharu teknologi.
Aquilaria
Malaccensis Lamk (atau karas, gaharu atau Depu gajah, family Thymalacceaceae)
mampu menghasilkan oleoresin wangi berkayu dikenali “agar” (agarwood /gaharu)
setaraf gred kainan. Agar di anggap sebagai produk yang patologi hasilkan oleh
serangan fungus-fungus mereput kayu, oleoresin bertindak sebagai pengawal
selia. (Bhattacharyya 1952 / Tamuli 2000). Antara spesis fungus berbeza yang
berkaitan dengan zon agar, boleh mempamerkan patologenesis manakala yang lain
seolah-olah saprophytic, salah satu penyakit dari gejala-gejala serangan fungus
secara tiada serata di tisu-tisu pokok terluka atau di lukai.
Perubahan
dalam cellulolytic dan pectinolytic aktiviti patogenesis telah dilaporkan
(Prassad 1988 & Reddy1988). Peninggkatan dalam Proxidase oksidase aktiviti
dalam tisu tumbuhan pelbagai jangkitan berikut oleh pelbagai pathogen telah
dilaporkan oleh pengkaji (Loebenstein & Linsey 1961 :/ Addy & Goodman
1972). Kajian kini telah dijalankan untuk mengkaji perubahan selulase,
pectinase, Proxidase dan Polifenol oksidase aktiviti semasa Pathogenesis
didalam gaharu Inokulasi melalui suntikan pencilan furgus-furgus terpencil
antaranya (Chaetomium globosum kunze dan Fusarium oxysporum shiecht) Di suntik
kedalam kombinasi yang sihat, bertujuan merangsang pembiakan fungus didalam
batang pokok.
Aktiviti
enzim diukur dalam keadaan sihat , secara semulajadi dan buatan dijangkiti
disuntik sampel-sampel tumbuhan, cara selang dari 10, 20, 30 dan 40 hari
selepas tempoh inokulasi. Tujuan nya untuk anggaran aktiviti selulase dan
Aktiviti mengikut kaedah penyelesaian dan aktiviti khusus telah gunapakai
sebagai kajian (Verma & Singh 1975). Manakala aktiviti Pectinase campuran
tindak balas daripada 1 pertin dam 1ml enymemeng ekstrak. (Dubey & Mathur
1975).
Satu
unit aktiviti enzim dinyatakan kehilangan 1% daripada kepekatan 30 min, Proxidase
telah diekstrak melalui keadah oleh 3 pengkaji (Chakravarti & Nadi 1978 dan Purohit 1979). Aktiviti polifenol oksidase kaedah yang
ditemui oleh Purohit 1979 menentukan catechol adalah digunakan sebagai substrat
dan pectinase aktiviti. Aktiviti maksimum enzim ini direkodkan dalam tumbuhan
20 hari selepas inokulasi, bagaimana pun berkurangan 40 hari, Aktiviti tertentu
celluase dan pectinase adalah paling tinggi berada di dalam kayu semula jadi
yang di jangkiti, berbanding dari kayu sihat.
Aktiviti
Proxidase dalam sampel yang sihat kekal tidak berubah 40 hari pengeraman.
Aktiviti tertentu 0.077 dicatatkan pada kayu semula jadi yang telah dijangkiti
dan 0.052 ditemui didalam kayu sihat. Aktiviti oxidase polifenol ditemui
didalam sampel kayu sihat, tidak mempunyai peningkatan yang ketara sepanjang
pengeraman, walau bagaimana pun, peningkatan besar dalam sampel polifenol
aktiviti oxidase memingkat semasa proses pengeraman.
Aktiviti
tertentu adalah maksimum 0,119 didalam kayu yang dijangkiti dan berada didalam
kayu sihat 0,054, kajian semua siasatan menunjukan aktiviti semua enzim ke 20 hari
proses pengeraman, makalala pada hari ke 30 hingga ke 40 hari pengeraman,
aktiviti-aktiviti kedua-dua enzim berkurangan. Oleh itu, selulase yang lebih
tinggi dan aktiviti pectinase diperhatikan yang dijangkiti pada kayu,
kemungkinan bertanggungjawab tiada serata pada tisu kayu yang membawa kepada
penjajahan pathogen dan perubahan didalam benih enzim. (Prasad 1988).
Pelbagai-bagai
kajian mendapati aktiviti enzim pectolytic dan cellulolytic dipertingkatkan
kerana pengaruh Aspergillus Flavus, dicadangkan, bahawa lebih tinggi peratus
daripada enzim pectolytic dan cellulolytic digunakan sebagai alat untuk penembusan
fungus, kerana enzim bertanggungjawab mampu merosakan sel, peningkatan ini
aktiviti enzim didalam tisu-tisu berbanding tisu yang sihat, disebabkan
aktiviti pathogen, aktiviti Proxidane dan polifenoloxidase sama-sama meningkat
bersama melalui proses pengeraman dalam tempoh rawatan. (Reddy 1988)
Bagaimana
pun. Aktiviti memaksimumkan enzim, telah direkodkan sebagai sample semulajadi
dijangkiti dan sample sihat. Proxidase dan Polifenol aktiviti oxidase berada
didalam daun-daun yang disuntik dengan Erwiniaa mylovora yang telah dikaji oleh
Addy & Goodman 1972. Melalui hujah yang dinyatakan dari kajian ini,
peningkatan aktiviti kedua-dua enzim ini setelah disuntik meninggalkan kesan
sebagai pengawal, mencadangkan lebih tinggi pengunaan proxidase pada
tumbuh-tumbuhan dijangkiti, kemungkinan terjadi akibat kerosakan lebih besar
karbohidrat melalui monophosphate, fenolik sebatian dihasilkan yang dioksidase
(H202) untuk mengatasi Pathogen. ( Loebenstein & Linsey 1980).
Para-para
pengkaji sependapat produk yang utama menghasilkan gaharu disebabkan patologi
yang ditubuhkan akibat jangkitan fungus, tetapi , tiada peranan utama mana-mana
fungus tertentu tiada berkaitan dalam pembentukan (oleoresin) gaharu, ada yang
mengatakan gaharu terbentuk oleh pokok sebagai tindak balas kepada kecenderaan (Jamaluddin 1977, Rahman & Khisa 1984,
Gibson 1877 dan Chalempongse 1990).
Kita
ubah istilah daripada gaharu terhasil kerana di sakiti, kepada kayu dijangkiti
(fungus) terhasil daripada aktiviti mikrod dan patologi, tiada siapa nak marah
pun, kita ubah istilah tu, memang betul pun, mengikut laporan serta kajian pengkaji-pengkaji
sebelum ini , sebulat suara mengatakan gaharu terhasil daripada hasil
jangkitan, berulang-ulang kali, berlambak-lambak aktikel catatan laporan dari
kaji selidik mereka menyentuh tentang bagaimana kayu di jangkiti menghasilkan
gaharu, tetapi masih ada percanggahan teori serta pendapat tentang pembiakan
berkaitan fungus , walau pun kajian telah dilakukan berabad-abad lamanya.
Saya
sentiasa semak dan teliti laporan-[aporan daripada para-para pengkaji serta
saintis penyelidikan tentang furgus, patologi dan aktiviti mikrod yang telah
dikaji sebelum ini. Walaupun banyak pencanggahan pendapat tentang mana-mana
furgus yang mampu menghasilkan gaharu atau tidak ada temuan tepat atau tiada penemuan fungus tertentu mampu menghasilkan
gaharu. Dari melalui kajian-kajian
lampau, terbukti, gaharu terhasil melalui proses kereputan, tercedera dan
dicederakan, berlaku kerana jangkitan pembiakan
furgus, dikawasan tercedera dan terdedah pada udara, air hujan dan serangan serangga.
TQ.