Sesuatu yang kita mahu
usahakan, wajib bermula dengan minat yang pasti mempunyai asas ilmu pengetahuan
dalam satu-satu bidang yang ingin kita ceburi, wajib ada kemahuan , kesungguhan, ada keazaman, jatidiri dan
peruntukan modal secukup-cukupnya. Sekiranya kita andaikan, semua ini tiada di
perlukan, bererti tak ubah Si Mat Jenin sentiasa di buai dengan angan-angannya
sendiri.
Seandainya kita hanya
bergantung harap pada ikhsan, subsidi, bantuan moral dan segala bentuk bantuan,
kita cuma mampu lakukan separuh jalan, kerana di hati kita serta niat kita,
semuanya berharap pada sokongan, Kita tiada berani memecah ruyung untuk
mendapat sagunya, Kita hanya mampu memuteh mata dari mengengam kejayaan, kita
terus ketinggalan, kerana anggapan kita bergitu sukar untuk kita mulakan
sesuatu ideal yang Allah anugerah dan kita tidak sanggup berusaha upgrade apa
yang telah di miliki.
Tanam pokok gaharu tiada
noktahnya sekiranya rawatan atau inokulasi tidak dilakukan, orang kata “ tanam
tanpa ada halatuju”, lebih baik tanam sahaja pokok getah serta pokok
buah-buahan, 10 tahun pasti boleh mendapat hasil, walaupun pulangan tiada
seberapa. “Itu lah kau, orang suruh tanam gaharu, kau tanam, tanam sebuta tuli,
pokok getah yang orang lain tanam, dah dapat hasil, kau ..? kau tanam pokok
gaharu berusia 10 tahun juga, dah lah menyemak kat ladang, ada yang tumbang di
pukul ribut, ada yang mati beragam, tetapi,
tiap-tiap tahun mengeluarkan buah, orang tanam pokok rambutan boleh
makan buah, yang kau nak makan buah gaharu, apa ke jadahnya.” Kikikiki..
Seindah mana gambaran yang
digambarkan tentang gaharu, jadi jutawan ke, hartawan ke, tiada wang ke..? Tak
payah-payah buat sakit kepala mahu memikir, fikir satu perkara “ kita berusaha,
tentu ada ganjaran walaupun sedikit tetapi mesti ikut caranya”. Jika kita
dimainkan perasan tamak, tidak berpuas hati apa yang berlaku, dan soalan-soalan
dimana mahu jualkan hasilnya nanti, padahal satu pokok tiada, semua ini akan
menambah buntu fikiran dan segala
persoalan tiada akan terjawab. Bergitu lah seperti saya katakan, ilmu adalah
asas segala-galanya, maka terjawablah segala persoalan-soalan yang sering
bermain di fikiran kita.. betul ke salah..? Kau fikir lah sendiri.
Sekiranya saya ciplak artikel
dari website atau blog pengiat gaharu lain, kemungkinan saya dicop dengki,
irihati atau pun, tentu ada mengatakan saya cemburu, lebih lagi bila saya turunmuat
di blog gaharu saya, sudah pasti di katakan saya hanya pandai copy paste.
Dengan sedemikian saya lebih gemar catat apa yang telah saya lalui atau dari
pengelaman peribadi yang saya lalui setiap hari sebagai pengiat, pengusaha,
pengurusan ladang, pembekal benih, kontrak perladangan, penginokulasian dan
bagaimana pengelaman pahit manis terpaksa ikut perut semasa mengkaji formula
ramuan menciipta vaksin pada awal saya namakan AIS (Allergic Inoculations Stress ) yang telah di upgrade
berkali-kali, terhasil lah GFV ( GOLD FOREST VAKSIN)
Seawalnya saya di ketawakan
kerana terlepas cakap, ingatkan kawan boleh beri galakan, rupa-rupanya tersalah
anggapan “ Tiada berjayanya cipta
vaksin, bukannya ada kepakaran, bukannya ada kawan , duit satu sen pun tak ada,
ada hati nak mulakan kajian, ilmu hanya sejengkal, cipta vaksin menghasilkan
gaharu sendiri, kita tengok nanti tiada berjayanya hahahaha..” itu kata-kata
semangat yang saya terima, yang masih bermain-main difikiran saya. Bagi
melepaskan geram serta beli hati sendiri terkeluar juga kata-kata..” Kau ingat
ilmu nie, hak milik kekal seseorang ke, ilmu tiada datang kecuali berusaha
mendapatnya, ilmu bukan dapat di lihat, lagikan belakang parang di asah
hari-hari akan tajam .. Pandangan kau tu boss, itu lah pegangan seorang yang
bodoh seperti kamu yang tiada halatuju.. kikikiki..” Bila vaksin ciptaan saya
terhasil menghasilkan gaharu, setiap kali bertemu buat-buat tak nampak, dia
tetap bertanya perkembangan vaksin ciptaan saya melalui staf-staf saya, tetapi
sentiasa menafikan hasil penghasilan dari gaharu terbentuk dari titisan Vaksin
saya, kikikiki.. dia mahu beli hati nya sendiri, kerana terlampau cemburu.
Kita pun tahu, ilmu bukan
milik peribadi seseorang, sesiapa yang ada kemahuan, keinginan, mahu berubah
dan rajin berusaha, ia akan memiliki, setiap kegagalan juga ilmu, habis tu, apa
nak di risaukan.?. Bergitu juga dengan rezeki, tetap datang melalui usaha,
walaupun 1 sen kita perolehi, itu juga adalah rezeki. Pelbagai cara untuk
mendapat rezeki, menerima ilmu juga rezeki, tak kira lah apa-apa perkerjaan
ianya punca rezeki, sedikit sebanyak yang diperolehi, ianya tak dapat di elakkan
mengikut kelayakan seseorang.
Bergitu juga menghasilkan
gaharu melalui teknologi, walaupun kita mengikut factor yang betul, mengikut
ilmu yang kita ada, vaksin terbaik, teknik inokulasi dari pengelaman kita telah
lalui, penghasilan gaharu tiada mampu kita janjikan ianya menjadi 100%, tidak
dapat kita katakan semuanya akan terhasil. Kadang-kadang 1 pokok terhasil
gaharu, adakala tempat-tempat tetentu sahaja terhasil, banyak factor lain kena
ambil kira, termasuk keadaan pokok, factor penyerapan air melalui akar,
jangkitan furgus tidak seberapa, titisan, penyerapan vaksin tiada serata,
ukuran jarak inokulasi juga memainkan peranan penting dan dos bacuhan vaksin
dan semua kejadian bukan dari kita, hak MAHA PECIPTA, walaupun hebat vaksin
ciptaan kita, kalau tiada rezeki semuanya tiada terhasil,tetapi, bila
ditentukan rezeki kita, inokulasi mengunakan air kosong pun terhasil gaharu.
Untuk mengenal pasti
berkesanan vaksin serta penyerapan vaksin pada pokok yang ditanam dan pokok
gaharu liar, saya lakukan kajian berterusan, pokok sendiri sebagai percubaan,
menguji dos, penyerapan, ketahanan pokok, kesuburan pokok, jalinan resin,
bagaimana pokok menjadi stress, berapa lama mengalami allergic, berapa lama
pokok bertindak menyerap cecair vaksin dan ketebalan gaharu. Maka, jumlah
bergitu besar pokok percubaan menjadi sasaran. Kikikiki.. ada yang
berlubang-lubang tetapi tetap subur, tetap menghasilkan gaharu. Pellbagai-bagai
teknik inokulasi percubaan di lakukan pada satu pokok, daripada bamboo stick,
ICU, sapuan, sanggup mengali akar, kerat dahan, tuang vaksin hingga ke teknik
Infuse pada pokok gaharu pelbagai spesis, yang paling penting, adalah keputusan
yang mana yang terbaik yang serasi dengan vaksin ciptaan sendiri.
Bukan saya mahu
menunjuk-nunjuk apa yang telah saya lakukan, tetapi ini ada satu kajian yang
harus didedahkan, bagaimana saya berusaha sehingga 1800 pokok gaharu pelbagai
size hak milik sendiri dan pelbagai spesis telah saya inokulasi dari masa kemasa,
tiada pernah merasa jemu.. mengapa saya bergitu yakin..?. Jika vaksin ciptaan tiada
mampu menghasilkan gaharu, buat apa habiskan duit melabur pada 1800 pokok dan
perladangan gaharu puluhan ribu pokok, ianya bukan jumlah yang sedikit terpaksa
mengeluarkan kos modal dari gaji staf, beli kelengkapan, kos pengurusan
satu-satu projek inokulasi dan kos bahan-bahan ramuan vaksin. Mengapa saya
berani mengeluarkan semua kos bergitu besar..? Tentu anda telah temui
jawabannya, dari soalan saya, betul kan.? TQ.