Terbik catatan blog gaharu sudah tak mengira jadual seperti
biasa, waktu seakan-akan bergitu cemburu, awal pagi telah berada di tapak
ladang baru, mengejar musin terkujuh akan menjelma tak mengira, kita bersedia
atau tidak untuk menghadapinya. Kerja kerja memotong batang-batang pokok kayu
hutan yang berselerakkan setelah selesai kerja dilakukan melalui khidmat
jentera jentolak, setelah siap di kerat
dan dipotong, harus dikumpulkan untuk proses pengeringan bagi proses terakhir
pembakaran, semuga ALLAH permudahkan segala-gala urusan hingga semuanya proses
pembersihan dapat di selesaikan mengikut jadual.. Insyaallah.
Bukan ada niat saya mahu menunjuk-nunjukan kemampuan, agar
di cop sebagai salah seorang pengiat tegal kegaharuan yang cekal berusaha, bagi
saya, ini semua adalah planning, tagged serta kerjaya sebagai seorang yang
telah lama berkecimpung di sesuatu bidang kerjaya. Inginkan perubahan dari masa
kemasa, tanpa ada rasa jemu, tanpa ada putus asa walaupun pelbagai-bagai permasalahan
sekitaran, permasalahan kewangan serta permasalahan bantuan menyiapkan
kerja-kerja perladangan, sekurang-kurangnya dari catatan pengelaman yang saya
terbikan, dapat juga membantu para-para bakal pengusaha, mencari maklumat serta
paduan bagi memulakan kerjaya gila-gila ini.. kikikikikiki.
Seakan-akan saya bergitu ingin buktikan apa yang telah saya
usahakan ini bukan usaha sia-sia, ada noktahnya, pada si pematah semangat, pada
pengkomen serta pada yang memberi pendapat ikut sedap mulut .. kikikiki .. Engkau
jangan pula pulak melatah..!!!. Saya tak akan pandang serta thilang rasa hormat
pada si mudah patah semangat, yang tiada berani berusaha atau pada yang mahu
melihat kegagalan orang lain. tetapi, bagaikan semua catatan blog gaharu saya
tujukan pada si dengki dengan kejayaan orang lain, yang betul-betul menyakini
bahawa berusaha itu adalah punca utama mecapai sesuatu kerjayaan dan semuanya
ini bukan perkara mustahil, Cuma sesorangan ada sifat keberanian berusaha
sahaja yang berhak menikmati kejayaan.
“ Bagitahu kat abang tu, tak payah tanan pokok gaharu, kawan
saya ada sebesar empat pemeluk, tiada siapa mahu beli..”. Salah seorang kenalan
berpesan secara mulut ke mulut supaya sampaikan kepada saya. Kikiikiki.. ini
yang membuat saya tergelak, itu pun belum saya tujukan beberapa soalan tentang
gaharu. “ Adakah anda mahu berhenti atau was-was dengan apa yang telah di-usaha
bertahun-tahun..?” Bergitu sifat-sifat
siketam, ianya tak menyedar diri sendiri berjalan tiada betul, mahu pula mengajar
anaknya berjalan betul, maaf, saya bukan mahu merendah-rendah diri seseorang,
tetapi ini adalah kerjaya hak peribadi kita dan tiada sesesiapa pun tiada dapat
maklumat tepat dari apa orang lain lakukan, apa tujuan dan arah mana hala
tujuannya.
Saya memang dilahir bersifat keras kepala, susah mahu
mendengar teguran serta nasihat orang lain, kikikikiki.. jika ada yang ingin
nasihatkan saya, “supaya jangan tanam pokok gaharu”, sila beri hujah daripada
kajian sendiri tentang gaharu, jangan sesekali hujah yang di perolehi dari
mulut ke mulut, kikikikiki.. jika hujah dari kajian sendiri, itu pun kena
banyak menjawab juga, kena ready betu-betull jawapan tepat nanti, sebabnya,
nasihat serta pendapat anda berikan telah terlewat, kerana saya telah bergelar
pengusaha, penginokulasian serta hampir meletakan diri 100 peratus status
usahawan gaharu teknologi, ini bukan bererti saya memandang rendah pada
seseorang, ini adalah kebenaran kerana saya ada halatuju sendiri. Luangkan masa
kejap, kita sama-sama renung bagaimana sifat anai-anai membina busut, tak
mengira waktu, berkerja terus berkerja, dari tapak yang rata akhirnya terbina
sebuah istana.
Sebagai pengusaha serta berurusniaga di bidang ini,
sebenarnya tiada niat nak pelawa, menyuruh atau beri pendapat pada sesiapa
supaya sertai serta ikut bergiat seperti saya. Kalau setakat minat buat-buat
kerjaya ini sebagai hobi, saya syorkan lebih baik anda lupa niat bergitu, ini
adalah kerjaya sepenuh masa, yang mesti anda akan hadapi bagaimana aliran duit
anda tak ubah seperti air yang mengalir. Cuba anda selidiki, berapa kerat
pengiat dahulu mampu bertahan ke hari ini dan berapa buah kilang prosesan
minyak masih aktif beroperasi,?. Kikikikiki.. sekurang-kurang ada baiknya..
kan..? para pengiat era baru boleh teruskan tanpa banyak saingan, kerana
pengiat lama dah gulung tikar, kemungkinan pengiat lama dah jadi JUTAWAN dari
hasil jualan gaharu, dah buka urusniaga besar agaknya, gaharu-gaharu dah tak
main atau pun dah kayap, sebetulnya mereka masih kaya raya dengan angan-angan
tak kesampaian… sorry boss.. gurau jer.
Saya mahu patah-patahkan semangat berkobar-kabor anda,
kerana terlalu ghairah berminat nak digelar usahawan jutawan gaharu, lupakan
planning mahu tanam pokok gaharu puluhan hektar, lebih lagi mahu inokulasi
pokok liar, anda tak akan berjaya. Kikikiki.. laburkan duit anda ke jalan lain,
pelaburan yang akan memtenteramkan jiwa anda, pulangan pelaburan di bidang ini,
tiada apa-apa jaminan tepat, silap-silap haribulan lingkup terus. Tentu kau
salah kan aku pula, siapa suruh kau
percaya, terperdaya dengan iklan promosi aku kat facebook, kat twister, kat
blog dan google pun satu dok bantu aku promosi wat per, kikikikiki. Pengiat
gaharu seangkatan pun sama, adakan bengkel kat sini, adakan kat situ, disokong
pula badan-badan berkenaan pun satu hal, hebuh dok reka cerita tanam gaharu
akan menjadi jutawan .. kau percaya wat per, semuanya tu angan-angan mat jenin
modem.. kikikikikii, kan, si ketam, menyepit tu kerjanya.
“ Yang kau tanam berpuluhan ekar, sampai inokulasi
pokok-pokok serata dearah, sampai habis pokok gaharu liar kau kebas tu., sebab
apa, bukan nak jadi jutawan ?” Agaknya bergitu soalan bermain-main di fikiran
anda. Kikikikiki.. Saya gemar menghadapi cabaran, gemar berkebun dan suka kaji
mengkaji, berjaya atau tidak, itu dari Allah, tetapi kita sebagai manusia,
wajip berusaha mengikut factor betul
serta seatiasa mengunapakai ideal-ideal logik yang Allah anugerahkan, tiada sesekali
melakukan tanpa ada kajian terperici. Kegagalan pada peringkat awal, sudah
menjadi adat, kerana kita kurang ilmu, kurang pengetahuan serta tiada pengelaman
disertai sikap tamak dan ego diri yang menyebabkan kita terlalai kerana
terlampau ghairah ingin mencapai kejayaan secara pantas.
Satu kepuasan atau satu kegilaan..? Anda tentu pasti kan,
tanpa ada usaha, tiada kecapi kejayaan, tiada percubaan tiada temui kegagalan,
tapi lebih terbaik mencuba sekurang-kurang dapat ilmu dari pengelaman
kegagalan. Berani mencuba berlandaskan ilmu, ilmu tiada akan datang kecuali
kita mempelajari, masa pula tiada akan menanti waktu luang kita, selaju mana
kita kejari masa, ia tetap akan berlalu. Sedang Kau tidur, ketika kau layan
angan-angan, waktu kau reka planning setiap hujung tahun ker, masa tak pandai
menanti, kau teruskan jayakan planning atau tidak, kau tetap di tinggalkan,
setelah kita terus lakukan planning, kita temui satu kepuasan, itu lah saya,
anda, saya tak tahu. Kikikiki. Untuk dapatkan pelbagai sepsis, saya rela keluar
masuk hutan, ada ketika mandikan hujan seorang diri, ini pun satu kepuasan demi
memcapai impian, anda sanggup bermalam keseorangan di hutan..?.
Ini adakah satu kegilaan..? bagi saya, memang kegilaan,
lebih bertambah kegilaan, bersemangat kegilaan menjadi-jadi setelah tanpa henti
di kunjungi oleh para-para peminat baru, bakal-bakal pengusaha dan para-para
pengusaha, Dengan pelbagai-bagai tujuan, ingin mendapat khidmat pengurusan
ladang berkontrak yang kami amalkan, ingin melawat ladang inokulasi, lawat
ladang gaharu kami, ada pula menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan dan menawarkan
share pokok untuk di inokulasi serta pembelian benih-benih gaharu, ini lah satu
kepuasan bagi diri saya., sekurang-kurangnya terasa di hargai serta dihormati
walaupun ilmu kegaharuan tak seberapa. Kerana gaharu, mereka sanggup datang,
meredah malam sampai ke sini, berhujan di ladang, rela berpanas, rela di gigit nyamok, si pacat
biasa lah, ada yang terpekik terlolong, geli bila pacat merayap di kaki ..
kikikiki.. cuma untuk kepuasan hati mereka.
Jika anda tiada yakin pada industri ini mampu merubah
ekonomi anda, anda tersilap jangkaan, ada bakal pengusaha berani laburkan
hampir RM500,000.00 untuk memulakan projek penanaman berkontrak bersama kami.
Hanya sekali kunjungi bersua muka dengan kami, terus minta siapkan perjanjian
dan siapkan draf kos penanaman, kami bawa lawat ladang-ladang inokulasi kami,
menbawanya lawati ladang gaharu kami serta tapak ladang sedang giat di
bersihkan, mengapa beliau bergitu berani sampai sanggup laburkan sejumlah yang
amat besar..? kikikikikiki.. anda fikirlah sendiri bagaimana muncul kegilaan
secara tiba-tiba di hatinya. Ini semuanya kerana mu .. gaharu, itu pun belum
lagi kami pamerkan hasil-hasil kajian inokulasi yang kami jalankan… Anda mahu
tunggu bila..? TQ.