Kota
Heritage Hotel, Kota Tinggi, Johor. 9hb.Mei.2014
Semak kembali draf project kali kedua
percapaian project selama 5 bulan, draf planning project awal tahun dan program
program kerja untuk sepanjang tahun, bajet kos sara Road to Agarwood dan kos
keraian tetamu akan bermula awal januari sehingga penghujung disember.
Adakalanya sesuatu project berjalan lancar, ada yang tertunda dan ada yang di
siapkan separuh jalan.. kikikiki.. apa nak di kata. Kita cuma berperahu kecil, kadang
kala kos project awal awal telah lari dari yang di bajetkan, satu satu project
yang melibatkan kos yang paling tinggi di bidang ini, tak lain dari project
inokulasian.
Bila
sudah bergelar usahawan gaharu, pahit getir terpaksa di hadapi dengan penuh kesabaran,
telinga mesti di pekakkan, mulut terpaksa di kunci dari bicara tentang gaharu,
fikiran mesti sentiasa tenang, berfikir merancang. bagaimana mahu mencari punca
kewangan bagi menampung semua kos project yang di drafkan. Setiap tahun project
penanaman mesti di lakukan, selepas kurantin anak beneh mesti di pasarkan dan
bergitu juga project inokulasian wajip di teruskan setiap bulan.
Kerja
mesti ada perangai gila gila, gila gila kita biar bertempat, gila gila ada hala
tuju dan bukan gila gila habiskan duit tiada tentu hala tuju. Semua pengiat
gaharu gila gila perangainya agaknya .. kikikikiki .. Selagi tiada berjaya
selagi itu lah mereka lakukan kajian, senang senang laburkan duit, kat pokok
liar, tanam selagi ada tanah kosong, ada yang berkata pengiat gaharu seperti
kita ini hanya buangkan masa dan pantang jumpa pokok gaharu, inokulasi lah
kerjanya, tak pernah kenal erti kesudahan.. tak gila gila ke namanya perangai
seperti itu..?
Dengan
berperangai gila gila serta kerjaya gila gila bergini, dari hari ke hari tanpa
di sedari eset kita kian bercambah, ladang gaharu kita sentiasa bertambah dari
1,000 pokok berkembang menjadi 10,000 pokok, manakala pokok gaharu di inokulasi
dari sepokok menjadi ribuan pokok. Bila ada yang cakap ini kerja gila gila,
kerjaya yang sukar di terima akal, mengapa tak boleh di terima akal ?. Bagaimana
agaknya kerjaya gila gila ini telah mampu menambahkan eset kita dan dari mana
punca kewangan kita perolehi..? Sehingga berkemampuan membuat kita berjaya melaksanakan
kerjaya gila gila kita ini..? Anda cari sendiri jawapan soalan yang saya
berikan itu.
Jangan
harap kerjaya gila gila ini ada orang sudi bagi bantuan pelbagai bentuk , yang
biasa di dengari nya, bantuan kata kata patahkan semangat kita. Erti kata,
perkatan sukar yang selalu di dengari, ini bukan factor utama atau terjadi satu
halangan untuk terus berusaha untuk capai kejayaan, tetapi, semakin sukar
sekiranya tanpa di usahakan apa apa, cuma mahu harapkan kerjaya datang dengan
sendirinya. Jangan jadi anggapan orang lain satu halangan bagi kita membina
kerjaya yang di cop gila gila ini menjadi satu kerjaya.
Kerjaya
gila gila kita mengikut teori, factor dari kaji selidik dan sentiasa timba ilmu,
maka dengan sedemikian lah kita menjadi gila gila laburkan duit di bidang ini.
Bagi saya, anda terhebat dan terbaik dari orang mengatakan anda menjalankan
kerjaya gila gila. Seperti yang saya catatkan di blog gaharu saya “ tiada guna
kita buktikan kejayaan diri kita pada orang lain, kalau tiada percaya, apa kita
kisah, kita tiada rugi apa apa, duit kita, ikut kita lah kat mana nak di
habiskan . Tetapi, lebih terbaik dari labur kat pakej di anjurkan oleh orang
lain, lebih baik aku uruskan sendiri, untung rugi, aku tahu kat mana duit aku
habiskan.. kurang kurangnya dapat peluk pokok yang ditanam atas tanah sendiri,
hati aku puas.. Kikikiki. ”.
“
Aku tiada hairan dan terasa bangga jika memiliki kekayaan dari harta pusaka
perninggalan orang tua atau mewarisi syarikat di asaskan oleh keluarga. Tetapi,
aku temui satu kepuasan, tetap bersyukur walaupun aku perolehi sesuap nasi dari
kerjaya gila gila yang telah aku bina.” Satu ungkapan yang pernah saya ucapkan
kepada seorang kawan, setelah mengeluarkan kata kata seakan akan mencabar
kerjaya gila gila saya. Bukan saya cakap besar, mula ego serta telah lupa diri,
kerjaya yang di bina bukan satu hari, belasan tahun, lebih arif di bidang ini
dan tahu dimana noktahnya.
Bukan
tujuan saya mahu melepaskan geram pada sesiapa di blog saya, tetapi, apa
salahnya, kan, kalau sesekali lepaskan geram .? Blog kita , ikut kita lah,
catat apa pun kan .. kikikikikiki. Ini semua ada lah halangan besar akan mematahkan
semangat juang, akan berterusan di hadapi bila anda mula mula berjinak di
bidang kerjaya kegaharuan, kerana ini adalah kerjaya gila gila yang cuma
memerlukan aliran duit tunai tiada kesudahan, pulangan pelaburannya 2 tahun dan
9 tahun akan datang. kikikikiki.. Silap silap haribulan, tak berasap dapur,
tanggung lah kau.
Kalau
bandingkan antara saya dan anda, sudah tentu jauh bezanya, kalau di banding
berperangai gila gila bergini, saya sudah agak, saya paling teruk gila gila. Tiap
tiap bulan ada saja project inokulasi, beribuan pokok pelbagai size tersedia
menanti untuk di inokulasi dan project penanaman hak sendiri ribuan pokok,
sedang menanti pembersihan tapak selesai. kikikiki.. Lagi gila menghabiskan
duit. Tiada support, tiada bantuan, duit masuk ikut kiri keluar ikut kanan,
laju jer setiap bulan, seperti air terjun, jika nak di banding antara syarikat
saya terlalu kecil dengan syarikat gaharu lain. kikikiki.. Jauh panggang dari
api, kata orang tua tua, saya hanya jayakan setiap project secara slow, seperti kura kura berjalan. Yang
ada kelebihan saya, bergerak secara solo, tiada pakej pelaburan, cuma 30% pakej
share dan 70% project sendiri semuanya pakai duit cash.
Kalau
mengikut hati, memang tiada mahu share pelaburan dengan sesiapa, satu pendapat
saya yang silap. Bila memikirkan kembali, setiap ideal yang Allah berikan wajip
di shared kepada yang berwajip, sama sama seiring bantu membantu kepada
sesesiapa yang memerlukan. Tetapi, wajip sama sama sudi berkongsi segala
galanya. Biar sama sama senang, sama hadapi suka duka , sama sama capai
kerjayaan dan yang pastinya sama sama terima dengan seadanya, di cop seangkatan
mempunyai ideal serta kerjaya gila gila .. kikikikikiki.. Jangan marah. TQ.