Sifat
semulajadi saya, tidak mudah mempercayai sesiapa, jika ada yang berjanji
sesuatu, saya tiada pegang janji mereka 100%. Saya anggap janji janji mereka hanya
cakap kosong, selagi belum mereka tunaikan janji, selagi itu lah saya buat acuh
tak acuh. Maaf bos … Kikikikiki.. kerana terlampau kerap terkena, pelbagai bagai ragam
perangai pelik di temui dari awal bergiat dan hingga masa ini masih lagi
menemui perangai segelintir manusia, hanya pandai bermuka muka dan suka tabur janji
janji kosong.
Imbas
kisah kisah dan peristiwa lama bagaimana ketika memulakan urusniaga di bidang
ini, sewaktu cuba mendampingi para para pengiat veteran yang tersohor. Ada
sebilangannya melayan kita dengan penuh hormat dan setengahnya pula acuh tak acuh dengan pertanyaan di ajukan,
jawab pun bunyi didalam anak tekak jer. Ada setengahnya pula memberi jawapan
mengikut teori dari apa yang difikirkan betul oleh mereka tanpa kajian, bukan
cerita dari pengelaman yang dilaluinya, seperti terasa cerita cerita di
cakapkan itu hanya semata mata rekaan.
Memulakan asas bisnes dengan memasarkan beneh beneh Gaharu , tawaran khidmat kontrak
peladangan dan adakalanya beri khidmat penginokulasian tanpa bekalkan vaksin (
Tujuan memperkenalkan teknik baru inokulasian ), vaksin di sediakan oleh pemilik
( kebiasanya vaksin di perolehi dari Negara Jiran ). Walaupun ketika itu telah mengenali
siapa pembekal vaksin, tetapi tiada berani, tiada berniat mahu mencuba vaksin ciptaan
beliau, kerana terasa ragu ragu tentang penghasilan jalinan resin pada spesis
Malaccensis Lamk.
Ketika
bermula bergiat aktif sendiri sambil belajar, ramai juga pengiat pengiat bidang
terjun datang tawarkan diri untuk bekerjasama. Ada yang tawarkan kenderaan
tujuan penghantaran beneh Gaharu, ada juga tawarkan khidmat mahu membantu
uruskan penanaman, ada yang sanggup jadi ejen pemasaran dan ada pula yang mahu
share bisnes dengan pelbagai bagai draf planning hebat hebat. Hari hari siang
malam, mereka sudah tiada boleh nilai keadaan masa, kadang kadang datang bawa
isteri, datang awal pagi, senja baru nak pulang, seperti tiada pandai nak nilai
diri kita sibuk atau tidak, tiada berganjak selagi tiada kita bersuara, sampai
naik muak nak melayannya. “ sorry bos saya ada urusan kat luar..” tapi jawapan
nya pula.. “ tak per kita gi berdua..” kikikiki .. semuanya perangkap, telah
membuat saya hampir terjerat dari awal awal lagi.
Begitu
lah perangai segelintir perangai manusia, buat baik ada tujuan nya. Selagi
hajat cita cita mereka tiada kesampaian, selagi itu lah mereka akan dekati
kita, setelah kita tiada tunaikan permintaan mereka serta hajat mereka idam
idamkan, mereka terus akan pergi dengan seribu alasan, alasan yang selalu kita
dengar, 100% kesalahan di letak dan tinggalkan masalah kepada kita. Yang pasti
segala bebanan yang mereka tinggalkan, terpaksa kita terima, akibat dari
mereka, susah payah, wajib kita terima, satu kewajipan kita mesti betul kan dan
wajib selesaikan demi maruah, periuk nasi kita dan urusniaga kita, kerana
mereka lepas tangan setelah mereka perolehi apa yang mereka rancang kan awalnya,
hanya mahu mengenakan kita.
Bila
saya menghentam, catatan berbentuk sindiran di blog Gaharu saya, ianya adalah
catatan dari pengelaman peribadi saya dan jika saya mengaitkan dengan seseorang
insan di catatan ini, bukan bererti saya terlampau benci atau muak dengan sifat
mereka. Itu adalah hak saya, kerana, betapa peritnya saya menyelesaikan masalah
yang mereka tinggalkan menjadi bebanan pada diri saya. Itu lah puncanya saya
berani luahkan untuk dijadikan iktibar, supaya para para bakal pengusaha wajib
ada sifat berhati hati didalam segala hal, bila melibatkan pembelian beneh,
khidmat penginokulasian, pelaburan peladangan dan urusan jual Gubal. Tetapi, bukan semua
pengiat bersifat bergitu, ada yang betul betul amanah dan boleh bertolak ansur
didalam pelbagai bagai urusan.
Dua
Peristiwa yang paling sukar saya lupakan, ketika munculnya seseorang yang
di perkenalkan oleh bekas staf saya sendiri, yang membuat saya mengalami
kerugian harga beneh Gaharu, sehingga saya terpaksa jelaskan bayar secara
ansuran hampir 15K harga anak beneh pada pembekal. Kikikiki .. Bukan niat nak
merungut, saya akur itu bukan rezeki saya. Tetapi, saya dedah kan putar belit
perangai seseorang bila ianya gemar mengenakan atau mengambil kesempatan dari
kelemahan, kelalaian orang lain. Kan, semua tahu yang pengiat Gaharu semua nya
orang berduit, lah kata kan .. kikikiki.. yang sebetulnya pengiat Gaharu ini selalu
pokai. Sorry Big Boss.
Ikhlas
saya catatkan, saya betul betul geram dengan kerenahnya, sampai sekarang
bagaikan tiada boleh di lupai, walaupun mulut saya tetap maafkan, mulut saya hanya
pandai menipu diri sendiri, sebetulnya, hati tetap tiada boleh maafkan. Saya
telah cuba melupai rupa serta perangainya, saya telah buang jauh jauh perasan
benci. Tetapi, bila seorang rakan saya, send imej, send status update FB dan profil si anu tu . tujuannya, ingin tahu saya
kenal atau tidak. kikikiki.. Hati saya mula mendidih kembali, petang itu pula, terjumpa
bekas staf yang memperkenalkan si anu tu.. saya basuh habis habisan. Bergitulah
perangai semula jadi saya, jangan
sesekali terhegeh hegeh di hadapan saya, sekiranya ada kes yang sukar untuk
saya maafkan. Saya bukan marah kerana duit, tapi sikapnya tiada amanah, tiada
mahu menilai bagaimana bersusah payah kita membantu ketika dia tersungkur, kaum
keluarga sendiri telah hilang kepercayaan terhadap nya.
Taktik
si anu tu, cuma pandai mengenakan orang, bermuka tembok, baginya tiada hormati
sesiapa, kau lepa, dia akan palu. Kau cari jalan bagaimana nak dapat duit,
kikikiki.. belum apa apa dia dah kaut. Itu lah planningnya, mengikut sistem MLM
yang dia reka, dia tidak mengira, kau kawan ker, kau adik ker, kau saudara ker,
dia tiada peduli, janji asal duit masuk poketnya dan bagi nya wang halal haram
itu belakang kira “ kita ikut planning ini, Gold Forest cari punca duit, teruskan
masukkan ke akaun syarikat Gaharu ASKL ( contoh ) dan kita agihkan mengikut
persen sama banyak ( sampaikan seseorang yang tiada saya kenali pun ada persen
)“ itu katanya ( dia cuma jadi pengarah, tanpa kerja ) supaya saya memasukkan
harga bekalan anak beneh ke akaun syarikatnya.. ( “ Dia ingat aku nie bodoh sangat ker, aku
berkerja dengan nya ker.. modal aku, aku berusaha, mengapa pula dia nak kaut
untung..? Makan minum dia, minyak kenderaan dia pun aku support, bukan aku cari
dia, dia yang cari aku..”)
Sebelum
perjanjian usaha sama dibuat, dia tiada menyedari dirinya di uji. ( Dalam dok
uji uji pun tetap terkena juga.) kikikikiki… Duit harga Anak beneh yang dia
pasarkan, lesap, tapi kita boleh bertolak ansur lagipun kes pertama , kerana menganggap
dia betul nak pakai duit ketika itu dan kes kedua ini, sudah tiada maaf bagimu,
awal awal lagi dia sapu nya duit harga anak beneh yang telah di hantar pada
pengusaha di luar Negeri, ketika staf menyerahkan bil kepada pengusaha itu, “
saya dah bank in se minggu lepas, dan ini copy penyata ke akaun si anu..”. Bila call si anu,
ternyata, nombor hphone dah tiada aktif, sampai lah awal tahun baru ini, baru dapat
tahu yang si anu ini bergerak aktif kembali di bidang kegarahuan.
Saya
mula menjadi risau, sekiranya ada pengiat berperangai bergini muncul dikalangan
pengiat Gaharu tegal, akan bertambah parah jadinya dan akan tiada kesampaian
matlamat usaha usaha murni pengiat Gaharu tegal memperkembangkan industri ini,
pasti akan terkubur. Lebih lagi bila terbaca status update memasarkan pelaburan
penanaman beratusan ekar. Kikikiki.. dalam hati saya tertanya tanya “ siapalah
pula, bakal terkena.. tetapi, sudah ada yang terkena bermillon USD..”. Tergelak juga semasa membaca komen “ muka sipenipu..” mungkin dari kawan kawan tak sebulu dengannya
atau yang pernah terkena agaknya. Jika dia sanggup buang perangai lamanya,
betul insaf, bertaubat segala perbuatannya dahulu dan saya sentiasa doakan.
Alhamdulillah, memang terbaik, kemunculan kembali di bidang ini amat amat di
alu alukan.
Se tidak tidak nya dia telah memulakan azam barunya,
bermula dengan tekad baru, imej baru dan ada halatuju seperti pengiat Gaharu
tegal yang tidak sebulu dengan nya, pernah se angkatan dengan nya dan semuga capai
kejayaan. Kikikikiki.. Tetapi, saya bagi amaran awal awal, jangan cuba cuba
mahu mendekati saya, jika tiada mahu saya bongkar lebih banyak lagi, kerana itu
kerja seseorang bergelar blogger.. TQ