Selamat menyambut tahun baru 2014
pada semua pengikut blog Gold-Forest R&D Gaharu Kelantan, khas untuk ahli
Royal Agarwood group, pada semua penglikes pages Gold-Forest R&D Gaharu, para
para peminat, pengiat, hunter , pengusaha dan bakal bakal pengusaha. Sekejap
jer detik detik masa berlalu, pejam celik pejam celik, sedar sedar, kita
memasuki Januari 2014 dan kita tinggalkan tahun 2013 bersama azam lama. Minta
minta azam tahun 2013 telah terlaksana atau kalau telah terkubur sebelum
berakhirnya Januari 2013. Jika tiada kesampaian, kita semaikan kembali dan sama
sama kita upgrade azam lama ke tahun ini dengan cermelangnya, InshaaAllah.
(Gold-Forest Group : kiri. Ramli Lee, Dzulkifli, Darren Chong dan Razali Abdullah)
Pada
awal bulan memang berniat nak terbikan catatan pertengahan bulan Disember, taip
catatan dah siap satu page .. mood jadi tak menentu bercampur banyak kerja yang
penting penghujung tahun wajip di siapkan. Kemaskini planning asal, penyata kira
kira , stock vaksin, stock bamboo stick , stock beneh, siapkan jadual kerja
2014, tumpuan project penanaman , raikan para tetamu serta pelbagai bagai hal
lain yang bersangkutan penginokulasian, kesemuanya kena di siapkan seawal awal
yang boleh, sebelum munculnya Januari 2014.
( Ladang Gaharu pelbagai spesis Gold Forest )
Tiada
azam tahun baru 2014, azam tahun 2000 hingga penghujung tahun 2013 masih belum
selesai.. kikikikiki.. tak kan azam baru tiap tiap tahun bos, kita upgrade jer
azam lama, ke camano.? Kalau terlalu kerap berazam setiap tahun, empat belas tahun telah terkumpul
14 azam baru. Pasti satu azam pun tiada kecapaian. cukup satu azam jer, mahu
merasai kemewahan dengan satu kerjaya bersama azam usaha sendiri, bersikap amanah
pada diri sendiri, pertingkatkan usaha, upgrade cara pengurusan, amalkan berjimat,
selalu ada sifat rendah diri, tepati janji dan mengikuti jadual kerja seperti
di rancangkan.
Proses penanaman 5,000 pokok beneh gaharu
Adakah kita telah berjaya
pada tahun 2013, kalau berjaya, kita tentu dapat menilai perubahan ketara pada
diri kita. Tetapi perubahan di segi mana.. berkereta mewah , milki wang berjuta
juta atau mempunyai villa bertingkat tingkat..? Saya tidak bertanya pada diri
anda, tetapi, pada diri sendiri, berapa pokok telah di inokulasi, dah berapa
pokok telah di tebang, berapa jumlah edaran beneh dan berapa ekar telah siap di
tanam..? Kikikikiki, “ Yang kau kata kau telah berjaya, jawab lah “ Jawaban
saya, tahun 2013 percapaian boleh dikatakan amat membanggakan. Kikikiki. Wang
nak masuk seperti si siput, Wang
terkeluar seperti air mengalir, sakit kepala dan tergaru garu jugak , bos..
Tetapi, Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan semangat dan mampu siap juga
inokulasi beratusan pokok pelbagai size, edaran beneh cuma 50,000 pokok , menanam hak share sekadar 5,000 pokok dan
cuma 3 pokok di tebang, kikikiki.. tu pun pokok yang rebah di pukul angin
kencang, hasilnya bolehlah menampung sedikit sebanyak project inokulasi, lancarkan
project penanaman , tambah stock vaksin, repair opis dan bakinya wat beli beras
dan itu ini.
Ada tetapi lagi, masih
tertunda penanaman 2,500 pokok , tapak belum siap di bersihkan , terpaksa menggunakan
khidmat jentolak 100%. tambahan pula, musin hujan dan yang bermasalah besarnya,
pulus, kos nya agak terlalu tinggi untuk bajet pembersihan, walaupun keluasan tapak
cuma 2 ekar di tumbuhi hutan belukar, sudah belasan tahun terbiar , kalau di
biarkan semakin ditumbuhi hutan belukar. Dari tiada apa apa dapat hasil, kita
tanam dengan pokok Gaharu, tentu tiada membazir. Stock beneh siap sedia. kikikiki. “ lu jangan dok cakap besar lah maa,
mampu buat itu ini, kalau dok keluar jer, wang masuk jarang jarang, mesti lah
lari planning punya”.
( Staf Gold-Forest : Syafiq Lee dan Azmi )
Mula
kira mengira semua pokok yang telah di inokulasi dengan vaksin ciptaan sendiri,
baru sejumlah 1,200, bilangan besarnya spesis malaccensis lamk pelbagai size
dan 50 pokok spesis crassna , masih sedikit. Tetap bersyukur, kerana telah
berjaya mencapai tagged sebelum berakhirnya 2013, tagged asalnya jumlah pokok
perlu di inokulasi hanya 1,000. Tagged tahun 2014 ,cuma meneruskan project
upgrade, planning dari tahun tahun sebelum nya, termasuk penambahan pokok pokok
liar untuk di inokulasi, penyiapan peralatan kilang pemprosesan minyak yang
tertunda 2013, harus di lengkapkan sebelum Jun 2014.. Inshaallah, jika
urusniaga berjalan lancar seperti yang di planningkan, kos peralatan kilang
pasti tiada bermasalah, soal bekalan bahan mentah tiada menjadi masalah besar.
Memang
saya akui, saya pengusaha berperahu kecil, tak pandai bercakap besar, tak
pandai nak mengada adakan cerita, mengada apa yang tiada, perkara yang tiada
pernah saya lakukan serta nak ceritakan perkara yang tiada pernah saya melalui.
Saya berusaha cara sendiri, usaha mengikut kemampuan, saya lakukan seperti anai
anai membina busut dan tanpa ada rasa jemu. Jika ada yang berkata, ( kerana
terdengar, saya jelaskan ) saya bergantung harap pada mereka, itu bohong. saya
tiada mentol, tiada idola, tiada menumpang popularliti group lain, tiada
pengiat tegal bersama saya, tiada sifu dan tiada yang pakar membantu saya berdiri
di bidang ini, sememangnya dari awal penglibatan hingga ke saat ini, saya perolehi
dari hasil penat lelah , hasil usaha
sendiri tanpa mengira waktu mencari ilmu, saya gemar mengkaji setiap sudut , sudah
pasti setiap kejayaan saya perolehi setimpal dengan apa yang saya telah
usahakan.
Pelawat Kami : Sanddy, Lee dan Frankie
Saya
sedaya upaya mengelak dari menyertai mana mana group pengiat tegal, tiada
sesekali akan meminta bantuan, saya
bukan ego, bukan ada perasaan banggakan diri, tiada pernah muncul pada diri,
perasaan meninggilkan diri dan tiada berniat mahu bersaing di antara group
group gaharu tersohor. Apa yang saya lakukan demi menjayakan impian saya
sendiri, cita cita yang bergitu lama terpendam , berterusan menjalankan
urusniaga secara sihat di industri ini dan sudah buktikan tiada perkara yang
mustahil akan berjaya di capai sekiranya terus berusaha solo. Jika menyertai
group ini, pasti saya di anggap seperti pokok dedalu dan seperti pokok bunut
yang akan membunuh pokok yang bagi tumpang, walaupun bukan bergitu sifat serta niat
saya, kebiasaannya akan timbul perbagai bagai permasalahan bergini, sekiranya
mereka tiada berpuashati dengan cara serta sifat semulajadi kita.
Di ladang Inokulasi Gold-Forest R&D Gaharu
Terbaik,
saya bina group Gaharu sendiri, terdiri dari pelbagai bagai golongan, tiada mempunyai pengelaman walaupun sedikit di
bidang ini. Group saya terdiri di kalangan yang pernah terkena, yang betul
betul berminat, sanggup menghadapi pelbagai bagai halangan dan mempunyai
ketahanan mental yang kuat. Tujuan saya, agar saling bantu membantu, sama sama
dapat menafaat, dapat kongsi pengelaman, sama sama belajar, sama berusaha dan
sama sama mengecapi kejayaan. Mereka adalah yang terbaik, rela redah hutan,
berhujan, berpanas, mempunyai semangat kental , tiada pernah mengeluh dan tiada
kenal erti kepayahan.
Darren Chong bersama Pelawat kami , Lee, Frankie, Sanddy dan Hezrul
Cuba
kita imbas dan renung, siapakah kita, ketika kita bercerita, ketika bertanya, ketika
cuba cuba cari ilmu tentang Gaharu, ketika kita mula mula belajar, ada yang
buat buat tak dengar jer pertanyaan kita, jika mendengar pun, cuma sebelah telinga jer,
atau pun dengar sebelah telinga kanan keluar telinga sebelah kiri dan pernah di
tipu hidup hidup oleh mereka. kikikikiki.. betul kan..? Tetapi.. Setelah anda
inokulasi ratusan pokok milik sendiri serta tanam berekar ekar, siapakah kita
ketika ini..? kita bual kosong, mereka tetap menadah telinga, walaupun kita
cakap bohong. Kikikiki.. kerana anda telah berjaya, anda ada eset serta ada
bukti dari usaha anda sendiri , maka anda dikagumi serta anda akan mula di
hormati. Masih kah ada niat anda nak bergabung dengan mana mana group yang
bersifat bergitu..? Anda telah jauh meninggalkan mereka, buat apa lagi nak
bersusah payah nak melayan kerenah mereka. Mengapa, baru sekarang mahu mengakui anda telah
berjaya. Maaf, saya bukan batu api, tetapi itu lah hakikat sebenar, mereka akan
muncul cuma mencuri kesempatan semasa kita terlalai.
Waktu Dinner di ole ole Bandung Sunway Pramid
Saya
tiada gemar mengambil tahu urusan kerja group Gaharu lain, kerana saya
menghormati urusniaga mereka. Walaupun ada para para pengunjung sering bertanya
kenal atau tidak mereka ini, jawapan yang sering saya berikan “ kurang pasti.
Kerana terlampau ramai bergiat di bidang ini, lagipun saya pengiat era baru”.
Saya lebih suka mendengar dari bercerita latar belakang peribadi group lain,
jika anda bertanya juga kepada saya, soalan yang anda ajukan tersalah tempat. Lagipun
masa saya banyak di habiskan di hutan, selia staf inokulasi, chekking pokok,
pengurusan ladang , setting anak beneh , siapkan kerja opis , promosi dan
hander blog Gaharu, tanpa ada pembantu khas, itu lah punca tiada masa untuk
ambil tahu urusan pengiat lain.
Itu
sebabnya, mengapa saya tiada azam baru, azam asas di upgradekan setiap tahun, kita
berjaya mengikut cara tersendiri kerana planning tagged kita tercapai setiap
hujung tahun. Jatuh bangun semasa awal ceburi bidang ini, memang tiada dapat di
elakkan, sudah lumrah, tak ubah seperti roda, kejap naik ke atas, kejap turun
kebawah mengikut putaran, lagi kan air ada pasang ada ketika surutnya, ujian
yang wajib kita tempuhi setiap masa. Dari bulan ke bulan walaupun kita berusaha
rapi mengikut planning, tetapi akan muncul juga permasalahan yang kita tiada terduga
yang akan menguji kesabaran kita, ianya akan lari dari apa yang di planningkan.
Jadi..
2014 Apa cerita..? Kita inokulasi pokok seseberapa yang termampu, terus menanam
tanpa henti, selagi ada tanah terbiar selagi itu kita penuhi bumi, tanam pokok
Gaharu. Apa orang nak kata, kita peduli apa, cuma kita jer tahu noktah usaha
kita dan kita sambung, baikpulih, tambahkan semangat dan gandakan usaha kerjaya
kita. Bila ada yang bertanya “ nak jual kat mana jumlah pokok yang bergini
banyak , mahu diproses bagaimana serta nak proses minyak kat mana..?” Itu
urusan kita, kerana kita sentiasa ke hadapan menuju ke arah impian dan kita ada
planning tersendiri tiada mungkin mereka memahaminya. Happy New Year 2014. Thank You All.