Musim banjir mula melanda, seram sejuk
terasa, mandi pun mengigil gigil, air dah mula melimpah sana sini. Semua
program Gold-Forest R&D Gaharu tertunda seketika, pembersihan ladang,
pembajaan, chekking pokok gaharu liar dan penginokulasian , Kebiasaanya banjir
melanda tak lama, tetapi ,terpaksa menanti kembali cuaca panas. Boring juga,
tiada apa apa program di jalankan, tak kan nak makan tidur jer, merimaskan
kalau badan tiada keluarkan peluh. Sekurang kurangnya ada masa luang ketuk
keyboard, siapkan awal cacatan blog dan boleh edit dengan teliti sikit sebelum
di terbikkan.
Setiap kali saya terbikkan cacatan
terbaru, saya cuba sedaya upaya menyelipkan catatan berbentuk ilmiah, motivasi
ketahanan mental, fizikal, rohani, dedahan serba sikit cubit memcubit senda
gurau dan bagaimana mengutuhkan lagi azam serta semangat juang kita bagi
menghadapi cabaran demi cabaran hari ke hari, langkah demi langkah tujuan
membina kerjaya , agar cita cita, impian kita tercapai, terlaksana dengan jaya
nya. Bermula hanya sebagai pengusaha ladang Gaharu kecil kecilan, hingga mampu
kita jayakan sebagai satu kerjaya, satu biznes peribadi atau biznes keluarga
dan hanya bermula satu impian hingga terbukti Gaharu mampu menjadikan kita
bergelar Usahawan JUTAWAN Gaharu Teknologi.
Kalau
nak berceramah tentang Gaharu, Saya pun boleh, setakat bagi ceramah paling
senang , kacang jer.. kikikikiki.. cakap jer, ianya adalah dari kayu, gubal,
resin dan damar, boleh di proseskan menjadi minyak, daun boleh di jadikan tea
.. itu ini, bergitu bergini , tamat berceramah, sekian terima kasih. Kalau lah
cara ini kita sebagai pengiat Gaharu Teknologi berceramah, bagi pendapat saya,
tiada kemana mana nya, tagged, planning kita, mahu kembangkan lagi industri
ini, pasti tiada kecapaian segala tujuan. Ini lah punca utama, mengapa industri
ini agak menyepi, kurang dedahan , agak perlahan perkembangan yang menyeluruh
dan hala tuju entah ke arah mana, ada segolongan kecil para para pengusaha dan segolongan
pengiat cuma mementingkan wang masuk, mementingkan diri sendiri dan sembunyikan
fakta.. kikikiki.. Sorry big boss.. palu sikit.
Keluhan
demi keluhan selalu di dengari, pokok Gaharu berselerak tumbuh liar serta di
tanam tak henti henti tetapi tiada mengetahui hasil nya nanti akan di pasarkan
kemana. Jangan lah jadi seperti tanam pokok se tan, akasia, teja serta pelbagai
bagai sepsis pokok lain, tanam, ikutan orang lain lakukan, last last nya, di
tebang di musnahkan tanpa mendapatkan hasil.. kikikiki.. impian hanya angan
angan, lebih baik tanam jer, pokok buah buahan, kalau harganya buahan murah,
sekurang kurangnya, kita tak payah beli, boleh bagi sedekah dan binatang
binatang tak kelaparan, dapat makan hasil daripada pokok buahan yang kita
tanam. Mentang mentang lah pertanian satu ibadah, yang kau tanam dan kau
tebang, musnahkan .. itu satu ibadah ker..?
Anda
betul betul berminat ada tanah terbiar, tetapi berkongsi nama sekeluarga , anda
ajukan pendapat agar tanah tersebut di bersihkan dan di tanam dengan pokok Gaharu
, berapa orang yang sepakat bersetuju cadangan anda.. mampu kah anda buktikan
pada mereka , hasil tuaian Gaharu nanti jadi
JUTAWAN ?. Yang anda beria ria sangat nak tanam Gaharu tu, harus
memberitahu keterangan lebih jelas secara detail. Kalau lah penerangan yang
anda bagitahu, di dengar dari mulut mulut, baik tak payah bagitahu kat mereka,
jenuh lah anda akan menjawabnya. Tetapi bila anda bagitahu, anda mahu majukan
tanah tersebut, kos modal, dari pembersihan, membina pagar, pembelian anak
beneh, kos baja , hasil jualan nanti akan di agihkan sama rata dan semua kos modal anda tanggung 100% , mereka
akan bertanya anda satu soalan ..” bila nak mulai project tu..” . kikikiki.
Jangan
menjadi ikut ikutan, orang tanam kita pun ikut menanam, sebaik baiknya, bertanya,
timba ilmu dan belajar dari yang telah berjaya. Jika ada kemampuan sertai
bengkel bengkel gaharu, walaupun hanya teori di ajar dapat juga ilmu
membolehkan kita meneruskan apa yang kita hajati. Jika anda terlewat
memulainya, ada 2 kemungkinan, bekalan akan melambak di pasaran dan anda
mungkin berpeluang menikmati kos inokulasi termurah. 2 kemungkinan lagi, anda
terlewat menikmati kemewahan dan anda mempunyai saingan terbesar dari pengusaha
yang mempunyai ladang Gaharu beratusan ekar, seperti group yang seangkatan
seperti kami.. kikikikiki,.. Maaf ini cuma ramalan gurau saya.
Saya
tabik spring pada semua pengiat Gaharu Teknologi era baru utamanya pengusaha di
Negara kita, anda semua sudah terlalu jauh mencipta nama di insdustri ini,
syabas untuk semua, semangat juang anda semua bergitu sukar untuk di tandingi.
Lambakkan product dari bahan berasaskan Gaharu kian bertambah di pasaran, di pasarkan
dengan pelbagai jenama dan harga tak lah mahal sangat, kikikiki.. mampu di
beli, tak mampu, boleh bayar ansuran. Tetapi , ada juga yang menggunakan bahan
proses di import dari Negara jiran, di packing, pasarkan dan di lebelkan hak
cipta syarikat sendiri, tu, tak kisah kan..? janji ianya urusniaga secara
sihat, seboleh bolehnya bermula lah dengan product terhasil dari kilang
sendiri, lagi terbaik, kerana kita yakin product kita hasilkan, selamat di
gunakan tanpa mengandungi bahan bahan terlarang dan sudah pasti halal.
Bila
bermula bicara tentang Gaharu, satu bidang kerjaya tersangat luas sebagai
usahawan, bukan hanya sekadar tanam, penginokulasi dan jualan gubal. Terlalu
banyak bahan boleh di hasilkan daripada sebatang pokok Gaharu, mungkin anda
cuma terfikir hanya pengunaan gubal, untuk di bakar kerana bauannya. Daun nya
boleh di jadikan tea dan batangnya boleh proses mengeluarkan minyak untuk di
jadikan air wangi. Tapi, anda tiada terfikir, kosmetik, bedak, bahan
kecantikan, bahan medical, makanan, minuman dan pelbagai bagai boleh di
hasilkan.
Bila
bicara tentang Gaharu, terlalu banyak andaian di dengari, cerita dari angan
angan terlintas di fikiran dan belum apa apa dah bermula perasaan tamak di hati
nya datang dengan sendiri. “ Bila jual
gubal nanti, nak itu nak ini, repair rumah, perbesarkan rumah, bina garaj
besar, beli kereta mewah 10 siri dua tiga biji, beli tanah beratusan ekar,
kikiiki.. bina banglo berpuluhan tingkat..” Suara hati seorang bakal usahawan
Gaharu ketika sembang bicara tentang Gaharu, itu lah orang kita, angan angan
melebihi usaha. TQ.