Services on offer, Supply Liquid aloe formation (GFV Bacteria), Inoculation, Tutoring inoculation technique of resin production from the roots to the branches, joint inoculation, supply of seeds of various species of Aquilaria spp, Plantation and sandalwood based materials. Get the information, services and reservations. Whatsapp 013-6097444 / 017-9728535 / Facebook.com / pages / GOLD-FOREST R & D GAHARU.
Rabu, 22 Mei 2013
GAHARU . Stress semakin parah.
Hari
ke hari, waktu seakan akan cemburu, masa untuk rehat cuma sedikit, tetapi bila
mendengar ada pokok gaharu spesis aquilaria malaccesis lamk, yang berukuran
besar, digagahi juga mahu lihat sendiri bagaimana bentuk pokok big size,
kertinggian dan bagaimana ianya mampu bertahan beratusan tahun, sector
permukaan bumi di mana ianya dikatakan hidup subur.
Bergitu
besar semangat gaharu tertanam di dalam jiwa saya, tanpa mengira keadaan lokasi
rela ditempuhi, hutan belukar, kawasan berbukit serta di perkampungan, tetap
saya jelajahi, tanpa mengira penat dan adakala terpaksa menghadapi pelbagai
bagai halangan, nyamuk , pacat dan binatang binatang berbisa, yang penting utamanya
..satu kerpuasan.
Date:1/05/2013
time :10.00AM
“
jom gi lihat pokok besar..” ajak seorang kawan. Dalam perjalanan dia gambarkan
bagaimana pokok yang dikatakan besar tadi. “ dah ramai mahu pokok tu, datang
seorang buat janji nak injections, 2 – 3 bulan pula datang orang lain janji sama juga, silih
berganti orang datang tabur janji nak merawat nya, sampai ke hari ini, dah
hampir 10 tahun, pokok tu tiada siapa yang merawatnya.” terangnya.
Sebelum
sampai ke lokasi, kami singgah di rumah kawan kepada kawan saya tu. “ kamu dah
fikir masak masak ker..? nak rawat pokok tu, dah berpuluh orang datang tengok,
seorang pun tiada berani nak labur duit. Kamu nie, tak sayang duit ker..?” pembuka
kata mulut sikawan tu. “ alloohh.. nak tengok apa salahnya, tak kan luak pokok
tu, kalau nengoknya, tu pun, belum tentu mahu dirawatnya.. mana lah saya ada
duit banyak..” kata kawan saya, saya hanya tersenyum.
“
kalau banyak duit, baik kamu wat niaga benda lain lah, aku dah lama main gaharu
nie, orang gaharu semua penipu.” Kata sikawan tu lagi. “ sebelum tu aku nak
bagitahu kat kamu berdua, tahun 2005 group aku dah hangus beratusan ribu RM,
beli ubat dari luar dan ada yang upah pakar pakar gaharu rawat pokok pokok
gaharu di sekitar kampong ini, kalau kamu tak percaya kata aku, tak per nanti
aku tunjukkan..” tambahnya lagi.
“
kami pakat ramai ramai beli ubat, ada yang rawat sendiri dan ada pula pembekal
tolong rawatkan dengan kata mereka, 3 tahun nanti, kami semua jadi jutawan ..
kikikikikiki.. jutawan apa, jutawan tahih minyak, sampai sekarang bahananya
masih terasa, hutang sekeliling pinggang, gaharu punya pasal.. isk isk isk..
mengapa kamu berdua nie degil, tak ambil
ikhtibar perkara yang telah berlaku dulu. Tahu tak kamu, ubat itu,
sebenarnya dicampur bahan bahan kotor dan racun. Pembekal ubat kianati semua
pengusaha di Malaysia.. batal jer niat kamu tu..” dia tak henti berceramah.
“
kalau kamu nak, saya berikan ubat bertong tong lagi, baki nya yang tak habis
kami tuang ke pokok gaharu.. bagi free jer. Yang hairannya, pokok yang dirawat
di Negara pembekal, menghasilkan gaharu berkualiti tapi yang di mereka rawat
kat sini, mula mula, dahan yang patah, lama kerlamaan gan batang batang
tersungkur kebumi, bukan satu pokok, hampir semua pokok yang kami juga rawat,
rebah kebumi, hehehehehe.. jahanan sungguh, satu sen pun tak dapat merasa..”
katanya.
“
ada yang saya terdengar, satu group, entah siapa orangnya, khabar khabarnya dia
nie, pengiat lama, tapi baru aktif, cipta ubat sendiri. Kalau kamu berdua nak
juga rawat pokok besar nie, aku syorkan kamu pergi jumpa dia, tanya kat sapa
sapa , mana tahu ada yang kenal. Aku cuma nak bagi nasihat, jangan jadi seperti
group lama, semuanya tersungkur kerana tamak..” hehehehe .. tak henti henti dia
ceramah.
Memang
terbukti, pokok besar, saya mengukur lilitan pokok itu, ukuran lilitan 10 kaki.
“ masyaallah, besarnya pokok nie, ini lah pokok terbesar pernah saya lihat,
sepanjang 17 tahun saya mengkaji spesis gaharu Aquilaria malaccesis lamk,
hebatnya kejadian Allah..insyaallah kita inokulan minggu depan, jumlah vaksin
anggarannya 16 – 20 liter, nampaknya 2 teknik akan digunapakai, inokulan
kertinggian 70 kaki ..insyaallah..” kata terkeluar dari bibir saya, membuat
sikawan tadi tergaru garu dalam seribu persoalan, siapakah saya yang
sebenarnya.
“
jadi.. kamu nie, pencipta ubat gaharu tu ker..” tanyanya. “ yer.. saya
orangnya, pemilik gold-forest R&D gaharu.” Jawab saya. “ aduhai.. kamu nie
satu, ngapa tak bagitahu awal awal..” katanya pada kawan saya. “ hahahaha..
saja nak tahu, sebab kamu tu bila cakap, banyak mulut sangat, baik aku wat wat
tak tahu jer..” kata kawan saya.
“
bergini boh..” kata saya. “ selama ini, saya cuma melihat perkembangan industry
gaharu dari jauh, sedih melihat jatuhnya para para pengusaha gaharu di Malaysia
dipermainkan oleh pembekal vaksin dari luar dan lebih sedih lagi bila melihat
pokok pokok gaharu kita yang di bunuh sewenang wenangnya oleh mereka. Tahun
demi tahun diperbodohkan oleh pembekal vaksin, mereka rawat pokok di Negara
mereka vaksin lain , manakala di bekalkan pada pengusaha kita vaksin di campur
dengan racun..” saya mula bersuara.
“
Ada musilihat yang terpendam di hati mereka, mahu hapuskan semua spesis gaharu
di Malaysia, agar Negara mereka monopoli pembekalan gaharu di pasaran dunia.
Selepas Negara lain diperbodohkan , Negara paling hampir dengan mereka adalah
Negara kita dan Malaysia lah mempunyai 2 spesis gaharu terbaik di asia
tenggara, sekiranya boh, belajar sejarah, tak payah lah saya menerangkan
panjang lebar, bab ini..” kata saya.
“
saya mungkin lantang, tetapi mewakili seluruh pengusaha gaharu malaysia, berhak
bersuara dan mencari punca kesilapan pengusaha dahulu, mengapa terjadinya
sejarah hitam, yang membuat para para usaha hampir bankrap kerana vaksin
import. Bukan boh jer terkena, saya pun sama, dengan sedemikian lah, saya
berusaha mencari formula vaksin, mengkaji bahan bahan yang terdapat dimalaysia
untuk di jadikan ramuan vaksin, Alahamdulillah, akhir saya perolehi kerjayaan,
bukan hanya untuk gold-forest R&D gaharu tetapi untuk semua para para
pengusaha gaharu di Malaysia..” kata saya menamatkan pertemuan hari itu. TQ
Langgan:
Catatan (Atom)