Setiap
hujah serta pandangan dari setiap orang sudah tentu ada pembezaannya, bergitu
juga minat seseorang, ada amat meminati
warna biru dan yang lain pula minat warna hijau. Pelbagai bagai citarasa semula
jadi, di antara seseorang yang lain , sudah tentu ada pebezaan dan jarang
jarang mempunyai minat yang sama, tapi ada satu minat pada perkara ini, sama..
hehehehehe.. sudah tentu duit, sebut sahaja duit, setiap seseorang manusia akan
berusaha untuk memdapatnya.
Saya
bukan mahu catatkan, soal pelbezaan minat, pelbezaan pendapat, soal soal
politik . isu isu semasa , mahu memburuk buruk atau memdedahkan perkara yang
tak baik. Tujuan catatan catatan di blog ini, cerita, maklumat serta hasil
penemuaan kami melalui penghasilan gaharu melalui teknologi. Bukan ada niat
kami mendabik dada mengatakan kami serba tahu. Tetapi atas kesedaran, maklumat
tentang penghasilan gaharu teknologi masih ada yang masih tiada mengetahui
gaharu boleh dihasilkan melalui rawatan memulangkan pelaburan berganda ganda.
Saya
bukan sekadar blogger gaharu, yang hanya tahu menaip cacatan, apa faedah yang
saya dapat pada blog gaharu ini..? Di siar secara percuma, tentu membazirkan
masa, berjam jam menghadap PC setiap kali menyiapkan cacatan blog. Kerana saya
usahawan, penginokulasian dan pengedar anak beneh, terasa terpanggil untuk
dedahkan hal sebenar, factor serta teknik inokulan yang betul , agar para para
bakal pengusaha tiada tertipu dan mempunyai ilmu, sekurang kurangnya dari
catatan blog gaharu saya, anda dapat menjadi paduan.
Di Antarabangsa GAHARU di kenali nama Jin koh, Jinko, Aloeswood, Agar wood,
Eagel wood, Oud , Gaharu, Ching Keras,
Cloup Gaharu, Kekeras, Kepang , Ahir, Garu, Halim Karas, Mengkaras, Engkaras
dan Seringak. Manakala kepingan gaharu dikenali di Asia Barat Al-Bakhor.
Pokok
sebesar empat pemeluk, jika di tebang belum tentu mempunyai gubal, selagi pokok
ini subur ianya tiada menghasilkan gubal. Sekiranya ada cuma sedikit. Habis tu,
mengapa yang berani meananam beribuan pokok.? Cuma satu teknik yang mampu
menghasilkan gubal dengan sejumlah yang banyak, iaitu teknik rawatan atau
inokulan. Tetapi jangan mengharap semua teknik inokulan ini Berjaya, inokulan
tiada mampu menghasilkan gubal, ianya bergantung sepenuhnya pada cecair
pengalak resin ( Vaksin ) yang mengandungi bacteria halus.
Dari
kajian saya, Walaupun spesis gaharu yang tumbuh di Asia tenggara, antara nama spesis
Aquilaria Sub-Intergra, Aquilaria Crassna spesis dibawa masuk ke Malaysia di
lebelkan mampu menghasilkan gubal terbaik melalui inokulan, sudah bertahun
ianya telah di tanam oleh para pengusaha. Saya bagi satu soalan. Sudah anda
melihat hasilnya di jual dan berapa pokok yang ditanam ini sudah di rawat..?
Yang saya mengetahui, penginokulasian di jalankan berterusan pada spesis yang
tumbuh liar di Malaysia, iaitu Malaccesis Lamk dan tiada lagi yang mencuba
inokulasian pada spesis Aquilaria hirta.
Bukan
erti saya tiada menyokong atau tiada gemari pada spesis import ini, jika anda
mempunyai masa luang, sila jelajahi dearah daerah, kampung kampung, pinggiran
bukit dan di sekitar kebun. Terbukti spesis ini, tumbuh subur , membiak setiap masa dan anda akan temui
cambahan anak biji ribuan pokok berselerakan di bawah pokoknya. Dan ini lah
yang kami sering temui setelah setiap kali penginokulasian di jalankan pada
pokok bersize big size.
90%
penginokulasian kami tertumpu pada spesis Aquilaria Malaccesis Lamk, ada
pendapat mengatakan spesis ini sukar menghasilkan gubal, sudah banyak bilangan
pokok telah dilakukan inokulan sebelum ini, semuanya tiada berjaya. Betul
ker..? Ada soalan lagi. Vaksin apa yang dituang, teknik inokulan bagaimana
dijalankan, apa bahan bahan kandungan vaksin..? Jika vaksin yang di import,
saya akui, penghasilan gubal cuma 20% berjaya di hasilkan, ianya terhasil di
sekeliling lubang injections dan kerbanyakkan yang saya temui, lubang lubang
injections ini tertutup secara semulajadi, iaitu proses tumbesaran pokok.
Jika
anda mempunyai modal sekadar cukup, memandailah mengeluarkan kos untuk merawat
1 atau 2 pokok yang berukuran 300 sm, ianya nya telah menjanjikan pulangan
berganda ganda dengan tempuh masa 3 tahun. Jika anda minat untuk menanamnya,
pilih lah spesis ini, ianya tahan lasak, sukar tumbang dan senang penjagaannya.
Kalau minat juga nak menanam spesis import. Tanam lah sejumlah yang kecil
sebagai persiapan baka. Mengapa saya kata bergitu..? Bila pokok gaharu liar
dalam semaian anda tinggi 3 kaki, anda boleh lakukan tut ( kawin pucuk antara
spesis liar dan import ) dan ladang anda mempunyai pokok berpangkal gaharu liar
dan batangnya pokok gaharu import.
Sekiranya
anda mempunyai pokok pokok gaharu yang tumbuh melata di kebun , disekitaran
rumah dan di ladang getah, jika anda mempunyai masa luang, bersih dan jagai,
cuba elakkan di selimuti semak samun. Pokok gaharu liar ini juga cepat
tumbesarannya. Anda sudah boleh di anggap bertuah, itu merupakan rezeki anda,
pokok gaharu tumbuh tanpa bersusah payah anda mendapatkan beneh.
Di antara Spesis Gaharu Genus Aquilaria,
Famili Malaccensis yang tumbuh di Asia Tenggara.
AQUILARIA SUBINTEGRA,
Found at Thailand. AQUILARIA CRASSNA, Found at Thailand, Cambodia, Loas,
Vietnam. AQUILARIA MALACCENSIS, Found at
Thailand, India, Indonesia. AQUILARIA APICULATA, Found at Philippines.
AQUILARIA BAILLONIL, Found at Thailand, Combodia, Loas, Vietnam. AQUILARIA
BANEONSIS, Found at Vietnam. AQUILARIA BECCARIAN, Found at Indonesia. AQUILARIA
BRACHYANTHA, Found at Malaysia. AQUILARIA CUMINGIANA, Found at Indonesia, Philippines.AQUILARIA
FILARIA, Found at Nuegini, China.AQUILARIA GRANDIFLORA, Found at China.AQUILARIA
HIRTA, Found at Indonesia, Malaysia.AQUILARIA KHASIANA, Found at India.AQUILARIA
MICROCAPA, Found at Indonesia, Malaysia.AQUILARIA ROSTRATA, Found at Malaysia.AQUILARIA
SINENSIS, Found at China. Gyrinops. A. agallocha (Roxb.). A.acuminate (Merr.)
Quis: Phillipines .A. apiculata Elmer: Philippines .A. audate (Oken) Merr.:
West Papua. A. baillonii Pierre ex Lancombe: Cambodia . A. banaense Phamhoang
Ho: Vietnam VU D2 .A. beccariana van Teigh: Sumatra (Palembang), Malayan
Peninsula, Borneo. VU A1d .A. brachyantha (Merr.) Hall f.: Philippines .A.
citrinaecarpa (Elmer) Hall f.: Philippines .A. crassna Pierre ex Lancombe:
Cambodia, Thailand & Vietnam. CR A1cd .A. cumingiana (Decne) Ridl.:
Philippines, Moluccas, S. Borneo (Sampit) VU A1d .A. filaria(Oken) Merr.:
Philippines, Moluccas, New Guinea (Sorong, Babor & Kapor) .A. grandiflora
Bth.: China .A. hirta Ridl.: Malay Peninsula, E. Sumatra, Singapore, Thailand.
VU A1d .A. khasiana H. Hall: India (Khasia), Bhutan .A. microcarpa Baill.:
Malay Peninsula, Sumatra and throughout Borneo VU A1d