Seketika, Staf staf saya,
bergitu rancak melakukan inokulan, kadang kadang tu terasa nak melepaskan gian
mahu rasai getaran drill. Saya melakukan injections pada pokok pokok berukuran
lilitan 35sm, panjat memanjat tu, memang terdaya, cuma mengigil , bila dah berumur
ini terasa perasaan gayat .. hehehehe.. kalau terdesak sangat, masih berani
memanjat 40 kaki dari aras pangkal.
Sebanyak banyak lokasi
yang pernah saya jalankan inokulan, di lokasi ini saya temui 70% pokok tumbuh
bercabang cabang, setengahnya mempunyai cabang dari pangkal, tumbuh 4 cabang
bersize sama besar. Ini adalah kesan dari tebasan, ketika pokok nya masih
kecil. Kebiasaanya ia di tebas oleh pemilik tanah, yang tiada mengenal spesis
gaharu ataupun sengaja di tebas, kerana dianggapnya tiada berharga.
Sekiranya mengikut factor,
ianya mengalami stress awal berkali kali, setiap kali tanah ini di bersihkan.
Saya tiada dapat menilai secara tepat, usia pokok yang bercabang ini, saya
lakukan ukuran lilitan pada pangkalnya , ada yang berukuran 70sm, 90sm, 80sm
dan hampir 100sm, manakala ke 3 cabang
nya pula ada berukuran 60sm. Sebelum di inokulan, saya mengira setiap
pangkal pokok di lokasi secara rambang sejumlah 150 dan saya mengira sekali
lagi untuk mengetahui jumlah yang tepat, sejumlahnya 230 pokok tumbuh ( tu tak
termasuk cabangnya ) di ladang getah seluas 1 ekar.
Lagi banyak lagi bagus ..
hehehehe, kan pengiat gaharu semuanya bersikap tamak. Tak kan, mahu inokulan
sejumlah yang kecil, sesekali inokulan, kita selesaikan di satu lokasi dan baru
lah pindah ke lokasi lain. Bergitu cara saya. Saya memang teruja melihat pokok
pokok bercabang cabang yang tumbuh subur di selimuti semak samun di sini, walaupun
tiada bersize lebih dari 150sm, tuangan vaksin sejumlah besar diperlu
disediakan, kermungkinan tempoh masa 10 hari tiada mengcukupi menyiapkan
semuanya.
Gubal kepala kayu di temui
di tunggul tunggul yang batangnya patah di pukul ribut atau ditebang.
Kerbiasaannya , tungul ini akan mengeluarkan tunas tunas baru, jika tiada
dipeduli tunas akan membesar. Manakala kesan luka pada tunggul, jalinan resin
akan membentuk sedikit demi sedikit, lama kerlamaan bertukar berwarna
kerhitaman, itu sekiranya ianya tiada mengalami kereputan.
Gubal kepala kayu, ianya
kayu untuk prosesan minyak, ianya berperanan menambah quality dan kualiti
minyak. Bila hunter menemui gubal bergini, mereka akan mengali dengan teliti
bertujuan ( mengikut teori mereka )
untuk memdapat akar akar dan pangkalnya tiada mengelami kecacatan. Anda sanggup
menghayun cangkul..mengali pangkal sebesar 3 pemeluk..? Sekiranya tepat teori
mereka, hasilnya lebih dari berbaloi.
Gubal gaharu tidak akan
hancur walaupun pokoknya reput, ada yang memanggil gubal ramas ( boleh
dihancurkan dengan cara mengenggam ), ianya boleh di temui pada pokok yang
telah lama tumbang.. betul atau tidak ..? hehehe, bergitulah yang dimaklumkan
kepada saya. Sampai sekarang ini, saya tiada mengetahui, adakah gubal ini
berharga dan boleh dijadikan minyak, tetapi mengikut nilaian saya, sebelum
dijadi minyak, kayu kayu gaharu ini, di mesin menjadi serbuk, kamudian direndam
berminggu minggu, tujuannya mereputkan serbuk kayu, kalau bergitu, dah tentu gubal
bergini boleh diproses minyak.
Apabila kita terdengar
dari mulut hunter gaharu berkata ..” hanya dapat kayu minyak jer..” Kayu kayu
mempunyai jalinan resin ( istilah nya di namakan kayu minyak ) atau di panggil
juga bulu jagung. Jika tiada gubal ini, minyak tiada dapat dihasilkan, tetapi,
pokok berusia ratusan tahun mampu menghasilkan minyak gaharu.. mengapa pula
bergitu..? Pokok yang seusia ini, mempunyai pelbagai resin terbentuk secara
semulajadi diserata pokok, antara didapati di soket soket ( siku sekitar dahan
yang patah ) melalui stress buatan dan semulajadi.
Bab yang nie, cuma
pendapat saya, kalau nak sokong.. ok, kalau tak setuju. Pun tiada masalah.
Spesis gaharu dan spesis pokok damar adalah satu genus. Pokok ini juga
mengeluarkan minyak serta membeku di pangkalnya dan dibahagian lain dinamakan
damar, jika dibakar ianya mengeluarkan bauan harum. Tidak jauh Perbezaannya
diantara gaharu, resin gaharu juga dipanggil damar, Cuma cara pembentukkan,
rupa dan bauannya jauh berbeza. Adakah anda dengar serta lihat, pokok gaharu
mengeluarkan kepingan damar..? saya telah melihat, kepingan damar di perolehi
dari pokok gaharu spesis Aquilaria malaccesis lamk yang tumbuh di atas batu.
Segolongan pengiat gaharu
mempunyai minat berlainan, ada yang minat pada gubal gaharu semulajadi, ada
yang minat kayu prosesan minyak dari pokok gaharu tiada dirawat dan ada minat
pada gubal yang dirawat. Disini lah timbul pemcanggahan pendapat, pelbagai
andaian dapat kita dengar, adakah pendapat yang betul..? Ianya tiada terlepas dari pendapat yang tiada dapat
diterima akal. Tetapi semua bertujuan yang sama , gubal gaharu untuk dibakar , kayu nya di jadikan minyak dan walaupun bagaimana
teknik dilakukan tujuan tetap sama, mahukan gubal. Yang paling utamanya, yang
di namakan gaharu ada nilaian tersendiri ..TQ.