Bukan Ting Kosong..!! catatan
baru kali ini..? hehehehe. Tiada apa topic yang lain selain hal dan tentang
gaharu teknologi, tiada isu politik, tiada isu perkauman, Tiada isu menaikkan
darah orang lain. Semua isu dan topic catatan, bertujuan menaikkan semangat,
daya saing, menupuk kenyakinan diri, tiada rasa rendah diri, supaya berani
menempuhi segala cabaran untuk di jadikan paduan kepada sesiapa yang mahu
memulakan kerjaya sebagai usahawan gaharu Teknologi.
Dan mungkin timbul pertanyaan
di hati anda, mengapa tajuk besar blog ini berubah ( GOLD-FOREST R&D GAHARU * Kop Usahasama Anak Kelantan Berhad (KOP.UAKB)
Rej No D-4-0606 ) tertera di atas. Seperti saya maklumkan di status FB
saya, bagi menlancarkan segala urusniaga sah di segi undang undang, tanpa ada
rasa curiga di mana mana pihak yang sering berurusan dengan Gold Forest (GF) , topic utamanya melibatkan
pelaburan inokulan, ada kah pengambilan wang tunai, serta perkara perkara lain
meragui anda dan ada pendapat mengatakan mengambil wang secara pelabur salah di
segi undang undang. Betul ker ..?
Share Inokulan bukan
pelaburan, ianya satu bentuk perniagaan secara share dengan pemodal antara
pemilik pokok melalui perjanjian peribadi suka sama suka, manakala pihak Gold
Forest hanya menjalankan khidmat mengambil upah sebagai penginokulasian dan bagi
pihak pemodal , pemilik pokok bersetuju bersepakat melantik Gold Forest sebagai
wakil pemantauan pokok gaharu yang share di jaga, di inokulan, di tebang, di
bersihkan dan hasil tuiaan gaharu di pasarkan, mengikut garis garis peraturan
peraturan yang telah di setujui bersama di antara 3 pihak yang terlibat.
Kerbiasaan Gold Forest
memperolehi pokok pokok gaharu liar depu, atau karas atau gaharu * Aquilaria
Malaccesis Lamk di tawarkan oleh para para pemilik pokok kepada kami melalui
perjanjian , disebab mereka tiada mampu menanggung kos inokulan dan sebagai
peniaga khidmat penginokulasian yang modal tak seberapa, Gold Forest tawarkan
pula pokok pokok pada sesiapa yang mampu share menampung kos tersebut, bila
hasil tuaian di jual, semua yang terlibat akan mendapat keuntungan mengikut
peratusan yang telah di tetapkan.
Niat ikhlas Gold Forest
mahu kembangkan industri gaharu teknologi, pada para peminat tiada mempunyai
pokok, tiada tanah untuk perladangan, pihak kami tawarkan segala kemudahan yang
kami miliki. Jika di fikirkan dengan jelas, pelaburan share inokulan bukan
pelaburan, ianya urusniaga di bidang pertanian pokok gaharu yang dirawat
melalui keadah teknologi bagi penghasilan gubal. Cuma anda yang mengeluarkan
kos atau modal menganggap ianya pelaburan, mungkin juga betul pendapat anda.
Jika di kira dengan
kemampuan kami di Gold Forest, memang kami tiada akan termampu merawat ribuan
pokok gaharu setiap tahun, jumlahnya modal yang diperlukan bukannya sedikit,
ditambah pula setiap bulan, semakin bertambah jumlah pokok di tawarkan oleh
pemilik kepada kami. Dengan sedemikian lah, kami bagi peluang pada para para
peminat gaharu ikut sertai kami di bidang ini.
Kami kenalpasti pokok
pokok yang akan di inokulan mengikut ukuran lilitan, lokasi, keselamatan pokok,
pengesahan status hak milik tanah , kebenaran tanpa waktu melawat pokok setelah
di inokulan dan 100% di anggap pemilik sah bagi pokok yang di tawarkan. Pemilik
tiada berhak, memajak, mencari pemodal, menebang, memusnahkan, mencacatkan
pokok setelah perjanjian ditandatangani dengan kami, sekiranya mereka engkar,
semua kos inokulan dan caj caj lain akan di kenakan, tanpa ada kemaafan.
Tagged utama inokulan kami
sejumlah besar pada pokok gaharu spesis Aquilaria Malaccesis Lamk, dimana pokok
gaharu tumbuh liar banyak terdapat di Malaysia. Seperti kita mengetahui pokok ini
tumbuh berselerakkan dari cambahan biji, tumbuh di kampung kampung, dusun
buahan, di kebun getah serta hutan pinggiran bukit. Bagi pendapat saya sebagai
pemilik solo Gold Forest, pokok spesis ini cepat memulangkan kos pelaburan jika
dibandingkan antara pokok yang baru di komesilkan baka yang di bawa masuk ke
Malaysia, iaitu Aquilaria Crassna, Aquilaria Sub-Intergra dan Agarlocha Roxb.
Urusniaga Gold Forest tetap
tiada berubah walaupun disatukan di bawah bumbung dengan KOP.UAKB ( Koperasi
Usahasama Anak Kelantan Berhad ) ianya mengikut slogan asas urusniaga “
Together Toward One Direction “ iaitu Bersatu Ke Satu Arah. Ini bukan bererti
saya utama KOP.UAKB, ianya satu badan induk menumpang Gold Forest, tiada
mempunyai apa kerpentingan, tiada hak atau berkuasa membuat keputusan atau
bantahan di pengurusan urusniaga Gold Foret.
Niat saya, mahu
mengekalkan planning Gold-Forest R&D Gaharu lebih terbaik, lebih mantap
setiap segi, dari edaran baka , teknik inokulan, teknik penanaman, khidmat
kontrak penanaman di perluaskan dan bergitu juga kajian kami untuk sentiasa
upgrade ramuan cecair pengalak resin. Walaupun tahaf ini, cecair pengalak resin
ciptaan di anggap terbaik, bukan bererti kami telah berpuashati dengan
penghasilan gubal dari tuangan cecair ciptaan kami.
Kami bukan terhebat, tiada
mempunyai tabung kewangan teguh, apa yang kami lakukan hanya sekadar yang
mampu, berusaha terus berusaha untuk mencapai impian kami sebagai usahawan
gaharu teknologi, mengikut teori, priktikal, factor di sertai kajian kajian
kami berlandaskan ilmu adalah satu anugerah dan ianya wajip di salurkan pada
yang berminat. Dengan sedemikian lah mengapa saya ganbungkan Gold Forest
R&D Gaharu bersama Koperasi Usahasama Anak Kelantan Berhad. TQ