Chek satistik paparan
halaman blog GOLD FPREST R&D Gaharu, tiada terduga bergitu hebat sambutan dari
peminat gaharu seluruh dunia dengan angka mencecahi 11,056 paparan setiap masa.
Hampir 2 tahun blog gaharu ini di terbitkan, Peminat dari Negara Malaysia memdahului
paparan 7,087, Amerika Syarikat 1,738, Brunei 396, Indonesia 233, Rusia 79.
Singapura 57, India 48, Jerman 33, Kanada 28, Myammar 60 Manakala dari Negara
Pakistan dan Thailand 1, Jepun, Korea Selatan juga tiada kertinggalan. Thailand
tak gemar lawati blog kami, di sebab Gold Forest adalah saingan yang membuat
mereka terasa panas punggung agaknya .. hehehehehe. Thanks You All from Staff Gokd-Forest
R&D Gaharu.
Kekadang terlintas di hati saya, bagaimana mahu menghasilkan vaksin gaharu kadar kos yang amat rendah, agar para para peminat, pelabur serta pengusaha mampu melakukan rawatan tanpa mengeluarkan kos inokulan yang agak besar. Buat ketika ini saya mengeluarkan kos yang agak tinggi serta masa yang agak lama proses permatangan vaksin yang saya cipta. Ini lah puncanya utama mengapa harga inokulan di anggap agak mahal.
Kekadang terlintas di hati saya, bagaimana mahu menghasilkan vaksin gaharu kadar kos yang amat rendah, agar para para peminat, pelabur serta pengusaha mampu melakukan rawatan tanpa mengeluarkan kos inokulan yang agak besar. Buat ketika ini saya mengeluarkan kos yang agak tinggi serta masa yang agak lama proses permatangan vaksin yang saya cipta. Ini lah puncanya utama mengapa harga inokulan di anggap agak mahal.
Ada setengah pengeluar
mengeluarkan pelbagai gred vaksin, contohnya gred A dan gred B. Satu pertanyaan
timbul di hati saya, mengapa jadi bergitu pula.? Kermungklinan ada sebab sebab
tertentu, gred A dikhaskan untuk gubal manakala gred B untuk kayu minyak. Dari
hemat saya, saya ciptakan vaksin tanpa ada gred, semua bahan larut di campur
menjadi satu formula vaksin, bagi penghasilan kedua dua sekali gubal dan kayu
minyak.
Cuma, saya lebih gemarkan
vaksin ciptaan sentiasa di upgrade, bertujuan memendekkan tempoh penghasilan
gubal , boleh dilakukan rawatan tanpa musin, kadar penyerapan vaksin secara
pantas dan penghasilan gubal betul berkualiti tinggi, hanya dengan satu vaksin,
tiada vaksin bergred A atau bergred B, tagged utamanya penghasilan gubal serta
kayu minyak. Sebagai pecipta vaksin mahukan kerjayaan dan kerjayaan merupakan
satu kepuasan yang tiada dapat digambarkan ketika setiap kali ujian jalinan
resin di lakukan.
Saya bukan berpuashati
sekadar di anggap sudah berjaya dengan vaksin ciptaan atau memamdailah formula vaksin
sedia ada. Dari kajian saya, masih banyak lagi bahan bahan yang boleh dijadikan
bahan larut untuk diproses menjadikan vaksin bertambah berkesan dan berkualiti.
Memanglah ada bahan bahan nya agak sukar didapati, prosesannya juga tempoh yang
agak lama, walaupun , bahan bahan larut vaksin tersedia ada sudah mampu
penghasilan terbaik gubal, penambahan bahan bahan lain untuk memamtapkan lagi
bahan larut pada vaksin ini. Kertidak puasan hati ini, disebabkan saya juga
sebagai pengusaha ladang, inokulan dan juga sebagai peniaga.
Seboleh sedaya upaya saya
mengelak dari mengunakan asid santitik buatan dan bahan bahan kimia mendatangkan bahaya pada
manusia, maka sedemikianlah saya focus bahan bahan prosesan vaksin 100% organic
, sama seperti vaksin yang dihasilkan di Negara Vietnam, Thailand , Myammar dan bahan bahan yang di gunapakai oleh
para para penyelidik penghasilan gaharu melalui teknologi di Asia Tenggara.
Bahan bahan prosesan vaksin
menjadi rahsia terpenting bagi setiap pencipta vaksin, ianya tiada dijual,
dihebohkan dan tiada catatan di rekodkan vaksin diproses dengan mengunakan
bahan bahan apa. Bahan bahan ramuan vaksin akan bocor juga, sekiranya seseorang
itu bergiat lama sebagai penginokulasian serta gemar mencari ilmu bagaimana
pokok gaharu mudah menjadi stress.
Saya telah merawat lebih
dari 1,000 pokok dengan mengunakan vaksin ciptaan sendiri, bukan tujuan untuk
bermegah, sekiranya saya membeli vaksin, sudah pasti saya tidak mampu merawat
pokok gaharu sejumlah itu. Jumlah 1,000 pokok bukannya kos yang agak kecil
terpaksa saya tanggung, sekurang kurang saya jimat sedikit di bandingkan kos
vaksin dari yang dibeli, dianggarkan 1,000 pokok melibatkan sekurang kurangnya
7,000 liter, dijika di darapkan dengan RM600.00 per/liter untuk pokok gaharu
pelbagai size… jumlahnya akan membuat saya stress, melebihi stress dari pokok
gaharu yang saya rawat . hehehehe.
Masih ada lagi ribuan pokok
gaharu liar siap menanti untuk di rawat, di mana mahu cekup duit sekiranya
mengharap vaksin yang di beli. Ini lah punca utamanya, mengapa masih banyak
lagi pokok pokok gaharu liar terbiar tanpa di rawat, tiada kermampuan bagi
pemilik mengeluarkan kos upah inokulan.
Sekiranya kos upah inokulan murah, sudah tiada kertinggalan walaupun sepokok,
sudah siap dirawat semuanya, kos upah inokulan
yang menjadi masalah paling besar pada pemilik pokok gaharu.
Jika bahan bahan larut
untuk proses vaksin mudah didapati, berharga murah dan tempoh matangnya
singkat, niat hati saya setiap kali bagi khidmat inokulan harga murah
ditawarkan. Tetapi setelah dikaji selidik bahan bahan untuk proses vaksin agak
sukar dan tempoh masa matang vaksin, saya wajip melupakan tujuan untuk
membantu, kerana saya harus mengeluarkan kos yang agak tinggi setiap kali
prosesan vaksin dilakukan.
Sekiranya pencipta di
kalangan syarikat besar sekali pun, tetap lakukan seperti saya. Kita pandang
harga sekilo gram gaharu dan bandingkan dengan kos upah inokulan, tentunya
pemilik mendapat keruntungan berganda hasil jualan gaharu di antara kos upah
inokulan yang tak seberapa jumlahnya. Boleh dianggap antara pemilik dan
penginokulasian adalah sama peniaga, jika dikira dengan fikiran logic, kos upah
di tawarkan lebih dari berbaloi.
Sekiranya pendapat
mengatakan tanam gaharu tak payah di rawat, silakan lah, kita dapat lihat 10
tahun nanti, adakah terhasil gubal secara semulajadi tanpa dirawat..? walaupun sebesar
pokok balak sekali pun, tiada kesan stress sedikit pun, gubal tiada akan
terbentuk, lebih lagi pokok gaharu yang ditanam, dibelai, dibaja setiap bulan,
ianya bertambah subur, semakin subur penghasilan gubal melalui stress tiada
akan terhasil.
Jalan pintasnya untuk
mendapatkan gubal dari pokok yang ditanam, cuma satu jalan iaitu melalui
rawatan teknologi nano IAISS (
Inoculations Allergic Injections stress strain ), satu satu teknologi telah
diakui berkesanan penghasilan gubal gaharu. Tanpa tuangan Vaksin ianya tiada
akan berjaya, walaupun injections saja di lakukan, ianya bergantung 100%
tuangan vaksin sebagai Allergic.
Bagi saya, bukan saingan
sekiranya anda mampu mencipta vaksin sendiri, tetapi anda harus berusaha gigih,
pernilaian keputusan vaksin yang dicipta itu berjaya atau tidak, ianya bukan tempoh
1 hari, anda akan melalui tempoh jangka masa yang amat panjang tahaf keputusan
vaksin ciptaan anda dan wang ringgit anda mula mengalir seperti air didalam
tempoh ujikaji berkesanan vaksin ciptaan anda .
Sebagai permulaannya anda wajip
bergiat dari awal, ia itu sebagai
penginokulasian. Sekiranya anda bergiat aktif sebagai penginokulasian tak
mustahil anda akan berjaya mencipta vaksin sendiri. Yang pertamanya anda mesti
mempunyai pokok gaharu sendiri, untuk menjalankan ujian berkesanan vaksin
ciptaan anda. Berginilah cara saya
mendapat ilmu dibidang ini, memulakan proses mencipta vaksin setelah bergiat 7
tahun. Dari berkat kersabaran terjumpa lah bahan bahan larut 100% organic
original tanpa ada satu peratus bahan bahan kimia, terhasil formula ciptaan
vaksin GF AisMicro yang telah di upgrade dari vaksin yang telah digunapakai
sebelum ini. TQ.